Monday 27 May 2013

# 16

Jumpa balik Mia masa dekat dalam lif. Rupanya Mia tinggal selang 3 buah bilik je dari dia. Best dengar Mia bercerita. Yang penting Mia bukan macam budak perempuan darjah 4 yang cerita pasal cerita Barbie setiap kali hari Sabtu dekat tv tu. Mia bukan macam budak biasa yang suka cerita pasal pakwe-pakwe ni. Apa yang Mia cerita semua masuk dalam telinganya dan kekal dalam mindanya. Budak tu yang buat dia fikir balik fasal dunia dan akhirat.Macam haritu. . .


“Kak Hanna.” Masa tu baru habis buat umrah untuk kali kedua. Mia datang dengan sorang lelaki. Tapi sepanjang perbualan antara dia dengan Mia,lelaki tu hanya pandang ke arah lain dan senyap.

“Hmm.” Tasbih di tangan masih bergerak.

“Apa maksud ‘setiap pahala amal ditentukan dengan niat’?”

“Maknanya,setiap apa je yang kita nak buat,berpandukan niat kita nak buat benda tu.”

Mia buat muka kelam. Tak faham?

“Okey,macam ni la. Contoh dia senang je.Mia solat sunat dalam satu masjid yang mana Mia sorang je yang tengah solat time tu,even jemaah lain ada je. Tapi mereka tak solat. Kalau niat Mia memang nak solat dengan ikhlas sebab Mia tahu Allah suka hamba macam tu,dan Mia ikut syarat semua tu,InsyaAllah Mia dapat pahala. Tapi kalau Mia niat ‘aku nak solat ni,nak tunjuk dekat budak-budak lain aku rajin. Aku alim.’ Tak jadilah macam tu. Pahala pun,baru nak diturunkan Allah,dah ditarik balik. So,sebab tu segala pahala amalan kita berlandaskan niat kita sebenarnya.” Dia sengih pada diri sendiri.

Mia angguk. Faham.

“Kak Hanna dah kahwin?” Tiba-tiba soalan tu menerjah.Hanna diam.

“Tak pe. Biar Mia teka. Kak Mia belum kahwin kan?”

“Mana Mia tahu?” Kepala Mia digosok perlahan.

“Tak ada cincin pun dekat jari Kak Hanna. Inai pun tak ada.Belum la tu.” Mia sengih bangga
.
“Tak semestinya orang pakai cincin dah kahwin. Ada je yang pakai cincin,niat diaorang untuk tak nak orang lain mengharap.Tu niat jugak tu.Lagipun tu sunnah Rasulullah.” Macam aku buat dulu. Heh.

“Oh,yaka? Niat. Niat. Kak Hanna kahwin dengan along Mia lah kalau macam tu.Niat la ikut sunnah Rasulullah. “ Mia sengih sambil tepuk bahu lelaki disebelahnya tu.

Eh? Apakahhhhhhhh


 “Mia,kita kita solat sunat nak?” Hanna mengajak. Dia memang nak solat tadi tadi. 







to be continued . . 




# 15

Mata masih tertumpu pada arah Kaabah. Pada orang yang tengah buat tawaf. Pada mereka yang tengah solat. Baru selesai membaca Al-quran. Tenang je rasa dekat sini. Ruang yang kini hanya dia dan beberapa orang jemaah haji sedang beribadah. Ruang yang memang takkan dapat rasa masa dekat Melaka. Hatta kalau cuba cari tempat yang sunyi tak ada orang pun tak setenang dekat sini. Tangan memegang erat Al-quran di tangan. Lama dia memejam mata. . .

“Ibu,kenapa dekat sini semua orang pakai tudung? Semua orang tak tunjuk rambut diaorang? Tapi dekat KL tu ramai je tunjuk rambut?”

Suara kanak-kanak kecil yang begitu hampir dengannya menerjah ke telinga tiba-tiba. Hanna membuka mata yang lama terpejam tadi. Dia menoleh ke kanan. Muka comel seorang kanak-kanak perempuan menerjah dalam matanya. Sengih budak tu masih tak lekang.

“Sebab dekat sini tanah suci. Dekat sini tempat beribadah. Tempat orang buat haji dengan umrah.” Lembut si ibu cuba membalas.

“Pakai tudung tu wajib ke tak sebenarnya ibu? Kalau wajib kenapa ramai tak pakai?”

Ya Allah. Soalan yang dilemparkan oleh budak yang mungkin baru darjah 4 itu membekukan riak wajah Hanna tiba-tiba. Soalan yang dia pun tak tahu nak rungkai macam mana.

“Pakai tudung tu memang wajib,Mia. Cuma sekarang dah jadi budaya pakai tudung tu. Bukan suatu tuntutan dari Allah bagi rakyat sekarang ni. Sebab tu ada yang pakai tudung tapi pakai je seluar fit fit tu.” Lagi sekali si ibu jawab dengan tenang.

“Dik,mak cik nak ke tandas sekejap. Kalau nak bawak Mia susah pula nanti. Mak cik minta tolong temankan Mia kejap,boleh?” Mak cik disebelahnya tu menegur.

“Boleh.Boleh.” Hanna hanya sengih. Mata hanya memandang makcik yang nak ke tandas tu. Mia tiba-tiba menghampirinya.


“Nama akak apa?”










to be continued . . .

# 14

 Kaki melangkah ke airport. Yang menghantar along,Kak Izzah,angah,Kak Fara dengan Irham. Beg sandang dah di betulkan letaknya atas bahu kanan. Sweater hitam putih tu dihulur ke arah Hanna.

“Terima kasih” Hanna memandang sekilas insan yang memberi tu. Cincin di jari manisnya di tunjuk pada Irham. Irham hanya memandang. Bisu.

“Tunggu aku jejak airport ni balik. Aku tanya Kekasih Abadi aku dulu. Kalau aku selamat sampai sini balik dengan cincin tu ada dekat jari aku,faham-faham sendirilah.Tapi kalau aku tak sempat jejak kaki kat airport ni balik,Dia simpan kau untuk someone lagi baik dari aku. Ingat tu” Hanna membetulkan tali kasut yang dah terlerai ikatannya. 

“Rightio. Tak payah lah fikir pasal benda ni sangat. Kat sana kau laksanakan ibadah kau dengan sempurna. Aku doakan yang terbaik. Sweater tu jaga baik-baik.” Irham memandang jauh pada kapal terbang yang sedia untuk berlepas.

Dia teringat perbualan tu before gerak tadi. Tangan menarik sweater hitam putih tu rapat ke tubuh. Cincin silver yang cantik terletak di jari manisnya,ditatapnya lama. Perlahan dia menarik keluar cincin tu. Di pegang kedua belah tangan.Bekas hitam kecil dikeluarkan dari poket sweater tu. Perlahan cincin tu diletak dalam bekas tu. Kertas kecil yang terselit sama dalam bekas tu di ambil.

Aku tak harap jawapan apa-apa. Aku nak kau selamat sampai sana dan selamat sampai sini balik walau cincin ni tak ada pada jari manis kau. Sampaikan salam aku pada junjungan kita. : )


Kertas kecil tu disimpan semula. Dia memandang mama di sebelah. Dah terlena dah. Lagi beberapa jam dah nak sampai. Kau permudahkanlah Ya Allah perjalanan kami. Dia tersengih tiba-tiba, Dia teringat masih dia form 4 dulu. Antara wishlist dia dulu, ‘before kahwin,dia nak buat umrah’. Dan Alhamdulillah dimakbulkan. Mata dibawa memandang luar. Yang penuh dengan kabus awan. Tebal. Putih biru. Cantik je.Tangan mengenggam erat Al-Quran biru dengan bekas hitam tu. Permudahkanlah Ya Allah.
















to be continued . . .

Friday 24 May 2013

# 13

“Irham memang dah cakap dengan papa dulu. Bila papa tanya dia dah cakap dengan Hanna belum,dia kata belum. Dia mintak izin papa dulu,” Encik Aiman mengambil span yang dah penuh dengan buih dibawa ke kereta.

“Abis,papa izinkan ke?” Amer bertanya

“ Papa tak kisah. Irham tu pun baik budaknya. Amer rasa?”

“Along tak kisah. Along pun rasa Irham tu baik je. Hanna pun mana pernah rapat dengan lelaki lain selain dak Irham tu,”

Jantung hampir terjatuh. Woooo. Biar betik ke papaya ni. What the? Parah ni parah. Tapi memang aku tak ada feeling pun kat mamat tu. Kau kan memang heartless Hanna oi. Okey fineee.

“Ma,kain irham tu kena bawa dari rumah ke?”

“Kain irham?” mama dah garu kepala

“Ye la kain irham,”

Hanna pelik.

“ Kain ihram la,”  Along menyambung
.

“Pulak dah kain irham. Irham depan rumah tu tak pergi pun sayang oii.” Mama dah tersengih memanjang.

 Hanna dah rasa nak hantuk kepala. Parah aku ni. Dari hari tu nama mamat tu je yang tersasul. Tapi bila fikir-fikir balik,macam mana nak suka mamat tu ek? ISHH. Hanna kau nak pergi tanah suci,cuba betulkan niat tu. Doa dekat Dia. Fikir boleh ke main suka suka anak orang.









to be continued . . .


Friday 3 May 2013

# 12


Diri dah rasa jauh dari Allah. Bila melihat gadis yang seusia dengannya memakai tudung labuh. Dia rasa dirinya kecil.Sedangkan dia,memakai tudung mengikut syarat iaitu bawah dada dan tak jarang.HUH. Nafas panjang di lepaskan.Dia bersyukur. Kini doanya dah didengari Allah. Kini Allah dah memakbulkan doanya. Dia dah terpilih. Allah dah menjemputnya.Senyuman yang ikhlas yang dah hilang suatu ketika dahulu,dah ada balik.

“Ma, kita pergi lagi berapa minggu?”
“Dalam 2 minggu. Kenapa?”
“Barang-barang nak beli bile?”
“ Lusa pun boleh kot. Tunggu papa selesaikan semua urusan dekat sini dulu,”

Hanna angguk. Tak sabar nak pergi sana. Nak jejakkan kaki dekat Tanah Suci. Alhamdulillah dia,mama dan papa dipanggil untuk mengunjungi rumah Allah. Ini kali pertama dia akan melihat Kaabah di hadapan matanya sendiri. Alangkah gembiranya dia.

“Cincin tu siapa bagi sebenarnya?”Papa tiba-tiba bersuara.Sengih di bibir papa masih tak lekang.

Hanna merenung cincin tu lama.Hehe. Kene eh bagitahu. Tapi ni cincin bukan untuk dia sebenarnya. Irham begi pinjam. Dah nak kahwin dah Irham. Aku je solo memanjang.

“Og pakai kejap je. Nanti pulang kat Irham balik.” Hanna mengemas dapur yang dah bersepah dikerjakan Haris tadi.

“Aik? Kenapa main kejap-kejap je?” Along yang entah dari mana,tiba-tiba mencelah.

“Pikir kahwin ni boleh main kejap-kejap ke?” Angah pula yang menyambung.

Hanna dah terasa tercekik buah durian pun ada jugak. Aku yang mamai ke apa. Betul la,Irham kasi pinjam.Mana ada dia propose pun. Kan? Dia cuba ingat kembali ‘pembicaraan’ dia dan Irham hari tu. . .


“Wooo! Semart gila cincin. Berapa juta kau beli ni?” Mata dah tertumpu pada cincin di tangan Irham petang tu. Suara riang Anis melayan Haris hilang terus.

“Well,tengok la siapa pilih. Berapa juta kau tanya? Kau pikir aku beli rumah 5 tingkat ke sampai juta bagai. Cincin je kot aku beli. Adalah juga dalam ribu,cukup lah dengan gaji aku kerja. Try pakai.” Cincin diletak atas telapak tangan Hanna.

“Walaweyy. Tawu tak cincin ni hampir sama dengan cincin aku nak selama ni. Tapi lagi cantik lah. Siapa bidadari bertuah dapat kau ni. Cecite sikit,” Cincin tu dibiar di atas tapak tangan.Orang punya weyy. Gila nak pakai.

“Aku kenal dia dah lama. Dari darjah 5 6 macam tu lah. Aku lagi tua setahun dari dia. Kite orang jarang jumpa. Sebab dia duduk asrama. Aku berulang alik. Masa dia form 5 pun aku dah tak jumpa dia dah,sebab aku dapat UPNM punya pasal. Dan,di takdirkan jumpa balik lepas dia balik dari oversea,” Irham bercerita sendiri.

“Husyiooo. Lama gila kau suka dia.Dia suka kau tak?” Hanna masih membelek-belek cincin silver di tangannya tu.

“Suka lah kot. Aku baru cakap dengan ayah dia. Dengan dia aku tak cakap lagi. Kau try la test cincin ni. Jari dia pun lebih kurang kecik macam kau jugak.” Irham cuba membayangkan jari bakal tunangnya tu.

“Eh,mana boleh aku pakai. Tak nampak seri lah bakal tunang kau pakai nanti. Tak apa,nanti kau sarung je lah kat tangan dia. Kan senang. Apa susah.”

“Ala,kau try je laa. Lambat laun,kau akan pakai jugak. Sama je,”Irham memandang Haris yang tengah bersuka ria depan mereka.

“Tapi tu cincin lain. Bukan cincin ni. Feeling future husband yang bagi lain,dari besties bagi. Faham?”Hanna sengih. Irham menggaru kepala.

“Abis,macam mana aku nak tukar feeling kau tu. Biar kau rasa future husband kau yang tengah bagi cincin tu sekarang. Ala,pakai je laa. Dah sampai airport nanti pulang lah balik. Nak pakai terus pun tak apa.” Akhirnya. . . Terluah juga apa yang disimpan.


ZAPPPP!!!! Perkataan yang keluar dari mulut Irham hari tu diingatinya balik. Tu propose ke tu. Dia cakap kenal budak tu darjah 5 6. Aku kenal dia masa aku darjah 6. Dia form 1. Then,dia kata jarang jumpa sebab budak tu duduk asrama.Aku pun jarang jumpa dia sebab aku duduk asrama. Dan,dia masuk UPNM. Kite orang jumpa balik lepas aku balik sini dari UK. Pehhh! Asal lah aku lembab nau haritu. 








to be continued . . . .

# 11


Irham separuh berlari mengejar Hanna. Apa pula yang jadi ni? Sapu tangan yang ada dalam saku seluarnya dikeluarkan. Hanna yang tengah bersandar pada kereta entah- siapa dipandangnya lama. Allah! Aku berdua pula tu dengan dia ni. Macam mana ni?

“Nah. Kau lap jap air mata kau tu,kejap lagi aku datang balik,” Irham menghulurkan sapu tangannya ke arah Hanna yang masih menitiskan air mata. Irham masuk ke rumah. Anak Amer,Haris diambilnya sebentar dan didukung ke luar. Kaki melangkah ke arah Hanna.

“Kau kenapa sebenarnya? Kau pernah cakap dengan aku,useless nangis sebab lelaki.Kau ingat?So,sekarang apa cite?”

Sepi. Hanya gelak Haris je yang bersuara.

“Aku tak nangis sebab dia lah! Aku sakit hati apasal dia tuduh aku macam tu je. Salahkan takdir Allah pulak tu. Apa masalah lelaki tu sebenarnya?”

“Ada benda yang jadi yang mungkin kau tak tahu. Dan ada benda yang mungkin dia tak tahu. Kau marah dia kahwin dengan orang lain ke?”

“Tak. Aku tak pernah tunggu dia lah!”

‘Eh,aku tak cakap pun. Adoi minah ni. Cakap je lah kau tunggu.Aku tak kesah pun’ Irham bercakap dengan diri sendiri.

“Dah la tu,satu hari nanti kau akan tahu jugak apesal dia macam tu. Kau pun dah ada orang pinangkan.Asal kau nak mengharap dekat si Aniff tu lagi?” Irham memegang tangan Haris erat.

“EH! Tak pernah pulak ada kereta besar ke jet pejuang ke helicopter ke yang datang landing kat depan rumah aku pinang aku.” Hanna separuh tersengih. Apehal pulak mamat ni?

“Memanglah tak de,sebab yang datang naik basikal je,” selamba dia membalas.”Abis cincin dekat jari tu ape cite?”

Hanna memandang jari yang memang tak ada langsung cincin. Baru dicabut minggu lepas. Sebab pemberinya dah mati. Mati dari hidupnya. Tapi masih hidup depan orang lain. Faham?

Jari ditunjuk pada Irham.Kosong.

“Lah,hilang dah. Senang lah aku nak sarung cincin baru. Aku bawak kapal terbang landing dekat depan rumah. Even rumah kau depan rumah aku je. Dah kau nak sangatkan,bagikan,”

Hanna tersengih.

“Yang kau bawa Haris keluar panas-panas macam ni apsal?”

“Kalau Haris tak de,syaitan orang ketiga. Parah,”Irham sengih. Sengih yang membawa seribu makna. Yang selalu buat Hanna mimpi malam.nigtmare.

“Kau buat sengih macam tu,aku buat kau parah betul-betul karang,” Haris didukungnya dan dibawa masuk ke dalam rumah.

“Senangnya air mata kau terhapus,” Irham dah berjalan masuk ke dalam rumah.

‘Tapi aku tahu hati kau nangis lagi,Hanna. .’ Irham menggenggam sapu tangan yang dah dipulangkan balik.







Percaya dengan janji Allah.

Selagi kau persiapkan diri menjadi wanita solehah

sudah tentu Allah menyediakan yang soleh.   







to be continued  . . .