Sunday, 4 August 2013

# 20

Tangan meraup muka mengaminkan doa. Orang yang datang terawih tinggal saki-baki. Terawih yang ke 15. Dah nak berakhir Ramadhan. Irham menarik songkok dari kepala. Diletakkan di atas riba. Dia menarik keluar sehelai kertas kecil yang dah lama ada dalam songkok tu. Kertas kecil yang buat dia berubah for the sake of Allah. Dia teringat suatu ketika dulu. Masa dia rasa macam dunia ni tak fair langsung.


“Yes bro. Are you okay?” Hanna duduk di kerusi bersebelahannya. Masa tu Hanna form 5 dan dia dah masuk UPNM dah waktu tu. Cuti sem.

“Aku tension doh,” Irham dah menekan-nekan tanah dengan sneaker hitamnya.

“ Ceritalah,” suaranya tenang.

“Kau tahu aku sayang dak along macam mana kan. Kiteorang berubah sama-sama. Tapi kenapa Allah tarik dia awal. Dia baik kot. “ Sekali lafaz dia memberitahu. Ihsan;alongnya yang baru meninggal 2 hari lepas. Kini hanya dia anak lelaki dalam keluarga.

“Kau mana boleh macam ni wei. Kau tak pernah salahkan takdir macam ni selama aku kenal kau. Okey spill lagi,” Hanna hanya memberi ruang kepada lelaki di sebelahnya tu.

“Aku tak tahu lah apsal aku je yang kena musibah ni. Asal along yang ada sakit tu? Asal along yang pergi dulu,bukan aku? Eh,aku tak paham la,” Laju tangan menepis air mata yang nak keluar.

“Dosa sangat ke aku sampai semua benda jadi kat aku sedangkan aku cuba untuk berubah,tapi bila dah jadi macam ni. . .” tangan dah menepuk kuat meja di depannya.

Lama ruang tu senyap dan hanya esakan kecil Irham yang terkeluar. Dia hilang orang yang selalu keluar main bola dengan dia tiap petang. Dia hilang orang yang selalu kejut dia bangun subuh. Dia hilang orang yang tegur dia pasal ikhtilat. Dia hilang orang yang ada bersengkang mata teman dia siapkan homework. Dia hilang orang tu.

“Irham. Kau tahu tak kau dah kira salahkan takdir sekarang. Kau tahu tak kadang-kadang Allah hantar orang yang baik untuk kita supaya kita sama-sama berubah dengan dia. Dan Allah tarik balik orang tu untuk tengok kita berubah sebab dia ke sebab Dia yang kat atas tu,” perlahan Hanna menenangkan kawannya tu.

“Kau tahu,Allah hantar dugaan yang hebat untuk orang yang hebat je tau. Kau persoalkan asal kau yang kena saat kau nak berubah. Tu la tandanya Allah sayang kau,”

“Dia nak kau kuat. Takkan kau nak jatuhkan je azam kau nak berubah selama ni. Kau tahu Abang Ihsan akan kecewa kalau tengok kau berubah teruk dari dulu. Kau tak boleh salahkan Allah atas semua benda ni. Move one lah wey. Selama ni kau gagal dalam basketball,boleh je kau bangun balik. Takkan nak tegakkan Islam,kalah mati macam tu je. Bangun la,”

“Kau tahu,aku dah lama tak nangis depan perempuan,” Irham memakai cap atas meja tu.

“Apsal?” Hanna mengendang meja
“Aku rasa aku lemah,”

“Aku suka tengok lelaki nangis. Lagi-lagi bila dia rasa diri dia dah jauh. Sebab aku nampak bertambah susahnya dia tahan dugaan tu selama ni. Lelaki pun ada perasaan. Bukan robot,heartless semendang. Kat situ lah nampak macho dia orang sebenarnya,”



Fact. 





to be continued . . .



# 19

Hanna melangkah keluar dari flight. Alhamdulillah dia,papa dan mama dah selamat sampai ke tanah air semula. Rindunyalah suasana dekat sana. Aman. Tiba-tiba bayang Mia menerjah dalam kepala. Kanak-kanak yang dipilih Allah meninggal di tanah suci. Kanak-kanak yang hatinya terbuka terima Islam sejak dari awal. Dia sengih sendiri. Wajah-wajah yang menerjah dalam mata semua happy semacam. Sambut orang balik umrah. Hanna terpandang kadbod sebesar alam tertera nama mama dan papa. Dia memandang pemegangnya. Along. Di sebelahnya Angah. Dekat belakang mereka Kak Izzah dan Kak Fara.

“Pa!” Jerit Amer separuh kuat. Sesak dengan orang yang menunggu. Tangan melambai-lambai memanggil papa.

“Rindunyalahh!!” Along dan angah memeluk erat papa dan mama. Aku yang terkontang-kanting kat sini.
“Makin berseri muka dik. Hilang jerawat.” Kak Fara mengusik.

“Alhamdulillah. Berkat dekat sana kot. Haris tak ikut?” Beg diletak ke lantai. Tangan bersalaman.

“Haris ada.” Haris dah pandai jalan. Hanna mencubit pipi gebu Haris yang masih memegang erat jari telunjuk-siapa-ntah. Lembut Hanna mencium dahi Haris.

Hanna mengangkat semula beg dari lantai.

“Nak aku bawak kan tak? Meh beg tu. Kau pegang Haris.” Seorang lelaki yang dari tadi tak bersuara menghulur tangan ke arah Hanna.

“Nah.” Sepatah dia menjawab tanpa menoleh ke belakang. Sweater yang menemaninya di Mekah haritu masih di badan. Mama dan papa dah ke depan bersama Along dan Angah. Diikuti Kak Fara dengan Kak Izzah. Siapa yang pegang beg? Dia menoleh ke belakang.

Lelaki tu masih tunduk berjalan memandang kasut. Lah,Irham… Dia melambatkan jalan. Haris ditengah-tengah antara dia dengan Irham.

“So,berat tak beg tu?” Ape punya soalan aku keluarkan tu?

“Eh,soalan jenis apa tu? ”

“I’m try to start a conversation actually,” Muka dah menahan merah.

“Oh,macam tu eh. Funny. So. . . .”

“Apa? Sejak bila pandai gagap-gagap ni?”

“ Since I saw the ring still there.” Alhamdulillah.


Muka merah balik. Jari baru terperasan kehadiran cincin tu. Lambat otak interpret. Maksudnya?




to be continued . . .