Malam
tu Hanna tidur awal. Bila ditanya,mengantuk katanya. Bukan Irham tak tahu. Mata
Hanna merah. Baru lepas menangis. Tapi Irham tak nak kacau Hanna. Sebab dia
tahu bukan mudah untuk Hanna terima semua benda macam tu je. Irham mengadu pada
Allah agar biarlah rasa sedih Hanna dipindahkan pada dia. Biar dia yang
tanggung. Sepanjang Irham menemani Hanna di hospital,Azim lah yang sentiasa
datang melawatnya. Dengar segala luahan dia. Irham pun tak tahu sejak bila dia
rapat dengan Azim. Tapi segala yang keluar dari mulut Azim,macam satu
ketenangan. Allah memang sangat pemurah kerana hantarkan orang macam Azim masa
dia hampir rebah.
“Azim.
Aku ada nak cakap dengan kau sikit. Aku harap kau boleh pinjamkan telinga kau
untuk aku,” Petang selepas Hanna sedar tu,Azim ada datang tapi sekejap.
“Aku
dengar,” Azim membetulkan duduknya.
“Tak
ada siapa tahu benda ni,even keluarga aku sendiri. Aku tak tahu pun sebenarnya
Hanna pregnant haritu,” Air mata Irham mengalir laju. “Mesti kau anggap aku
macam suami tak guna. Isteri sendiri mengandung pun tak tahu. Tapi cakaplah apa
kau nak cakap,Zim. Aku tak kisah. Aku tahu salah aku. Aku rasa macam..”
Terdengar esakan Irham. Azim perlahan menepuk bahu Irham.Dia membiarkan Irham
menangis.
“Aku
taktahu dah dua bulan Hanna mengandung,Zim.Busy sangat aku dengan kerja aku.
Kesian anak aku,Zim.Kau tahu? Perkara first yang Hanna tanya bila dia sedar
pagi tadi. Dia tanya baby dia okey ke tak?Masa tu kau tahu apa aku rasa,aku
rasa macam bodohnya aku sampai isteri sendiri mengandung pun aku tak tahu.
Lepas Hanna tahu,kau tahu apa dia buat Zim? Dia senyum. Dia tak menangis
langsung. Tu buat aku lagi sedih. Dia cakap dengan aku dia nak pergi tandas.
Aku dengar dia menangis dalam tandas,Zim.” Lagi sekali air mata Irham mengalir
laju.
“Irham,aku
tahu aku tak rasa apa yang kau rasa. Tapi Irham,kau tak boleh salahkan diri
kau. Heii,Irham. Allah dah tulis semua benda Am. Qada’ qadar Allah tu dah
tetap. Allah tengah uji kesabaran kau Am. Kau salahkan diri kau selama mana pun,anak
kau hidup balik ke Am?”
“Kau
tak boleh macam ni Am. Hanna tu tanggung ujian lagi besar dari kau,Am. Dia
sedar-sedar,anak dia dah tak ada. Aku tahu ada sebab Hanna tak bagitahu kau.
Am,kau nak menangis,menangis lah Am. Kau nak meraung,meraung lah. Tapi janji dalam
diri kau,Am. Hari ini je kau menangis meraung macam ni. Lepas ni,bangun balik
Am. Bangga sikit. Kau tengah diuji. Maksudnya apa tu? Maksudnya Allah nak
hapuskan dosa dosa kau Am. Allah nak naikkan darjat kau. Kau dengar apa aku
cakap ni macam cliché,tapi tu realiti. Allah sayang kau Am. Allah sayang kau,”
Azim memeluk erat Irham yang hampir rebah petang tu. Lemahnya Irham petang itu.
to be continue . .. .