Friday 22 November 2013

# 24

Dia memandang jauh awan dekat atas langit. Terpandang slip SPM yang dah berkurun lama tak ditatapnya. Keputusan peperiksaan yang pernah diambilnya dulu. Bila diri rasa jatuh. Bila diri rasa bangga dapat keputusan macam tu. Ada orang yang cuba ingatkan. Ada orang yang cuba naikkan balik semangat.Semangat yang pernah jatuh dulu. Jatuh dalam. Tak siapa faham. Macam dulu masa dia Tingkatan 4,final year. Teruk. Tak pernah dapat seteruk tu. . .

Hati yang tak tahu nak rasa apa,hanya memandang sunyi tanah. Air mata yang hampir nak keluar ditahan lama.

“Wei,” Irham di sebelah menegur. Dia tahu result final year boleh check hari ni. Dia yang ajak Hanna jumpa petang tu. Walau sememangnya masa tu baik untuk buat ulangkaji SPM. Heh

“So,how’s you result,budak?” Irham cube menceriakan suasana yang sememangnya tengah tegang.

“Worse gila ke wei kalau turun kelas?” Hanna bersuara.

“Tak.”

“Bodoh sangat ke budak tu kalau tak dapat nombor above 20?”

“Nope”

“Kau tipu.”

“Tak. Aku tak tipu.” Irham memandang Hanna di sebelah.

“Wei,aku teruk ahh. Aku jatuh. Drop gilaa keputusan aku.” Akhirnya,cecair bening tu jatuh dari birai mata.

“Kau paling teruk ke dalam kelas?”

“Yes,maybe. Mane pernah budak kelas mcm tu,dapat result teruk macam aku,” Berkali-kali dia menepis air mata keluar,tapi keluar lagi. Shhhh.

“Kau jatuh? Kau paling teruk? Memang ahh. Aku tengok kau main-main. Belajar untuk A. Kau tak focus masa belajar. Aku tengok kau confident habisan,”

Gulp! Laju air mata Hanna turun. Tingginya suara Irham.

“Kau pandai Hanna.Kau pandai sebenarnya. Tapi bila kau tengok orang lain berjaya. Kau iri hati. Kau jeles. Result yang kau dapat kau tak pernah bersyukur. Kau pandang nikmat yang Allah bagi kat orang lain. Kau tak pandang nikmat yang Allah bagi dekat kau.Allah tarik balik nikmat tu. Bila nampak kau macam ni” Irham psiko. Ni je cara nak orang bangun balik. Budak ni tak pernah kene tengking.

“Hanna,Allah tak kasi kau berjaya macam orang lain sekarang sebab belum tiba masanya kau dapat rasa benda tu bebetul. Tengok effort kau selama ni macam mane? Kau tengok selama ni kau belajar sebab ape? Sebab A kan? A tu medium je untuk kau masuk U yang baik. Tapi kau jadikan dia matlamat. Kau jadi kan A tu bagai ape je. Mana boleh macam tu. Kau lawan dengan orang lain. Sekarang masanya untuk kau lawan dengan diri sendiri. Maybe budak tu memang pandai tahap mega,kau tak sama level dengan dia. Kau kena jadi lebih baik dari diri kau sebelum ni. Bukan lebih baik dari budak-budak tu,”

“Wei,kau tahu macam mana mama dengan papa mengharap dekat kau kan? Takkan baru dapat result macam ni,kau dah jatuh. Tak nak ambil tahu hal semua orang.Tak boleh la macam tu.”

“Kau tak rasa wei macam mane aku rasa” Hanna mencelah.

“Hanna. Aku dah rasa semua la. Lagi teruk dari kau. Kau nampak je aku okey. Tak menangis. Gelak riang ria. Aku dapat result PMR lagi teruk dari kau. 1A je kot aku dapat. Aku masuk sekolah hape je. Sekolah yang memang orang tak pandang. Bukan sekolah macam kau. Orang semua kutuk aku,cakap aku tak sepandai dak along angah. Kau fikir aku tak dengar ke semua tu. Aku lagi la wei. Aku sorang je lelaki. Aku yang kena jaga keluarga kalau mak ayah aku dah tak de nanti.”

“Aku tak masuk kumpulan Al-Jauhar dah,”

“So,it is matter? Masalah ke? Tak masuk al-Jauhar kau tak dapat 11 A macam tu? Sekolah buat macam tu untuk target.Lantak pi lah. Kau  yang tak dapat ni,takkan nak menyerah macam tu je. Kau bayangkan eh,bila nama kau terpampang kat screen  LCD tu sebagai budak yang dapat cemerlang SPM dan bukan datang dari kelompok al-jauhar pun. Mama dengan papa kau confirm proud of you la budak.” Irham sengih.
“Dah la tu. Kalau aku percaya kau boleh buat. Asal kau sendiri tak boleh buat. Betapa payah kau belajar selama ni,setakat result macam tu tak kan kau dah jatuh tersungkur kot. Macam mane kau nak achieve your dreams kalau kau dah jatuh awal-awal. Macam man kau nak tegakkan Islam kalau dengan result macam tu pun kau dah tewas. Surender. Dear,kau boleh laa,”Irham merenung tanah yang tiba-tiba nampak cantik.

“Apa perkataan kau sebut tadi? Deer? Rusa? Aku manusia bro,”

“Just shut up! Dah jangan nangis. Bangun balik walau payah sekali pun. Bangun kerana Allah,” Irham menahan muka dari berubah riak. Dia bangun.


“Rusa,thank you” Hanna sengih




to be continued . . .

Monday 18 November 2013

# 23

Ruang tu sepi seketika .Hanna hanya mengemaskan isi laci yang entah bersepah dengan apa. Tak de lah bersepah mana sebenarnya.

“Asal teruk nau wei?” Hanna melipat selimut yang memang dah macam apa dah.

“Mana lah aku tahu. Takdir nak accident nak buat macam mana.”

“Memanglah. Lain kali baik-baik lah. Baju raya kau dah beli belum?”

“Dah jadi macam ni,tak de kejenye aku nak fikir pasal baju raya bagai. Lagipun kan,this year memang family aku pun malas nak raya,”

“Nampak tak Allah dah tunjuk. Aku pun malas nak raya,” Hanna membetulkan letak beg di riba.

“Aik? Macam tu pulak eh. Ohh lupe. Bakal tunang memang akan rasa kesakitan jugak eh?”

“Pernah rasa makan bubur guna tiub masuk dalam hidung tak?”

Irham dah gelak. Cuak muka, aku cakap pasal tunang-tunang ni. Cincin tu pakai jugak.

“Kau tak bangga ke kena dugaan macam ni?”

“Bangga sebab semalam aku terdengar orang baca tafsir ayat Al-quran. Berbahagialah orang yang diuji. Aku terharu kot dengar ayat tu, Lagi-lagi yang baca tafsir tu yang sayang aku pulak tu“

Hanna dah rasa macam nak baling je sneakers kat muka Irham time tu jugak.Aku la yang baca ayat tu.

“Mana kau tahu orang tu sayang kau. Alahai si gemok perasan ni?”


“Eh,bukan perasan. Kenyataan.” 





to be continued . . .

# 22

Hanna mengikut Angah dan mama dari belakang. Mata dah menangkap orang yang berbaring di atas katil dengan kaki berbalut. Mata Hanna dah bulat. Ada tongkat di sebelah katil. Duh! Takkan patah kot?

“Ani,” Mama memanggil dari belakang. Hanna hanya mengikut dari belakang. Buah tangan yang ada di tangan di letak atas meja sebelah katil tu.

“Eh,Mariah,” Mak cik Ani dah bangun bersalam dengan mama. Hanna melangkah sama ke arah sana. Angah dah bersalam dengan Irham yang masih terbaring tu. Badan sedaya upaya cuba untuk duduk.

“Macam mana boleh jatuh ni Am?” Mama menghampiri Irham. Kaki yang berbalut ditarik sedikit.

“ Tak nampak ada tiang tumbang. Am pun tumbang lah sekali,” Dia sengih.

“Mariah,Ani pergi solat sekejap. Tengok-tengokkan lah si Am ni kejap eh,boleh?”

“Boleh,pergi lah,” Mama dah duduk sebelah Irham. Mata Irham terpandang Hanna yang dari tadi tercegat macam tiang bendera berkibar tu.

“Ma,angah ada meeting ni,Mama nak balik macam mane nanti?” Angah dah mengeluarkan Samsung Galaxy dari poket seluar hitam tu.

“Tak pelah. Mama balik dengan Mak cik Ani,”


“Okey. Hanna,kak Fara suruh tunggu kejap. Kejap lagi dia singgah. Dia kata dia bawa Hanna balik nanti,” Hanna hanya mengangguk.



to be continued . . .

# 21

Lagi dua hari dah nak raya. Tinggal saki baki je Ramadhan untuk tahun ni. Pinggan yang dah siap dibasuh disusun atas meja tu. Hanna mencapai handphone di atas meja. Dah pukul 3.30. Nak buat apa lagi ni?

“Adik,siap cepat sikit. Kita pergi hospital,” Angah dari dari ruang tamu menerjah biliknya.

“Eh,siapa masuk hospital?” Hanna berkerut.

“Irham. Accident motor,” senafas Angah beritahu.

“Astaghfirullah,” Hanna laju menutup pintu. Baju kurung entah warna apa dicapainya laju. Tudung disarung ke kepala. Al-quran dicapai sama. Dia melangkah laju masuk ke dalam kereta.

“Macam mana boleh accident tu?” Mama bertanya. Yang pergi ke hospital hanya mama,dia dan Angah.

“Mak cik Ani suruh dia beli barang sikit kat kedai Netto tu.Terseret kat tar katanya. Takot patah je.  Entah macam mana dia accident,” Angah hanya membalas. Hanna di belakang hanya memadangnya. Tak adalah teruk mana kot.








to be continued . . .