Friday, 15 May 2015

# 51

Irham masih berteleku di sebelah katil Hanna. Tangan Irham masih memegang kepingan gambar tu. Gambar yang pernah menjadi punca dia dan Hanna tak bertegur sapa. Dia tak faham kenapa gambar yang ada di tangannya sekarang tak sama dengan gambar dulu. Mana satu yang betul? Syahadah;kawan rapat Hanna pernah datang lawat Hanna kelmarin.
“Sebenarnya Am,aku nak cakap something. Syahadah yang suruh aku sampaikan,” Azim yang menyapanya. Azim mengajak dia berborak diluar meninggalkan Syahadah bersama Hanna yang masih tak bergerak tu.
“Apa dia,Zim?”
“Ingat tak,dua bulan lepas kitaorang ada reunion dekat PD?”
“Hah. Ingat. Kenapa?”
“Macam ni. Isteri aku kan sebilik dengan isteri kau waktu tu. Syahadah dah banyak kali nampak bibir isteri kau pucat tau sebenarnya. Adah ada lah tanya dia tak sihat ke? Dia gelak je. Dia kata dia salah makan. Dia tak ada pula cakap dia pregnant,” Azim menatap Irham yang masih tunduk di sebelahnya.Irham masih diam tak beriak.
“Lepastu,yang pasal gambar Hanna tu. Aku tahu kau ada jumpa gambar Hanna kan? Hanna ada minta Syahadah bawakan gambar-gambar tu masa reunion haritu. Aku tahu dia ada nak explain sesuatu. Kau nak aku explain kan atau nak tunggu Hanna sedar?”
“Tak apa lah,Zim. Better kalau aku dengar Hanna explain sendiri. Even lambat lagi dia sedar,aku tunggu. Terima kasih,Zim,”Irham menepuk bahu orang sebelahnya tu.

Dan dia masih menunggu Hanna bangun untuk bagitahu semuanya. Hari ini dah masuk 3 bulan Hanna masih ‘tidur’. Dan Irham masih tidur menemaninya tanpa ada tinggal sehari pun.



to be continue . . . .

No comments:

Post a Comment