Saturday, 1 June 2013

# 17


Hari ni hari terakhir dekat sini. Hari ni kali ketiga dia istikharah. Hari ini lagi sekali dia duduk dengan Mia. Mia masih sujud solat sunat agaknya. Malam itu dipenuhi dengan solat sunat. Mia pun sama. Hari ini Mia,mak Mia dengan along Mia ada sekali. Mama pun ada. Papa pun sama. Buat kali terakhir sebelum meninggalkan bumi Allah yang suci dan tenang tu. Sungguh,dia tak nak balik. Di situ,Hanna dapat balik rasa ketenangan yang dia pernah hilang dulu. Di situ,dia kenal Mia. Di situ,dia kenal segalanya.

Hanna bersalam dengan mama dan papa. Along Mia baru sahaja habis solat. Senyum ikhlas terpancar dibibir lelaki tu. Hanna membuka Al-Quran. Surah Yassin dan surah Kahfi beralun dibibirnya. Sujud Mia dan maknya lama malam tu.

Hanna hanya membiarkan. Al-Quran dikucup perlahan. Perlahan-lahan air matanya jatuh.Tangan memegang bahu Mia yang masih sujud walau Hanna telah habis membaca Surah Yasin dan surah Kahfi. Along Mia melakukan benda yang sama pada maknya yang masih sujud. Perlahan Mia jatuh longlai. Tangan Mia sejuk. Muka Mia pucat. Mia senyum. Damai wajah itu menerpa Hanna.

Astaghfirullah! Inalillah hi wainahirajiu’n. Hanna meletakkan perlahan kepala Mia di atas pehanya. Dia menutup mata Mia perlahan.Hanna memandang insan yang sama membelai ibunya. Mak Mia pergi bersama Mia. Allah! Hanna senyum. Hajat Mia untuk tinggal lama dengan ayahnya dimakbulkan.

Kaca mata along Mia jatuh ke lantai masjid tu. Dahi ibunya dicium lama. Hanna membawa Mia rapat ke arah lelaki dihadapannya. Kaca mata lelaki itu diangkat.


“Awak? . .Ibu awak dengan Mia pergi jumpa kekasih abadi dekat tanah yang suci. Doakan mereka sejahtera. Tu je yang kita boleh buat sekarang,” Kaca mata tu dipulangkan pada tuannya. Lelaki itu hanya tunduk kaku. Perlahan air mata itu mengalir.






Kadangkala ALLAH menghantar orang yang baik untuk kita supaya kita berubah ke arah kebaikan,
TETAPI
kadangkala ALLAH tarik orang baik itu untuk tengok kita berubah kerana
dia atau DIA

to be continued  . . . .

No comments:

Post a Comment