Saturday, 29 November 2014

# 29

“Nak tolong?” Irham menyergah di sebelahnya.

“Tak apa. Barang-barang semua dah angkat?”

“Dah. Abang Akmal tolong sekali tadi,” Dia bersandar pada sinki itu. Memandang ruang dapur kampong Hanna yang luas tu. Hanna masih meneruskan kerjanya membasuh pinggan. Dan yang terakhir. Pinggan ditangkup bersama pinggan-pinggan lain.

“Dengar lagu apa?” Earphone di telinga Hanna ditarik. Disumbat ke dalam telinganya.

“Inspirasi hati-DeHearty,” Tangan laju mengelap keliling sinki yang basah tu.Irham memandang Hanna di sebelah.

“Ni bukan lagu yang Am bagi time Hanna nak pergi overseas tu ke?” Irham bertanya.

“Ye la pak cik. Dah la lagu sedih. Macam orang nak mati je time tu,” Hanna merenjis air ke arah muka insan di sebelah.

“Peh,main tipu eh,” Irham menarik tudung biru itu. Gelak mereka pecah juga akhirnya.

“Kak Hanna,your Abang Amir datangggggg,” Anis dengan bangganya berkata ke    arah Hanna. Anis menepuk dahi sambil terus memusingkan jalannya. 

“Sorrryyyy,”Lupa la pula Abang Irham ada dekat situ.

“Siapa Amir?”

“Secret admire,”

“Cakapla betul-betul,” Lagi sekali tudung Hanna menjadi mangsa. Irham mengikut langkah Hanna dari belakang.

“Sepupu Hanna punya sepupu la,” Earphone ditarik keluar dari telinganya. Disimpan ke dalam saku baju kurungnya.

“Mak cik,” Hanna sengih. Dia terus bersalaman dengan mak cik berbaju kuning itu. 

Irham sama tunduk. Dia bersalaman dengan lelaki di sebelah mak cik tu.

“Dah lama sampai mak cik?”

“Baru je ni ha. Mak cik minta maaf lah tak datang kenduri kamu haritu. Ni Amir ni banyak pula hal nya,” Mak cik itu sengih.

“Eh, tak apa mak cik,” Hanna sengih. Langsung tak dipandang Amir di sebelah mak cik tu. Irham memandang lelaki yang dipanggil Amir tu. Tu ke Amir?

“Suami kamu la tu?” Mak cik itu memandang Irham.

“Ha’ah.” Hanna sengih.


“Serupa muka. Mak cik ingat abang kamu,”
















to be continued . . . . 




# 28

Tangan dilap di baju. Habis kemas dapur. Anis dengan tunangnya pun baru je balik. Kaki melangkah ke bilik. Jam di tangan dipandang sekilas. Dah nak 10 lebih. Dah tidur ke roommate aku ni. Pintu ditolak perlahan.Mata ternampak Irham berteleku di meja kerja.La,dekat bilik kerja lagi ke. Susah ada roommate workaholic ni. Hanna melangkah ke bilik mencapai buku kulit keras warna biru tu. Dibawa ke arah bilik kerja. Air kotak milo yang baru dibawa keluar dari peti ais digenggam sama.

“Air,” Hanna meletakkan air kotak itu disebelah Irham.Dia bersila di atas lantai dan bersandar di dinding mengadap  Irham. Irham memandang.

“Duduk le atas kerusi.” Dia mencucuk straw ke dalam lubang air kotak itu.

“Tak apa,” Hanna sengih.

“Ni kenapa ni? Sakit kepala?”

“Tak ah. Ni nak baca buku ni. Saje duduk sini. Kalau tak faham,boleh mintak stalker ni terangkan,” Hanna mengangkat kening.

“Suka hati la Hanna,” Irham memusingkan badan dan menyambung kerjanya semula.

Hanna membuka lembaran pertama. Gambar sebuah basikal di hadapan rumah mamanya menerjah di dalam mata.

The first time we met.

Caption di bawah gambar tu. Dia sengih. Tu basikal dia. Dia membuka ke muka surat seterusnya. Keningnya terangkat. Ni pun kena capture ke? Hanna berdehem sejenak.

“Orang nak balik asrama pun kene ambil gambar ke?”Hanna bertanya.

“Eh,suke hati la,” Irham masih tunduk dengan kertas kerjanya.

Gambar Hanna sedang memasukkan beg bajunya ke dalam kereta papa. Waktu tu dah nak balik asrama. Gambar itu diganti dengan gambar seorang lelaki di hadapan rumah Hanna sedang bercakap dengan mama.

“OH MY. Dah biasa eh buat kerja stalk-stalk orang ni?”

“Tu gambar mana pula tu?” Irham memandangnya. Dia meneguk air milo itu sekali. Hanna memusingkan buku itu agar dapat dilihat oleh Irham.

“HAHA. Budak lelaki tu bagi Hanna pulut kuning kan?”

“Peh,mane tahu?”

Irham mengangkat kening bangga. “Time tu terasa ada bunyi motor depan rumah. Keluar la. Tengok tengok dia pergi rumah Hanna pula. Capture je la.”

“Asal tak de caption bawah ni?”

“Buat apa caption benda yang tak perlu,”

“Ceh,jeles cakap jeles Encik Irham,”

“Nak air?” Irham memalingkan mukanya.

“Tukar topic pula,” Hanna sengih. Satu bantal kecil menerjah ke mukanya.

“Sakit la gemuuuk,” Hanna membaling bantal itu ke arah orang di depannya semula.
























to be continued . . .  .

# 27

Dia menyidai baju kemeja biru itu. Tangan mengangkat bakul yang dah kosong masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup. Tangan menarik tudung dari kepala. Panasnya la hai. Kaki melangkah ke arah ruang tamu.

 “Hanna,” Irham memanggil.

“Hem,” Dia mengambil posisi di sebelah Irham. Bantal kecil ditarik. Alhamdulillah, selesai segalanya kelmarin. Sekarang dekat rumah sendiri.

 “Start kerja bila?”

“ Another 1 week. Am?”

“Sama la kan.Na,nak tengok something?”

“Abende?” Hanna memandang Irham di sebelah.

“Peh,ganas nya dia ni,”

“Eh,bukan selama ni memang macam ni. Takkan dah kahwin kena tukar terus kot. Perlahan-lahan la,”

“Heh.Ni,ada buku. Dah lama nak bagi. Tapi segan,”

“Sejak bila kau pandai segan ni,” Hanna sengih. Dia mencapai buku kulit keras berwarna biru laut tu.

“Ayat.”

“Maap. Terbiasa. Ni buku apa ni?” Hanna membelek-belek buku di tangan. Televisyen yang terpasang dibiarkan. Hanya mereka yang rancak berborak.

“Tengok je la dulu. Nanti faham la,” Irham melepas nafas panjang. Bertahun buku tu dengan aku. Akhirnya..
















to be continued . .  . 


# 26

        Dia memandang sepi tanah merah dekat taman permainan tu. Lamanya la tak datang sini. Suasana di situ lenggang tanpa kanak-kanak yang biasanya akan bermain.

“Assalammualaikum,” Perlahan suara itu menyapa telinga.

“Wa’alaikumusalam. Macam perempuan le lambat semacam,” Dia sengih. Perjumpaan petang itu antara dia dan Irham. Hanya untuk face to face pasal mereka. Eceh

“Lagi sebulan.”

“Hem,” mata menjeling pada jari insan di sebelah. Bibir tiba- tiba sengih.

“Mama suruh cari hantaran minggu ni. Lagi awal lagi bagus.”Hanna melontar pandangan.

“Tak kisah la. Aku ikut je,”

“Yang kau ni dah kenapa gemuk! Sepatah aku cakap sepatah kau balas. Sejak bila jadi lelaki pendiam ni,”

“Hek eleh minah ni. Ingat,lagi sebulan awak dah nak jadi isteri. Ayat tu baik sikit,”

“Yayaya,”


























to be continued. . .