Friday, 23 November 2012

beauty in TRAGEDY : )

Assalammualaikum
Ya,Allah Kau lindungilah saudara seislam kami di Palestin.
hello adik adik manis sekalian *perasan la tu keluar beli buku semalam.Gurindam Jiwa was the best book for this year. Hlovate punya cerita memang satu satunya cerita yang boleh dihabiskan. Baca novel ni baru rasa kehadiran diri seseorang yang dulu rasa macam tak apa je kalau dia tak ada.Dan kehadiran dia buat aku sedar kenapa Allah hantar dia secara tiba-tiba. Macam Ju'a dalam cerita ni.Dia tak pernah ada abang and one day,dia dapat jumpa so called Abang Shah yang selalu di sebut oleh Ucop.Bencinya lah dia terhadap si Abang Shah merangkap abang tirinya tu. Tapi bila tengok macam mana Abang Shah layan dia,layan Ucop,layan mama, hati dia terbuka untuk terima lelaki tu sebagai abang. Mak Abang Shah meninggal masa tengah tunggu result SPM. Breast cancer.Abang Shah yang dengar semua ceritanya,yang kongsi segala kesukaan,yang ada masa dia happy dan sedih tahap tak ingat,yang bawa dia keluar dengan Ucop,yang selalu main piano dengan dia,yang buat dia dapat A1 dalam Add maths dan dan dan yang buat dia tahu Allah lebih sayang ayah. Abang Shah lah yang datang ambil dia dari hostel,yang bawa outing,yang ambil balik rumah,even Abang Shah ada je kerja lain lebih penting nak di buat.Susah nak jumpa abang tiri macam Abang Shah sebenarnya. One day,Abang Shah bagitahu Ju'a mama pregnant. Dua-dua happy. Dua-dua excited nak ada adik. Dua- dua berlawan nak bagi nama adik.Dua-dua nak jaga baby dengan mama lepas bersalin nanti.Tapi dah tertulis di Luh Mahfuz,Abang Shah meninggal pada hari yang sama baby lahir,Abang Shah meninggal on the way nak datang hospital. Kereta di depan Abang Shah berhenti secara tiba tiba dan di belakangnya ada lori. Dan Abang Shah di tengah-tengah bersama RXZ hitamnya. 


Setiap orang yang datang dalam hidup kita membawa benda yang baik sebenarnya. Allah takkan pertemukan kita dengan seseorang kalau orang tu menyusahkan kita.Yes,maybe bagi kita leceh,sebok.tapi bila fikir balik,maybe ada kebaikan yang Allah sediakan di sebalik kepayahan tu.

Kalau Allah tak hantar 'dia' jumpa aku kat sana,maybe aku dah buat benda bukan-bukan.
Kalau Allah tak hantar 'dia' jumpa aku kat sana,maybe aku akan menangis setiap malam fikirkan masa lepas.
kalau Allah tak hantar 'dia'jumpa aku kat sana,aku tak tahu nak cerita kat siapa benda yang jadi masa PMR.
Kalau Allah tak hantar 'dia' jumpa aku kat sana,maybe aku tak rasa ada orang ambik tahu pasal aku.
dan semua itu,aku dapat rasa.Allah lebih sayang aku : ) 

ayat Abang Shah yang sama dengan 'dia' : )

                               'dah ada sorang pun dah tak larat nak jaga'

yang membezakan Abang Shah dengan 'dia', 

Abang Shah lelaki, 'dia' perempuan
Abang Shah abang, 'dia' kakak
Abang Shah 19,'dia' 17
dan 
Abang Shah dah tak ada, 'dia' ada
InsyaAllah selagi Allah izinkan ..


 terima kasih,si pemberi kompas : )
Terima kasih Ya Allah : ))