Tuesday 26 March 2013

# 10


Hanna terkedu. Cawan yang dipegangnya hampir terlepas. Apa semua ni?

“Yang aku tahu,kau musnahkan hidup aku. Kau membuang masa aku selam 12 tahun tu. Jahat sangat ke aku sampai kau dendam macam tu sekali pada aku?”

“Apa kau cakap ni?”

“Ada orang cakap kat aku,kau penyebab aku koma,kau penyebab aku hilang kerja aku. Kau penyebab hidup aku hancur!Aku nak kau keluar dari majlis aku. Allah memang sengaja temukan aku dengan orang yang hati busuk macam kau.Asal Dia kejam sangat?”

“Dah! Kau boleh salahkan aku atas apa yang terjadi,tapi tolong jangan salahkan Dia. Kau boleh hina aku,caci aku,tapi tolong jangan caci Dia. Kau boleh lupakan aku,tapi tolong jangan pernah sesekali kau lupakan Dia.Kau boleh buang aku jauh dari hidup kau,tapi jangan sesekali kau buang Dia jauh dari hati kau” Hanna menyeka airmata yang baru nak menitis.

“One more thing,kau boleh tak sayang aku macam mana aku sayang kau,tapi tolong,jangan benci Dia. Sayang Dia macam mana Dia sayang kau.Sebabkan Dia kita jumpa. Sebabkan Dia kau berubah ke arah kebaikan. Sebabkan Dia kau tak campur dengan mat-mat rempit tu. Dan sebabkan dia kau masih hidup dalam dunia ni lagi. Aku tak tahu apayang jadi dekat kau selama aku dekat hospital. Aku minta maaf dari awal kita kawan sampai sekarang.Terima kasih untuk semuanya. Termasuk hari ini.” Panjang lebar Hanna menuturkan. Sakit hatinya bila dituduh macam-macam. Irham yang baru muncul di dapur masih tegak di situ.

“Assalammualaikum.” Hanna berlalu dengan hati yang sangat sakit. Pedih.

“Pa,air.” Air dihulu ke arah ayahnya. “ Orang tunggu kat luar ea,” Dia melangkah keluar dengan air mata dah mula bergenang. Apasal sebenarnya ni? Apa salah aku ?







 to be continued . . . .

# 9


Perjalanan ke rumah Aniff terasa begitu kejap. Irham yang ada dekat seat depan entah dah berapa kali menjeling ke arahnya. Enjin dimatikan. Dia melangkah keluar dari kereta. Let it be. Jodoh tak ada siapa boleh halang.

“Kau okey?” Irham berjalan seiring dengannya dan mama.
“ Okey je. Asal?” Mama dah laju ke depan meninggalkan dia dan Irham. Along,Kak Izzah,Angah dengan Kak Fara pun sama je. Dah jumpa kawan la tu.
“Muka kau pucat,” Irham memandang sekilas. “Dari dalam kereta tadi aku dah perasan,”
“Penat kot.” Hanna hanya sengih pada mak cik-mak cik yang tengah makan di bawah kanopi tu.
“Terima kasih la sudi datang. Kamu Irham kan?” Pak cik yang sedang menyambut tetamu tu menegur Irham tiba-tiba. Hanna turut berhenti.
“Eh,A’ah.” Irham dah buat muka kelam. Siapa pulak pak cik ni?
“Pak cik yang kamu tolong kelmarin tu.”
“Oh,yaya. Anak pak cik ke yang kahwin ni?”
“Aniff. Anak bongsu pak cik. Kamu dah kahwin? Alhamdulillah ,” Pak cik tu tersengih pada Hanna. “ Tak apa,kamu makan lah dulu. Ajak isteri kamu sekali.”

 Hanna dan Irham berlalu ke ruang mengambil makanan. Bayang Aniff dan Alisa masih tidak nampak. Hanna hanya makan dan berbual dengan adik-beradiknya. Selesai makan,mama dan papa nak tengok pelamin dekat dalam rumah. Hanna hanya turuti. Irham menuju ke ruang solat.
“Hanna,ambilkan papa air suam,”
Hanna melangkah bangun ke dapur. Cawan yang ada di tepi tudung saji itu diambil.Tetamu yang hadir tinggal saki baki. Pengantin pun dah tukar baju nampak gayanya.

“So,kau Hanna?” Seorang lelaki melangkah ke dapur menuju ke arah Hanna. Aniff?
“Tahniah.” Sepatah dia berkata pada lelaki tu.
“Aku tak pernah kenal kau siapa. Aku tak pernah tahu pun kau wujud dalam dunia ni. Tapi entah apasal gambar kau ada dekat laptop aku,ada dekat dalam bilik aku. Kau siapa sebenarnya?”



to be continued . . . 




# 8


Kad jemputan yang hadir membawa khabar dari Aniff diambil dengan muka yang tak tahu nak digambarkan macam mana. Gadis yang bertuah itu bernama Alisa. Cantik namanya secantik orangnya.

“Dr.Aniff tu dah nak kahwin dah. Irham yang tolong paskan kat mama tadi. Tersalah hantar katanya. Hari sabtu ni kan?”

“Aah.” Sepatah dia menjawab. 

Dia dan Aniff dah memang tidak berjumpa kerana yang ambil kes Hanna sekarang Dr.Nazmi. Dia melangkah naik ke bilik dengan kad jemputan itu ditinggalkan di sebelah mama. Aku tak kesah pun kau nak kahwin ke apa,tapi salah ke kalau kau bagitahu aku? Yang kau kesah sangat pehal Hanna? Lagi satu soalan menerjah. Terdiam dia terus. Al-Quran yang tiba-tiba menerjah ke matanya,diambil perlahan. Tudung dicapai dan disarung ke kepala. Tenang dia mengalunkan surah Nisa’. Handphone yang tiba-tiba vibrate dibiarkan. Selesai membaca Al-Quran,handphone ditarik dari bawah bantal. Kiriman yang telah beberapa minit dihantar,baru dibuka.

Aku harap kau dapat terima takdir. Aku harap kau buang nombor aku dari contact kau. Lupakan aku macam mana aku dah lupakan kau! ~Aniff

Al-Quran digenggamnya erat. Dibawa dekat ke dada. Mesej itu didelete secepatnya. Kalau tu yang kau nak. Nombor Aniff dibuang dari contactnya. Dibuang dari hati. Dibuang dari minda.Aku tak faham betul dengan mamat ni. Apa masalah kau sebenarnya? Kaki melangkah keluar dari bilik.Menuju perlahan ke ruang tamu. Along dengan angah tengah duduk melayan ceramah dari Ustaz Kazim Elias. Hanna bersila di antara kedua abangnya.Ceramah pasal jodoh. Huuuuh. Nafas dilepas perlahan.

“Kau bila lagi dik. Semua dah nak kahwin. Dr.Aniff tu pun sama,”Angah tiba-tiba bersuara.
“Tunggu la sesiapa datang bawa cincin nanti,” Selamba dia membalas.Along masih berdiam. Kad jemputan yang datang ke tangannya pagi tadi nyata buat dia terdiam. Dia tahu Hanna rasa apa,walau adiknya tak pernah meluahkan apa-apa.

“Serious? Along suruh Daus datang karang,” Amer mencebik.

“Sediakan 200 dinar siap-siap,” Hanna menjawab dengan mata masih terpaku dengan tv.

“Bersamaan dengan berapa ringgit Malaysia?”
“RM 40,000.00”

Along dan angah masih terdiam. Lama. 




to be continued . . . .

# 7


Dah terbukti. Dia tak tunggu aku pun. Hanna sengih sendiri. Apalah aku ni! Pulak ada manusia dalam dunia ni nak tunggu orang 12 tahun macam tu. Kalau aku,aku pun tak sanggup. Semua yang dia nampak tadi,semua dah terbukti. Tadi,

“Dik,tunggu sini sekejap. Along nak beli something,” Amer dah laju ke arah Butik Niza tu.Hanna hanya melabuhkan punggung di bangku berhampiran.

Mata masih menatap novel di tangan. Kadang-kadang memandang gelagat orang yang lalu lalang depannya. Dia terpaku. Terkesima. Dan terkedu. Aniff? Dengan baju melayu lengkap bersamping. Dalam butik orang kahwin. Novel di tangan dilupakan seketika. Seorang gadis cantik keluar dari bilik persalinan dengan baju yang sepadan Aniff. Wajah ceria gadis itu membuatkan Hanna tersengih beberapa saat. Secocok gila. Sangat. Gadis itu masih membetulkan rambutnya dari tadi. Aniff hanya memandang. Kenapa tak pernah bagitahu? Butik tu beberapa langkah dari tempat dia duduk. Perbualan antara Aniff dan gadis itu dapat didengarinya.

“Awak rasa okey baju ni?”
“Okey. Cantik.”

Lagi sekali Hanna tersengih. Warna baju yang gadis tu pakai sama dengan warna yang dia nak masa dia jadi ratu sehari nanti. Sama sangat. Cuma design yang berbeza. Tapi kenapa? Asal tak bagitahu awal-awal? Nak buat surprise ke? Dan perbualan Aniff dengan gadis tu didengarnya sampai ke sudah. Soal hantaran,cincin,tema and bla bla bla ..Yang dia pelik,kenapa hati tak rasa terguris langsung? Kenapa hati tak rasa apa-apa? Kenapa hati tak cakap apa-apa? KENAPA? Kenapa mesti air mata yang bergenang? Mata digosok perlahan.

“Jom! Cantik tak?”Amer duduk menerjah adiknya.
“Cantik! Sweet gila. Untuk Kak long?” Gelang silver bertahtakan permata biru tu dibeleknya. Tekak dah rasa payah nak menelan. Nak telan realiti yang dilihatnya tadi.
“Aah. Well,abang sapa?”Amer tergelak. Dan Hanna masih gelak. Palsu.







to be continued . . .


Monday 25 March 2013

# 6


Al-Quran tafsir yang baru habis dibacanya, diletak ke dada. Sejuk rasa hati. Mata dipejam lama. Dia baru boleh gerak.Tapi perlahan. Mama baru balik. Datang dengan Kak Fara. Sweater biru hitam itu ditarik rapat ke tubuh.Sejuk tiba-tiba hari ni. Al-Quran diletak tepi. Pintu tiba-tiba terkuak.
“Miss me?” Irham masuk dengan beg berwarna-warni di tangan. Tie dah terurai dari leher.
“You are totally wrong,bro.”Mata dah menjuling ke atas.
“Cantik tudung. Matching dengan warna kemeja aku,” Kening terangkat. Mata memandang ke arah Hanna di depannya.Hanna memandang tangan yang masih dimasukkan air. Bahana badan tak cukup air lagi. Mata berlari ke arah baju kemeja Irham. Putih. Heh. Lengan baju dilipat ke atas. “Makan jom. Aku masak kat office tadi,” Muka bangga mula terserlah.
“Kau tak letih ke dari office terus datang sini?”
“Nope.” Irham sengih. Pinggan yang berisi nasi dihulur ke arah Hanna. Tangan terhenti memandang jari Hanna yang dah bersarung cincin. Selama ni jari dia kosong,hanya gelang silver dan jam hitam tu je. Tapi. . .
“Aku nak makan ni,cepat la.” Pinggan ditarik.
“Siapa yang. . ?”
“Aku lapar le gemok,” Selamba dia berkata.
Irham,let it be. Allah dah tunjuk. Selama ni kau juga minta petunjuk kan.
“Aku keluar kejap,” Irham bangun dari duduk. Hanna hanya mengangguk. Baru nak disuap nasi ke mulut,tangannya terhenti. Tunggu Irham makan sekali lah ek.  Pinggan dibiar letak di riba. Irham melangkah laju ke toilet. Apehal kau ni Irham? Kau tak tahu apa-apa dah nak touching terlebih pehal? Cuba tanya dia baik-baik,tak boleh ke? Astagfirullah. Tangan dibawa meraup wajah yang tiba-tiba kusut. Dia melangkah keluar. Sepanjang perjalanan menuju ke wad Hanna,dia hanya memikir. Apasal aku over ek? Biar le kalau dia dah disunting pun. Kau jiran je kot. Irham sengih sendiri. Selama ni kau heartless,tapi apesal sekarang bertukar tiba-tiba? Dia menggeleng laju. Tangan memulas tombol pintu bilik Hanna.
“Akhirnya. . . Lama aku tunggu.Lapau tahu tak?” Hanna hanya tersengih.
“Makan je la dulu.” Pinggan di atas laci dicapai. Lauk  diceduk ke pinggan Hanna. Kemudian ke pinggan dia.
“Kau nak tanya aku apa-apa ke?” Hanna bersuara dengan nasi penuh di mulut.
“Tak” Irham geleng.
“Serious?Tak nak tahu?Okeyy.” Hanna mengangkat bahu.Tak nak tanya sudah.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu~
to be continued .  . .