Tuesday, 16 December 2014

# 36

“Tu lengan baju tu,turunkan sikit,” Irham memuncungkan mulutnya ke arah lengan Hanna. Hanna sengih.

“Nak tanya sikit ni,” Hanna meregangkan urat yang dah terasa berselirat.

“Hmm,” Irham melabuhkan punggung ke atas rumput tu. Kain di bahu dibawa ke dahi. Panas mak oi. Botol air mineral dibaling ke arah Hanna selepas dia minum. Hanna mencapai dengan sebelah tangan. Dia bersila di hadapan Irham. Mereka di tengah tengah padang permainan tu. Tak ada budak pula main bola harini. Guna padang dekat depan kot.

“Kenapa tak ada langsung gambar Hanna tak pakai tudung dalam album tu eh?” Hanna meneguk air sementara menunggu insan di hadapnnya menjawab pertanyaannya. Sedangkan dia tahu jawapannya apa.

“Nak Am tanggung dosa simpan gambar anak dara orang tak tutup aurat ke?”

“Ahaa. Alhamdulillah. Faham pun.Ingatkan tak tahu,” Hanna sengih.

“Apesal?”

“Ada je budak sekarang simpan gambar anak dara orang tak tutup aurat,”

Irham mengangkat kening. Memang pun.

“Am,Am pandai masak kan?”

“Peh,apesal topik petang petang ni macam pelik semacam ek?” Irham menggaru kening pelik.

Hanna senyum. Gelak tiba tiba pecah dari mulutnya.

“Tak ada la. Orang ada reunion dekat PD next week,” Hanna membetulkan tudung.

“Peh,tak ajak. Kene tinggal la ni? Berapa lama?”

“Alahai,Am kan ada kursus minggu depan sampai weekend. Sebab tu la orang tak ajak. 3 hari je. Jumaat sampai Ahad. Sebab tu la orang tanya pandai masak ke tak?”

“Hm,tahu la. Kalau kebulur sangat kedai mamak banyak. Mak cik Ida sebelah rumah pun ada,minta tolong dia hanta makanan sudah. Reunion sekolah ke uni?” Irham menyelak rambut yang dah mengacau mata dek angin yang bertiup.

“Peh,teruk nya. Maggi Hanna dah beli. Makan je la. Reunion sekolah. Tiga hari je. Boleh eh?” Hanna memandang Irham.

“Pergi la. Tapi jaga diri baik baik la dekat sana.”

“Baik,Sarjan,” Hanna menegakkan badan sambil tangan dibuat acah salute. Sengih berbunga.

“Am tak rindu ke nanti?” Mood mengacaunya dah datang. Ahaa.

“Buat apa nak rindu. Dekat office ada je orang nak cuci mata,”Irham mengangkat kening sebelah. Sengih sumbing terhias di bibirnya. Nak kacau aku konon.

“Oho. Sama lah. Hanna pun nak jumpa beberapa ex masa reunion nanti,” Thumbs up. Keningnya pula diangkat.

“Sesungguhnya Am tak kisah,” Irham bangun.

“Sesungguhnya Hanna double triple tak kisah,” Hanna turut bangun. Kepala ditelengkan mengadap Irham.

“Eleh. Balik lah. Ada Am masak gulai Hanna karang,” Perlahan jarinya menyentuh hidung mancung Hanna. Irham dah lari ke hujung sana.

“Cemburu cakap,pak cik!” Hanna turut sama berlari.Sengih di bibir masih tak lekang. 

Dan mata yang dari tadi memerhati keletah suami isteri itu tersengih. Hanna bahagia sekarang. Ayat itu berlegar di mindanya. Tapi kita tengok sampai bila bahagia itu. Ayat itu bersambung. Sengih kejam mula menyinar di bibirnya.








to be continued . . .


# 35

        Irham masih melayannya seperti biasa. Namun bagi Hanna lelaki itu masih terkesan dengan apa yang berlaku. Hanna masih melipat baju sambil melayan fikirannya. Irham merebahkan badan di sofa belakang Hanna. Bantal kecil di sofa itu ditarik menutup muka sambil terus baring. Hanna menghabiskan lipat baju terakhir. Dia berpaling ke belakang.

“Solat Asar dah ?”

“Dah,” Suara di bawah bantal itu membalas.

“Ni dah kenapa ni?” Hanna menarik hujung bantal yang menutup dahi Irham.

Tiada suara yang membalas.

“Demam ke?” Hanna meletakkan tangannya di atas dahi Irham.

“Tak la sayang oi,”

“Habis tu ni kenapa ni?” Hanna mencapai baju yang dah siap berlipat.

“Jogging jom. Hanna pun gaya macam dah gemuk semacam je,”

“Hek eleh mamat ni. Dia yang nak jogging,orang pula yang gemuk. Cepatlah,” Hanna menepuk bantal yang menekup muka Irham.

“Sakit la mak cik!” Pantas tangan Irham menarik rambut Hanna.

“Oh dah pandai sentuh rambut orang eh sekarang?”










to be continued. .  .



Wednesday, 3 December 2014

# 34




Hanna hanya melelapkan mata walau matanya masih basah dengan air mata. Dia pun tak tahu kenapa dia terlampau sedih malam tu. Dia bangun menuju ke dapur. Mata menangkap pandangan di hadapannya. Irham sedang duduk memegang cawan di meja makan tu seorang diri. Dengan 3 keping gambar di sebelahnya. Berselerak di atas meja tu. Kaki yang baru hendak melangkah ke arah lelaki itu terhenti apabila terdengar esakan kecil Irham. Air mata Hanna jatuh tiba-tiba.

Hanna hanya memandang gerak geri Irham. Sekejap diambil gambar-gambar. Sekejap dibaling di atas meja tu. Sekejap dilap air mata. Sekejap air mata itu keluar semula. Irham menekup muka di atas meja makan tu. Hanna melangkah perlahan. Kerusi di hadapan lelaki itu ditarik perlahan. Dia duduk menatap Irham yang masih kaku di situ. Saya tak buat. Itu yang terkeluar dalam mindanya. Kuatnya kau tahan 2 minggu lepas. Kuatnya kau Irham. Asal kau baik sangat? Asal kau tak pernah nak marah aku? Asal kau tak herdik aku masa kau tahu benda ni? Hanna mengambil gambar itu. Diletak ke tepi. Walau aku tak buat semua benda ni,tapi aku tak tahu kenapa aku menangis bila tengok betapa  kuatnya kau hadapi benda ni sorang.


Lama dia merenung Irham. Sampai ke pagi. Macam macam di fikirannya. Siapa punya angkara? Macam mana dia nak buktikan dekat Irham yang dia tak buat? Macam mana dia nak hilangkan air mata yang masih berbekas tu? Sekali orang dah tak percaya kita,mungkin sampai bila-bila susah untuk dia percaya balik.











to be continued . . . 









# 33

Mungkin dah tiba masanya untuk tanya Hanna sendiri. Selesai solat isyak Jemaah malam tu,Irham cuba leraikan semua benda.

“Hanna. Am nak cakap sikit,”

“Hem,” Tangan laju melipat kain telekung. Irham ditatapnya lama.

“Nah,” 3 keping gambar dihulur ke arah Hanna. Tangan yang melipat telekung terhenti seketika. Hanna mencapai gambar. Perlahan gambar pertama ditatapnya lama. Gambar orang berpegangan tangan menerjah ke matanya. Berlatar belakang bangunan university lamanya. Beg sandang dia. Tudung dia. Tapi siapa lelaki sebelah tu. 

Gambar seterusnya ditatap lama. Gambar seorang lelaki berdiri memegang sejambak bunga dan gadis berbaju kurung yang sama dengan baju kurung yang dia ada berdiri dihadapan lelaki itu. 

Gambar terakhir. Gambar pasangan yang sama di hadapan sebuah pintu bilik. Tu apartment dekat Australia dulu. Dan berpegang tangan. Yang paling membuatkan dia tercengang. Lelaki tu mencium pipi gadis di sebelahnya. Dan yang lebih mengejutkan.Kasut itu merupakan kasutnya. Sneakers hitam merah tu. Tapi dia tak ingat langsung yang dia  pernah ambil gambar tu semua. Apatah lagi dengan lelaki,berpegangan tangan.

“Am nak tanya apa?” Dia cuba tenang.

“Tu, Hanna?”

“Bukan,”

“Pernah pergi tempat tempat tu?”

“Pernah,” Gambar tu digenggamnya erat. Mesti ada yang cuba rosakkan hubungan mereka.

“Kenal lelaki tu?”

“Tak.”

Irham melepas nafas panjang. Marahnya dah membuak.

“Bila Am dapat gambar ni?”

“2 minggu lepas,”

“Kenapa tak terus tanya Hanna?” Air mata Hanna tiba-tiba bergenang. Jatuh ke pipinya.

“Kenapa Hanna nangis? Hanna tak buat kan benda tu semua?”

“I can’t imagine how strong you are. Hanna nangis bukan sebab Hanna takut. Hanna tak buat semua tu,”

“So,why are you crying then?”

“Macam mane Am boleh sabar 2 minggu tahan benda ni tanpa marah or herdik Hanna?”

“Sebab Am tahu Hanna tak buat,”






















to be continued . . .  



# 32

        Songkok ditatapnya lama. Allah dah tunjuk semua benda. Hampir genap dua minggu dia berdoa agar Allah tunjuk perkara sebenar. Dia luahkan semua benda pada Allah. Mungkin dulu dia pernah cakap setiap kali ada masalah,Hanna je yang mampu tenangkan. Yang boleh dengar semua cerita. Tapi dia silap. Ada yang lebih berhal dengar semua hal. Ada yang lebih berkuasa tenangkan hatinya. Allah. Dah umur 20 lebih baru dia rasa benda macam ni. Betul lah orang cakap,setiap ujian ada hikmah.

         Hampir dua minggu tu juga,setiap kali dia membuka mata  daripada tidur hanya satu benda yang dilihat. Sama ada Hanna tengah solat atau baca Al-Mathurat atau baca Al-quran. Betapa dia kuatkan hati. Rasa macam bergenang air mata bila Allah dah tunjuk semua benda. Even semua nampak perkahwinan mereka bahagia riang ria tanpa duka. Tapi mereka tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

         Dia teringat. Seminggu sebelum perkara ni terjadi. Hanna ada duduk sebelah dia. Saja berborak petang tu.

“Sejak bila buat buku macam tu?”

“Since rasa suka tu datang,”

“Aha!Macam mne boleh tergerak hati nak buat?”

“Entah. Sebab tak tahu nak simpan gambar tu dekat man kot,”

“Memang berazam nak Hanna tengok lah?”

“Hem. Abis tu nak bagi siapa?”

“Kalau kita tak kahwin pun,Am akan still bagi buku tu?”

“Tak kot,”

“Abis tu macam mana boleh confident semacam yang kita akan kahwin?”

“Percaya dengan janji Allah,”

“Am tak takut kalau Hanna suka orang lain dan kahwin dengan orang lain?”

“Percaya dengan janji Allah,”

Huuuh. Irham melepas nafas panjang. Percaya dengan janji Allah. 

Terseksa sangat ke Hanna? Sampai Hanna sanggup buat macam ni.










to be continued . . . 


Monday, 1 December 2014

# 31

Banyak kali dia cuba menahan hati. Menahan marah. Siapa je tak marah kalau benda ni jadi pada diri sendiri. Payah nak bawa benda macam ni. Selama ni kalau dia ada masalah pun dia mengadu pada Hanna. Tapi sekarang tak boleh. Dia pegang kata-kata tu. Dia ingat kata-kata tu.Waktu tu,

“Am,Am dah siapkan semua barang?”Lelaki itu duduk di sebelah Irham di laman rumah mereka lepas balik dari jogging petang tu.

“Alhamduillah dah,”

“Am,ayah nak cakap sikit. Kamu pun dah nak jadi ketua keluarga tak lama lagi. Am,jujur ayah cakap. Bukan mudah nak jadi ketua yang benar. Kita manusia,Am. Kita ada rasa memberontak. Kita ada rasa cemburu. Kita ada rasa sedih. Ayah nak Am faham.” Mereka memandang jauh ruang di hadapan mereka itu. Irham hanya mendengar.

“Akan tiba satu saat masjid yang kamu bina akan goyah. Bila tu? Kita takkan tahu Am. Mungkin awal perkahwinan kamu,mungkin pada pertengahan dan mungkin waktu akhir. Ayah dah rasa semua Am. Ada yang salah ayah. Ada yang salah ibu. Ada salah dua dua. Am,andai kata satu hari nanti kamu ada masalah. Dan masalah tu ada kaitan dengan Hanna,satu ayah nak pesan. Jangan terus marah Hanna. Jangan terus herdik dia. Jangan sesekali naikkan tangan. Jangan guna tangan,”

“Maksud ayah?”

“Kamu kena selidik. Kamu kena sabar. Isteri ni bukan hak kita selamanya,Am. Allah bagi pinjam je. Apa hak kita nak cemburu tak tentu pasal.Apa hak kita nak pukul tak tentu pasal.Am kena tanya baik-baik. Ayah tahu kamu bukan jenis baran tak tentu pasal. Am,jaga diri. Jaga Hanna sama macam kamu jaga diri kamu sendiri. Hanna tu manusia,bukan barang yang boleh bawa pergi mana-mana,”

Suara tu masih terngiang-ngiang di telinganya.


“Susahnya Ya Allah,” Irham meraup muka. Pandangan ditebar ke kepala yang dari tadi lena di atas bahunya. Bukan senang dia sembunyikan rasa bila dapat tahu pasal benda ni awal-awal. Hanna pun macam tak tahu apa-apa.

“Hanna. Hanna,”

“Hem,”

“Bangun la tidur atas. Esok kerjakan?”












to be continued . . .



# 30

        Tangan menutup Al-quran lalu dikucup perlahan. Cepatnya semua benda berlaku. Al-quran diletak di atas meja sebelah katil tu. Dia baru selesai solat asar lepas balik dari klinik. Irham tak balik lagi. Balik lambat katanya. Hanna membuka ikatan telekung. Dilipat bersama sejadah. Dia mencapai buku yang tak habis lagi dibaca. Buku kulit keras biru tu. Dia membuka ruang yang masih belum dibaca. Air di tangan diteguk sementara menyelak buku itu. Gambar dia membaling sponge yang penuh dengan buih sabun pada along menerjah ke mata. Masa tu tengah basuh laman rumah tak silap. Caption bawah tu dibaca sekilas.

She had totally change. For good.

Dahi sedikit berkerut. Berubah? Oh. Tu first time dia mula pakai tudung tiapkali keluar dari rumah. Sebab baru perasan ada je mata yang memandang walau hanya untuk angkat baju. Dan itu pun sebab ada kakak senior sekolah menegur. Hanna menyelak ke muka surat seterusnya. Hanya sebaris ayat yang terletak di tengah tengah ruang itu.

Lelaki pun ada perasaan. Bukan robot, heartless semendang,”

Hanna mengangkat muka dari buku itu. Asal Irham buat semua benda ni eh? Susahnya la nak faham lelaki ni. Complicated sungguh.Mata kembali semula pada gambar seterusnya. Gambar dia dan Irham bersila makan aiskrim. Dia memandang lama gambar itu. Selekehnya aku dulu. Dia memandang dirinya dalam gambar tu. Dengan tudung selebet,cap dikebelakangkan,mulut comot. Handphone di sebelah tiba-tiba berdering.

“Hello. Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumusalam. Tengah buat apa?”

“Baca hikayat diri. Kenapa telefon? Kacau lah orang tengah masuk memory lane ni,”

“Orang risau dia tinggal sorang sorang,dia marah kita balik pula. Tunggu la orang balik. Masuk memory lane sama-sama,”


“Ala gedik. Tak best,semak je,”. Hanna gelak. Irham di dalam kereta turut tersengih.

 Perlahan talian telefon dimatikan. Gaya macam Hanna tak tahu apa-apa lagi.














to be continued. . . .