Saturday 1 June 2013

# 18

Dia teringat. Sehari sebelum Mia pergi haritu. Masa tu Surah Al-Khafi masih beralun di bibir.Mia di sebelah sama mengalunkan surah tu. Malam yang rasa damai di situ. Hanya dia dan Mia yang ada di situ. Mama dah naik bilik. Mama tak sihat. Dan mama yang suruh dia ajak Mia baca Al-quran di situ. Ayat terakhir dialunkan. Hanna memeluk erat Al-quran ke dada. Mata memandang tenang suasana di hadapannya. Dia cuba mengingati balik selama 25 tahun dia hidup di bumi Allah tu. Dia mula berubah mencari Allah. Berubah dengan cara yang sebenar masa 10 tahun dulu. Dan dia cuba istiqamah sampai sekarang.

“Kak Hanna,” Mia memanggil.

“Hmm?”

“Kak Hanna nak meninggal dekat sini?” Suara Mia serak. Macam tengah tahan air mata dari turun menghujani pipi.

“Nak. Mia?”

“Mia. . Mia dah lama rindu ayah. Mia memang dah lama nak duduk dengan ayah dekat sini. Ayah tinggalkan mama,Mia dengan along. Ayah meninggal masa buat haji kat sini 3 tahun lepas.” Makin rendah suara itu cuba menuturkan. Perlahan Hanna menarik Mia rapat ke bahunya. Terdengar esakan kecil Mia dari bahu Hanna.

“Mia tahu? Mia patut bersyukur ayah Mia meninggal dekat sini. Hanya orang yang terpilih je dapat melelapkan mata dia orang dekat sini. Mia doakan lah ayah Mia. Tak lama lagi Kak Hanna pun akan menutup mata juga,Mia pun akan menutup mata buat selamanya. Hidup dan mati tu dekat je Mia,” Lembut dia mengosok bahu kanak-kanak tu.

“Mia teringin nak duduk lama dekat sini.Mia tahu Mia banyak buat dosa. Mia . .” Makin laju air mata itu turun membasahi pipi.


“Tak pe Mia.Menangislah selagi tu buat Mia tenang.” Air mata Hanna mula menitis. Syukur Allah mengetuk pintu hati Mia saat umurnya 10 tahun. Alhamdulillah.






to be continued . . . .

# 17


Hari ni hari terakhir dekat sini. Hari ni kali ketiga dia istikharah. Hari ini lagi sekali dia duduk dengan Mia. Mia masih sujud solat sunat agaknya. Malam itu dipenuhi dengan solat sunat. Mia pun sama. Hari ini Mia,mak Mia dengan along Mia ada sekali. Mama pun ada. Papa pun sama. Buat kali terakhir sebelum meninggalkan bumi Allah yang suci dan tenang tu. Sungguh,dia tak nak balik. Di situ,Hanna dapat balik rasa ketenangan yang dia pernah hilang dulu. Di situ,dia kenal Mia. Di situ,dia kenal segalanya.

Hanna bersalam dengan mama dan papa. Along Mia baru sahaja habis solat. Senyum ikhlas terpancar dibibir lelaki tu. Hanna membuka Al-Quran. Surah Yassin dan surah Kahfi beralun dibibirnya. Sujud Mia dan maknya lama malam tu.

Hanna hanya membiarkan. Al-Quran dikucup perlahan. Perlahan-lahan air matanya jatuh.Tangan memegang bahu Mia yang masih sujud walau Hanna telah habis membaca Surah Yasin dan surah Kahfi. Along Mia melakukan benda yang sama pada maknya yang masih sujud. Perlahan Mia jatuh longlai. Tangan Mia sejuk. Muka Mia pucat. Mia senyum. Damai wajah itu menerpa Hanna.

Astaghfirullah! Inalillah hi wainahirajiu’n. Hanna meletakkan perlahan kepala Mia di atas pehanya. Dia menutup mata Mia perlahan.Hanna memandang insan yang sama membelai ibunya. Mak Mia pergi bersama Mia. Allah! Hanna senyum. Hajat Mia untuk tinggal lama dengan ayahnya dimakbulkan.

Kaca mata along Mia jatuh ke lantai masjid tu. Dahi ibunya dicium lama. Hanna membawa Mia rapat ke arah lelaki dihadapannya. Kaca mata lelaki itu diangkat.


“Awak? . .Ibu awak dengan Mia pergi jumpa kekasih abadi dekat tanah yang suci. Doakan mereka sejahtera. Tu je yang kita boleh buat sekarang,” Kaca mata tu dipulangkan pada tuannya. Lelaki itu hanya tunduk kaku. Perlahan air mata itu mengalir.






Kadangkala ALLAH menghantar orang yang baik untuk kita supaya kita berubah ke arah kebaikan,
TETAPI
kadangkala ALLAH tarik orang baik itu untuk tengok kita berubah kerana
dia atau DIA

to be continued  . . . .