Saturday, 30 August 2014

# 25

Kejap  je semua ni berlaku. Gambar dia dan Hanna dekat tepi taman permainan 8 tahun lepas dipandangnya lama. Dicapai gambar tu dengan sebelah tangan. Badan dihempas ke katil dalam biliknya itu.Gambar tu masa lepas makan aiskrim. Lepas dengar cerita Hanna pasal budak sekolah dia. Teringat masa tu . . .

“Peh,buruk gila cara makan. Selekeh.” Tisu dihulur ke arah Hanna yang dah comot dek aiskrim tu.

“Tak de orang nak baru tahu,” Irham sengih.

“Cakap pasal tak de orang nak ni. Haritu ada budak kirim salam. Aku menyampah sebenarnya bila insan belainan gender kirim salam. Stalk semua benda. Pandang-pandang. Rimas. And one more thing. Aku takut hati dengan ikhtilat tak terjaga nanti,” Hanna mengelap bibir yang dah penuh dengan aiskrim.

“Kau rasa apa sekarang?” Irham bertanya selamba.

“Entah. Rasa terkesan ah sikit.” Hanna sengih. “Salah ke apa aku rasa?”

“Tak salah. Kena pandai jaga la. Kau tu perempuan. Kau pula jenis yang bukan senang jatuh hati. Takut kali ni senang je”

“Jangan la bagi seram situasi wei,” Hanna membuang sampah aiskrim ke dalam tong sampah tu.

“Betul la apa aku cakap. Mungkin ni first time kau rasa benda ni. Orang yang first time ni la lagi senang jatuh faham? Allah tengah uji. Lagi-lagi ujian berkait dengan hati. Lagi la payah,”

“Betul juga. Tapi susah wey. Nak adapt dengan benda-benda macam ni,”

“Memang la susah. Kau fikir macam ni je la. Sekarang belum tiba masanya nak berjatuh hati dengan ajnabi. Belum sampai level kau. Even kau kata kau dah 16 tahun. Dah besar. Tapi bagi orang lain,kau kecil lagi. Kau tengah fasa belajar sekarang. Bohong ah aku tak pernah rasa benda ni. Tapi normal la tu. Budak baru naik. Baru nak kenal dunia. Baru nak kenal manusia lain gender. Ni baru alam persekolahan. Dekat universiti nanti lagi ramai kau jumpa.” Lama dia bercakap. Luahkan apa yang patut.

“Susah susah.” Hanna geleng laju.

“Mana ada ujian yang senang gemok. Sekarang masa belajar. Masa untuk banggakan mak ayah. Bukan masa untuk berpapa-mama sekarang. Honestly,aku bercakap untuk pihak lelaki la eh. Kalau betul lelaki tu minat kau,dia takkan cakap dekat sesiapa. Dia akan doa. Dia akan belajar rajin-rajin. Jaga diri dia. Dia tahu dia kena berjaya dulu. That is true man. Kau pernah cakap dekat aku kau tak suka orang bercinta-cinta ni. Now Allah nak kau buktikan kata-kata kau. Akan tiba satu masa,kau dapat surat,coklat. Kebalkan Hati. Buat macam tak de apa yang berlaku. Kau tu perempuan. Jaga maruah. Tak payah rasa apa-apa. Okeyy?”

“Baikk. Kau tak ada minat perempuan ke?”

“Bohong tak ada. Tapi aku minat bukan nak buat dia jadi isteri ke apa. Minat macam tu jela. Untuk apa bagitahu satu dunia kau minat siapa. Aku anggap dia medium untuk aku berubah. Tak lebih dari tu. Dan untuk pengetahuan kau,sekali kau dah terjebak dengan couple-couple ni,kau akan lalai. Ingat wishlist kau banyak lagi. Jangan disebabkan love messy ni,buat wishlist kau hilang melayang macam tu. Jaga hati. Sadur la dengan aluminium ke. Kasi keras sikit,” Irham bangun dari duduk.

“Huaaaaaaaaaa. Rasa macam baru kaunseling dengan doctor cinta pun ada juga ni,”Hanna sama bangun.

Dan masa tu mereka masih kanak-kanak. Riang ria tak fikir apa. Tak lama lagi. Selepas dah berapa tahun dia cuba ubah diri. Jadi setanding dengan gadis itu. Dia jaga diri sebab dia nak yang terbaik.  












to be continued .  . .