Friday 24 May 2013

# 13

“Irham memang dah cakap dengan papa dulu. Bila papa tanya dia dah cakap dengan Hanna belum,dia kata belum. Dia mintak izin papa dulu,” Encik Aiman mengambil span yang dah penuh dengan buih dibawa ke kereta.

“Abis,papa izinkan ke?” Amer bertanya

“ Papa tak kisah. Irham tu pun baik budaknya. Amer rasa?”

“Along tak kisah. Along pun rasa Irham tu baik je. Hanna pun mana pernah rapat dengan lelaki lain selain dak Irham tu,”

Jantung hampir terjatuh. Woooo. Biar betik ke papaya ni. What the? Parah ni parah. Tapi memang aku tak ada feeling pun kat mamat tu. Kau kan memang heartless Hanna oi. Okey fineee.

“Ma,kain irham tu kena bawa dari rumah ke?”

“Kain irham?” mama dah garu kepala

“Ye la kain irham,”

Hanna pelik.

“ Kain ihram la,”  Along menyambung
.

“Pulak dah kain irham. Irham depan rumah tu tak pergi pun sayang oii.” Mama dah tersengih memanjang.

 Hanna dah rasa nak hantuk kepala. Parah aku ni. Dari hari tu nama mamat tu je yang tersasul. Tapi bila fikir-fikir balik,macam mana nak suka mamat tu ek? ISHH. Hanna kau nak pergi tanah suci,cuba betulkan niat tu. Doa dekat Dia. Fikir boleh ke main suka suka anak orang.









to be continued . . .


No comments:

Post a Comment