Saturday 18 April 2015

# 46

Amer dan Hafiz menunggu dalam rumah Hanna dengan cahaya lampu seperti hidup segan mati tak mahu. Bagaimana mereka boleh masuk ke dalam rumah Hanna? Jangan ditanya. Hafiz hanya membuat tak endah apabila telinganya mendengar salam dari Irham yang baru sahaja melangkah masuk rumah tu.
“Along. Angah pun ada?” Irham bersalaman dengan Amer yang sudah berdiri. Namun dia agak pelik apabila Hafiz hanya menonton televisyen.
“Lambat balik?” Amer bertanya mesra.
“Banyak kerja sikit dekat office,long. Along Angah dah lama sampai ke?”Irham melabuhkan duduk di sofa tunggal berdepan dengan Along bersebelahan Angah yang seraya tadi membeku.

“Baru juga sam…”
“Dah lama sangat dah sampai. Am,ada masalah dengan Hanna ke?” Hafiz membetulkan tempat duduknya. Televisyen dimatikan.
“Alhamdulillah okey. Kenapa Angah ta…”
“Kau tanya aku kenapa?Long,dia tanya kita kenapa long,” Angah dah sengih sinis. Amer dah serba salah. Tadi bincang dalam kereta,kata nak tegur baik-baik. Ni dah kenapa dak angah ni.
“Tak ada apa,Am. Angah just tanya,kot kot korang ada masalah,”
“Alhamdulillah tak ada apa. Kalau ada apa apa pun,kita orang bincang macam biasa,”
“Macam biasa ke,bila sampai guna tangan bagai,” Hafiz lagi sekali hilang sabar.
“Okay. Macam ni la,Am. Along terus terang. Angah ada datang rumah haritu. Nampak lebam dekat bibir Hanna. Bila tanya,dia nangis,” Amer cuba tenangkan keadaan.
“Lebam? Hanna ke…,”
“Kau tanya kita orang kenapa? Eh Irham! Yang duduk berdua dengan Hanna tu kau ke kita orang?” badan Irham ditarik kuat. Kolar baju direntap. Irham dihenyak ke dinding. Dada Hafiz dah berombak menahan amarah.
“Angah. Am, betul betul tak ta..”
“Kau tak tahu??!!” lagi sekali suara itu memekik.
“Hafiz! Dah lah tu. Kita boleh bincang baik baik kan?”Amer dah menggenggam tangan Hafiz yang baru sahaja nak melepaskan tumbukan tepat pada muka Irham di hadapannya.
“Selama aku hidup,pipi Hanna tu tak pernah kena usik, kau tahu? Sedangkan mama dengan papa pun tak pernah jentik pipi Hanna tu. Kau orang luar,senang senang lempang adik aku macam tak ada hati. Apa salah adik aku ha?!!!” Dan buku lima yang dari tadi memang nak dilepaskan Hafiz,terlepas juga. 







to be continue . . . 

No comments:

Post a Comment