Friday 22 February 2013

# 5



Mata perlahan dibuka. Kepala rasa berat yang teramat. Diri yang paksa mata untuk terbuka bila terdengar suara yang membaca Yassin yang dah nak sampai ke penghujungnya.Dia sedar dari awal pembacaan Yassin tu. Bukan suara Along,Angah pun bukan. Kepala perlahan memandang insan di sebelah. Kepala lelaki di kerusi sebelah itu masih berteleku di atas katil hospital tu.Kepala insan yang dari tadi masih tak menunjukkan muka terangkat tiba-tiba.

“Alhamdulillah.Terima kasih ya Allah. Hanna?”
Hanna hanya tersengih 5 saat. Irham?Jiran depan rumah. Air mata yang tak diminta untuk sentuh pipi tiba-tiba jatuh.

“Hanna? Sakit mana-mana ke?Aku panggil doktor kejap.” Cepat lelaki itu bangkit dari bangku.

“Tak. Tak payah” lemah dia menjawab.Tangan perlahan memegang kepala.Nasib aku bertudung. Tangan menepuk katil itu perlahan. Suruh Irham duduk. Irham duduk semula. Tudung atas kepala Hanna sebenarnya dia yang suruh nurse pakaikan. Terkujat dia bila masuk-masuk dalam wad rambut Hanna cantik menerjah ke mata dia.Irham menggeleng kepala.

“Kau okey dah?” Hanya itu yang dia nak tanya lepas 4 hari berturut-turut dia berulang-alik datang ziarah Hanna. Dan 4 hari berturut-turut Hanna tak bangun masa tu. Doktor pun cakap keadaan dia dah teruk. This mean she fight.

“Dah,” sepatah dia menjawab. Kepala entah kenapa tak boleh nak pusing. Nasib bilik ni transparent,nampak orang luar.Tirai tu pun terbuka luas. Kalau opaque,peh! Bahaya.
“Kau nak makan?Aku ada bawak bubur favourite kau,bubur kosong!” Irham sengih. Hanna cuba membetulkan duduk.Irham bangun cuba menolong.
“Eh! Tak payah!” Bulat mata Hanna memandang tangan Irham. Irham dah mengangkat kedua belah tangan.Gaya kena tahan dengan polis je.
“Taraaaaaa,” Irham mencapai bubur atas meja sebelah katil Hanna tu. Sudu dan mangkuk bubur dihulur ke arah Hanna. “Makan sendiri,bro” Kening kanannya terangkat.
“Tak suruh suap pun,” Hanna menjulingkan mata. Terasa gerak gerinya di pandang.Kepala memandang ke arah pintu.Nurse yang entah dari bila mematung kat pintu tu tersedar dirinya dipandang.
“Saya minta maaf,Cik Hanna. Doktor ada pesan kalau awak dah sedar,inform pada dia,”Nurse practical tu memberitahu.Muka dah pucat tahan malu.
“Oh,saya dah nak panggil doktor tadi. Tapi tak pe lah. Awak je panggilkan,” Irham hanya sengih.Hanna memandang nurse yang dah  nak berlalu. Asal lah nurse practical lelaki yang in-charge jaga aku.
“Aku ada tinggalkan Al-Quran dalam laci tu. Ada masa bacalah. Kalau tak boleh,baca maksud satu muka surat satu hari pun tak pe,” Irham mengemas laci yang berselerak dengan tisu,sudu plastik segala bagai. 
“Aku nak balik,”
“Rindu nak tengok orang depan rumah ke?” Irham mengenyit mata.


   





to be continued. . . .




  









# 4



Buweek ! Buweek ! Arghh ! Mata dah merah. Perut dah kosong bahana semua nasi dah keluar tadi. Badan dah rasa tak boleh nak jalan. Dia dah terduduk seorang diri dalam tandas tu. Ni dah masuk kali ketiga dah ni. Dia melangkah keluar dari tandas. Badan terus dilontar ke katil. Tangan lemah mencapai handphone, baru pukul 1 pagi? Lamanya lagi. Handphone tiba-tiba vibrate.

Kau okey? Kalau ada pape,cakap dengan aku. The sign effect maybe lagi teruk untuk rawatan ke-2 ni.Aku rase tak sedap hati,sebab tu aku tegur kau. Nyte. : )~ Aniff

And again ! Dia muntah lagi sekali. Senak perut di buatnya. Sinki digenggamnya erat. Kepala dah sakit. Ni baru rawatan yang kedua. Lagi 2 lagi. Ya Allah. Hari tu,Hanna hanya tidur seharian. Dia hanya bangun untuk solat sahaja. Badan dah tak larat. Nasib la tak ada kelas. Kalau tak kesian student tu.

“Hanna. Okey tak?” Kak Izzah dah masuk membawa kain basah. Hanna membuka mata sejenak. Kepala berat woo.
“Kalau ada apa-apa tweet kak long eh?” tangan meletak kain basah di atas kepala Hanna. Hanna dah tak daya nak sengih.
Lepas Kak Izzah,along pula menjenguk before pergi kerja pagi tu.

“Ada orang call rumah tadi.Tapi mama yang jawab. Gaya macam tanya pasal Hanna.”
“Hmm. .”
“Hanna,kalau rasa macam tak larat untuk teruskan that rawatan,tak payah la key?”
I can’t along. Hanna kena buat rawatan tu.Untuk mama. Untuk papa. Tapi hanya hati yang berbicara. Mulut tak terdaya nak bercakap. Hanya air mata yang menjawab segalanya.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dia terduduk. Handphone di tangan jatuh.

“Hanna jatuh”

“Hilang banyak darah”

“Dah 7 jam tak sedar”

And WHATTTTT? Asal baru sekarang dia tahu. And now dah dekat pukul 11.00 malam.
Ya Allah,Kau selamatkanlah dia.Pintu biliknya tiba-tiba terkuak. Muka Dr.Nazmi ditatapnya lama.

“I think you should go. She needs you now. Shift kau pun dah nak habis.” Dr.Nazmi sengih. Aniff terus bangun mencapai handphone yang dah tersadai atas lantai.

“Just pray for her. If Allah will,she will be okay.” Dr.Nazmi menepuk bahu Aniff. Aniff hanya mengangguk perlahan. Kaki laju menuju ke arah parking lot. Dalam masa yang sama tangan menarik coat putih dari badan. Kereta Civic laju meninggalkan parking lot hospital itu. Tangan menyelongkar segala isi dalam kotak yang ada di seat sebelah. Kotak yang sentiasa di bawanya ke mana sahaja. Tasbih berwarna biru laut digenggamnya erat. Seerat-eratnya. Bibirnya tidak lekang dengan zikir. Hati entah berapa kali memanjatkan doa yang terputus-putus kepada Allah. Perjalanan ke hospital terasa panjang. Surah yassin yang berlagu di corong radio membuatkan dia tenang seketika. Enjin di matikan. Kaki laju menuju ke wad Hanna. Hatinya sedikit lemah apabila melihat ibu Hanna masih menangis dalam pelukan Abang Amer. Dia bersalaman denga Encik Firdaus yang masih bersandar di dinding.

“Hanna still dekat dalam,” Along memberitahu. Dia memandang tepat ke arah Aniff di hadapannya itu.Mata Aniff terpandang seorang lelaki di sebelah Amer.Siapa ni?Kaki bertapak ke sebelah lelaki itu.Badan disandarkan ke dinding.Tak kuat rasa diri selagi doktor yang kat dalam tu tak keluar lagi.Tangan orang di sebelah tiba-tiba menerjah ke mata yang dari tadi memandang kosong lantai putih hospital tu. 
“Irham,”sepatah si-penghulur-tangan tu memberitahu.Lambat Aniff membalas salam itu.Irham,rasa macam Hanna pernah cerita.Tapi lupa,sebab fikir tak penting. Sepupu kot.







                            








to be continued. . .