Friday 15 May 2015

# 55

Malam tu Hanna tidur awal. Bila ditanya,mengantuk katanya. Bukan Irham tak tahu. Mata Hanna merah. Baru lepas menangis. Tapi Irham tak nak kacau Hanna. Sebab dia tahu bukan mudah untuk Hanna terima semua benda macam tu je. Irham mengadu pada Allah agar biarlah rasa sedih Hanna dipindahkan pada dia. Biar dia yang tanggung. Sepanjang Irham menemani Hanna di hospital,Azim lah yang sentiasa datang melawatnya. Dengar segala luahan dia. Irham pun tak tahu sejak bila dia rapat dengan Azim. Tapi segala yang keluar dari mulut Azim,macam satu ketenangan. Allah memang sangat pemurah kerana hantarkan orang macam Azim masa dia hampir rebah.
“Azim. Aku ada nak cakap dengan kau sikit. Aku harap kau boleh pinjamkan telinga kau untuk aku,” Petang selepas Hanna sedar tu,Azim ada datang tapi sekejap.
“Aku dengar,” Azim membetulkan duduknya.
“Tak ada siapa tahu benda ni,even keluarga aku sendiri. Aku tak tahu pun sebenarnya Hanna pregnant haritu,” Air mata Irham mengalir laju. “Mesti kau anggap aku macam suami tak guna. Isteri sendiri mengandung pun tak tahu. Tapi cakaplah apa kau nak cakap,Zim. Aku tak kisah. Aku tahu salah aku. Aku rasa macam..” Terdengar esakan Irham. Azim perlahan menepuk bahu Irham.Dia membiarkan Irham menangis.
“Aku taktahu dah dua bulan Hanna mengandung,Zim.Busy sangat aku dengan kerja aku. Kesian anak aku,Zim.Kau tahu? Perkara first yang Hanna tanya bila dia sedar pagi tadi. Dia tanya baby dia okey ke tak?Masa tu kau tahu apa aku rasa,aku rasa macam bodohnya aku sampai isteri sendiri mengandung pun aku tak tahu. Lepas Hanna tahu,kau tahu apa dia buat Zim? Dia senyum. Dia tak menangis langsung. Tu buat aku lagi sedih. Dia cakap dengan aku dia nak pergi tandas. Aku dengar dia menangis dalam tandas,Zim.” Lagi sekali air mata Irham mengalir laju.
“Irham,aku tahu aku tak rasa apa yang kau rasa. Tapi Irham,kau tak boleh salahkan diri kau. Heii,Irham. Allah dah tulis semua benda Am. Qada’ qadar Allah tu dah tetap. Allah tengah uji kesabaran kau Am. Kau salahkan diri kau selama mana pun,anak kau hidup balik ke Am?”

“Kau tak boleh macam ni Am. Hanna tu tanggung ujian lagi besar dari kau,Am. Dia sedar-sedar,anak dia dah tak ada. Aku tahu ada sebab Hanna tak bagitahu kau. Am,kau nak menangis,menangis lah Am. Kau nak meraung,meraung lah. Tapi janji dalam diri kau,Am. Hari ini je kau menangis meraung macam ni. Lepas ni,bangun balik Am. Bangga sikit. Kau tengah diuji. Maksudnya apa tu? Maksudnya Allah nak hapuskan dosa dosa kau Am. Allah nak naikkan darjat kau. Kau dengar apa aku cakap ni macam cliché,tapi tu realiti. Allah sayang kau Am. Allah sayang kau,” Azim memeluk erat Irham yang hampir rebah petang tu. Lemahnya Irham petang itu.



to be continue . .. . 

# 54

“Assalamualaikum,” Syahadah melangkah masuk ke dalam wad Hanna.
“Waalaikumusalam,” Hanna sengih. Dia baru selesai makan. Tangan laju mengemas meja tu.
“Baru lepas makan. Aku ada bawa bunga ros biruuu,” Bunga ros biru setangkai itu dihulur ke arah Hanna.
Hanna sengih. Bunga itu dibawa ke hidung. Wanginya! “Terima kasih,” Hanna senyum.
“Kau okey?”Syahadah memandang sayu Hanna dihadapannya. Apa yang Irham katakana kepada Azim semalam,membuatkan hatinya sayu. Sangat sayu.
“Ni aku dah boleh senyum ni. Okey lah ni. Alhamdulillah. Adah,kenapa tak bawa Rayyan. Aku nak sangat tengok Rayyan,” Hanna senyum lagi.
“Rayyan dekat rumah. Dia demam,Na. Kau cepat cepat lah baik. Dapat jumpa Rayyan dekat rumah. Kau serious tak ada nak share dengan aku apa apa?”Syahadah masih tak putus asa.
“Ala,nak share apa? Tak ada apa Adah. Kalau ada apa apa aku bagitahu. Aku nak jumpa sangat Rayyan. Mesti hensem macam Azim ni.” Hanna senyum.

Syahadah mampu senyum kelat. Kuatnya Hanna. Dari dulu Hanna pandai sembunyikan sedih dia. Sampai dia okey sendiri.



Image result for tumblr hospital gif


to be continue . . . .

# 53

Pagi tu selesai solat Subuh,Irham bersiap untuk ke pejabat. Tapi hatinya berat untuk ke pejabat. Rasa macam ada sesuatu yang akan jadi. Perlahan dia menarik segala barang kerjanya dari atas meja kerja tu.
“Allaaah,” Suara itu perlahan menyentuh gegendang telinganya. Matanya melilau mencari suara itu. Kakinya bagaikan kaku tak boleh bergerak. Badannya bagai tak mampu berfungsi. Hanya air mata yang menitis. Penantian selama empat bulan setengah tu berbaloi. Tangan Hanna bergerak. Ya Allah. Irham terus sujud syukur.
“Hanna?” Dia bangkit dari sujud ke arah katil Hanna. Perkara pertama yang dilihat oleh matanya,senyuman Hanna.
“Am panggil doktor sekejap,” Irham baru sahaja nak membuka pintu,doktor yang selama ini merawat Hanna melangkah masuk.
“Doktor,isteri saya dah sedar!,” Segaris senyuman tu menghiasi muka Irham. Doktor dihadapannya turut sama sengih. Alhamdulillah.Doktor memeriksa keadaan Hanna. Hanna stabil.
“Doktor,baby saya..?” Hanna cuba membuka mulut walau payah.
Doktor di hadapannya terdiam. Senyum Irham hilang. Irham mengangguk. Membiarkan doktor yang menjawab soalan itu. Dia tak sanggup.
“We had tried our very best. Yet,Allah loves your baby more,”Perlahan doktor itu memberi tahu.

Hanna senyum.






to be continue . . . .

# 52

Tangan laju melakar pelan bangunan projek mega yang baru diterima petang tadi. Sesekali matanya memandang sayu Hanna yang masih kaku. Lamanya Hanna tidur. Kepala digelengkan. Sabarlah wahai hati. Kadang dahinya berkerut apabila tangan tersilap langkah. Dia mengeluh panjang. Tangan diregangkan. Irham bersandar pada sofa berdepan dengan Hanna. Dia teringat..
“Hey,tengok bintang lagi?” Masa tu mereka ada di rumah nenek Hanna. Irham melabuhkan punggung duduk di sebelah Hanna di bawah pokok rending tu.
“Yes. Cantikkan? Yang paling terang tu. Cantik,” Hanna sengih. Kaki ditarik bersila. Sejuk!
“Bintang dekat sebelah saya lagi cantik kot,” Irham sama memandang langit yang luas tu.
“Pick up line sangat tu. Alamak touching ah,” Hanna menjulingkan mata.
“Yang meninggal petang tadi tu,Hanna kenal?”
“Kenal. Arwah tu anak saudara nenek punya cucu. Sebaya kita,”
“Sebaya kita eh? Kita memang sebaya Hanna,” Irham memandang Hanna.
“Naaaaa. I mean arwah sebaya Hanna. Suami dia sebaya Am,”
“Arwah dah kahwin? Ingatkan belum.” Irham mengangguk.
“The one imamkan solat jenazah tadi,tu suami dia,” Hanna masih menatap bintang-bintang yang bersepah di atas langit.
“Sakit apa,Na?”
“Kanser. 4 months after surgery,dia koma,” Sayu hatinya malam tu. Arwah antara orang yang happy go lucky. Hatta dah sakit pun,tak pernah tunjuk yang dia lemah.
“Oh I see. Ada mulut mulut orang kampong cakap yang suami dia jarang sangat melawat dia dekat hospital. Yang jaga arwah pun,mak arwah,” Irham mengadu.
“Eh, Am tak baik cakap macam tu. Mulut orang kampong,jangan percaya sangat. Kita tak tahu benda sebenar. Mungkin ada sebab dia tak lawat arwah. Mungkin akan buat dia lagi sedih kalau tengok arwah tak sedar-sedar. Mana tahu,dekat rumah doa dia tak putus putus untuk isteri dia.Tak pernah tinggal Yassin untuk isteri dia. Everyone have their own reason to act like that,” Hanna memandang Irham yang masih mendengar apa yang diperkatakan.
“Kuatnya dia hadap semua benda,”
“Kan? Kalau tak kuat pun,dia kena kuat. Darjat dia tengah dinaikkan tu. Kita yang tengok ni pun kena sedar lah.Am pun kena kuat la if one day this thing happen to you,”
“In sha Allah dan Hanna kena kuat lah lawan sakit tu,” Irham sengih kelat.
“Agak-agaknya kalau Hanna terlantar about a few months,apa Am buat eh?”
“Am terlantar sekali la macam tu,”

“Ah,tak sado la macam tu,” Hanna dah memakai selipar bangun dari pangkin tu.Irham mengikut dari belakang sambil sengih. I will take good care of you Hanna. No matter what. Hatinya berkata.


Image result for tumblr walking





to be continue . . . .

# 51

Irham masih berteleku di sebelah katil Hanna. Tangan Irham masih memegang kepingan gambar tu. Gambar yang pernah menjadi punca dia dan Hanna tak bertegur sapa. Dia tak faham kenapa gambar yang ada di tangannya sekarang tak sama dengan gambar dulu. Mana satu yang betul? Syahadah;kawan rapat Hanna pernah datang lawat Hanna kelmarin.
“Sebenarnya Am,aku nak cakap something. Syahadah yang suruh aku sampaikan,” Azim yang menyapanya. Azim mengajak dia berborak diluar meninggalkan Syahadah bersama Hanna yang masih tak bergerak tu.
“Apa dia,Zim?”
“Ingat tak,dua bulan lepas kitaorang ada reunion dekat PD?”
“Hah. Ingat. Kenapa?”
“Macam ni. Isteri aku kan sebilik dengan isteri kau waktu tu. Syahadah dah banyak kali nampak bibir isteri kau pucat tau sebenarnya. Adah ada lah tanya dia tak sihat ke? Dia gelak je. Dia kata dia salah makan. Dia tak ada pula cakap dia pregnant,” Azim menatap Irham yang masih tunduk di sebelahnya.Irham masih diam tak beriak.
“Lepastu,yang pasal gambar Hanna tu. Aku tahu kau ada jumpa gambar Hanna kan? Hanna ada minta Syahadah bawakan gambar-gambar tu masa reunion haritu. Aku tahu dia ada nak explain sesuatu. Kau nak aku explain kan atau nak tunggu Hanna sedar?”
“Tak apa lah,Zim. Better kalau aku dengar Hanna explain sendiri. Even lambat lagi dia sedar,aku tunggu. Terima kasih,Zim,”Irham menepuk bahu orang sebelahnya tu.

Dan dia masih menunggu Hanna bangun untuk bagitahu semuanya. Hari ini dah masuk 3 bulan Hanna masih ‘tidur’. Dan Irham masih tidur menemaninya tanpa ada tinggal sehari pun.



to be continue . . . .

# 50

Selepas Zuhur,Hanna masih tak sedarkan diri. Tapi Hanna dah dihantar ke wad biasa. Irham masih di situ. Dan air mata itu masih tak berhenti. Kenapa Hanna tak bagitahu pasal tu? Mama dan papa baru sahaja balik. Mama dengan papa memang tak tercakap apa. Along dengan Kak Izzah terduduk. Kak Fara pun. Cuma Angah yang tak tahu. Hari ini baru Angah balik dari outstation.
Hampir dua bulan Hanna masih tak sedar. Doktor Nazmi ada cakap,peluang Hanna memang tipis. Sangat tipis. Tapi Irham tak berhenti berusaha. Walau usahanya nampak macam akan sia-sia. Sepanjang dua bulan itu,tak pernah sekali dia meninggalkan Hanna seorang diri di dalam wad. Hatta mama dengan ibu ada minta izin nak jaga,tapi dia kata tak apa,dia masih boleh jaga.
Segala barang kerja dibawa ke wad Hanna. Malam itu,selesai membaca surah Yassin dan surah An-Najm,seperti kebiasaannya, Irham memandang sayu wajah yang sudah dua bulan tak beriak tu.
“Hanna,” Irham mendekatkan kerusi ke arah katil itu. Panggilannya tak bersambut.
“Hanna okey kan? Hanna tidur kejap je kan? Tak apa,Hanna rehat. Am tunggu. Selama mana Hanna nak rehat,Am akan tunggu.” Air matanya jatuh. Laju.

“Kenapa Hanna tak cerita dekat Am? Kenapa Hanna tak cakap kita akan ada baby?” Kepala ditekup ke atas katil. Sepanjang dua bulan tu,dia tak dengar suara yang ceria riang ria sambut dia balik kerja. Sepanjang tempoh tu,dia tak dengar Hanna mengadu apa-apa pasal anak muridnya. Sepanjang dua bulan tu,dia tak nampak senyum sinis yang kadang suka cari gaduh dengan dia. Dua bulan tu lama. Bukan sekejap.


Image result for tumblr hospital

Image result for tumblr hospital gif



to be continue  . . .. 

# 49

Mulut Irham hanya mampu beristighfar. Kadang handphone dikeluarkan mencari surah yang boleh dibaca sementara menunggu orang di dalam bilik itu keluar. Ya Allah. Kenapa teruk sangat,Hanna? Irham seorang di situ. Mama papa ibu ayah semua tak diberitahu lagi. Kerana dia tak nak ibu ayah semua risau. Selagi dia mampu tanggung sendiri,biar dia yang tanggung.
Irham bangun apabila ada seorang doktor menapak ke arahnya.
“Encik Irham?Suami Puan Hanna Amanina?”
“Ya saya,doktor. Doktor?”
“Can I know something?”
“Yes,doctor?” Irham berkerut.
“Puan Hanna masih melakukan chemo?”
“Tak. Lepas treatment yang kedua,kami stop kan dulu. Is this all because of the treatment,doctor?”
“Pada awalnya,kami menganggap itu puncanya. But I’m afraid it is not. I’m sorry,sir”
“What do you mean?”
“It is Leptospirosis atau pun kencing tikus. Dan satu perkara lagi encik,Puan Hanna keguguran.Usia kandungan Puan Hanna yang baru nak masuk 3 bulan tak dapat diselamatkan. Kami sudah cuba,encik. Kami minta maaf”

Irham terduduk. Keguguran? When is she pregnant? Astaghfirullah. Ya Allah. Asal aku tak tahu? Air mata itu mengalir tanpa henti. Makin deras. Makin deras. 3 bulan?  What is this all about?

Image result for tumblr hospital


to be continue . . . 

# 48

Irham menapak ke dapur selepas keluar dari tandas bilik belakang. Matanya menangkap polistrin yang tiba-tiba ada atas meja makan tu. Tadi sebelum masuk bilik air tak ada pun makanan atas meja. Irham mengangkat nota yang ada di bawah polistrin tu.
Saya x sempat nak masak. Sorry. Saya ada beli nasi goreng cili padi fav awak. Jgn risau,saya beli dekat kedai dpn,yg awk suke tu J
Hanna dah balik lah ni maksudnya. Polistrin di buka. Irham menjengah ke ruang tamu,tak ada orang. Dia membawa makanan itu naik bersama ke bilik. Mata terpandang Hanna dah terbaring dengan baju kurung masih tak bertukar. Hanna keluar makan dengan Kak Izzah tadi. Polistrin diletak tepi.
“Hanna,” Irham menegur Hanna. Hanna masih tak berganjak dari tidurnya. Irham berkerut. Pucatnya bibir. Tangan Hanna disentuh perlahan. Ya Allah,sejuknya. Dia menyentuh dahi Hanna. Sah,demam. Bibir Hanna menggeletar perlahan.
“Na,bangun Hanna. Kita pergi klinik. Hanna,” Irham duduk di birai katil tu.
“Tak payah lah,” Kepala Hanna pusing. Batuknya makin teruk.Irham menuju ke bilik air. Tuala kecil diambil. Bekas kecil ditarik entah dari mana,ditadah air.
“Am,ubat Hanna. Dalam beg,”
Bekas yang dah penuh dengan air diletak sebelah Hanna. Kaki melangkah mencapai handbag Hanna. Pergerakan Irham kaku. Gambar tiga keping tu.
“Am,” Panggilan lemah tu membuatkan Irham bernyawa semula. Kepingan gambar diletak semula ke dalam beg Hanna. Air mineral yang memang ada dalam beg Hanna dibuka dan ubat dihulur ke arah Hanna. Hanna dipandang lama. Kepala Hanna disentuh perlahan.
“Tak larat nak tukar baju?”
Hanna geleng. Badan dah memang tak tahu kenapa.Lebih seminggu dia macam tu. Lebih teruk dari kesan chemo haritu.

“Tak apa lah. Tidur,” Kain basah yang dah siap diperah,dibawa ke dahi Hanna.



Image result for tumblr sick girl


to be continue . . . .


#47

“Kau nak aku stop buat benda ni dulu atau teruskan sahaja plan kita?” Tangan tu mengetuk meja. Menanti arahan dari pihak di sebelah sana.
“Sementara ni kita berhenti dulu. Rasanya tak lama lagi,perempuan tu tidur lama lah tu. Tapi sebelum tidur tu,biarlah kita bagi nightmare sikit kan,” Orang sebelah sana sengih. Kejam.
“Kau tak rasa benda ni ganggu karier kita ke nanti?”
“Karier boleh dapat balik. Hati aku yang pernah remuk berkecai dulu,bukan senang-senang nak baik macam dulu. At least dia mati depan mata aku,dah cukup bahagia untuk aku,” Ketawanya pecah. Hanna,kau fikir hidup kau akan selamanya indah ke? Sikit je kan rasa sakitnya? Kau pun bukan tak biasa sakit terlantar macam mayat hidup.

Handphone dimatikan. Rasa bersalah dalam hati makin mendalam. Apa salah Hanna dekat kau sebenarnya? Soalan itu tiba-tiba menerjah mindanya. Apa Hanna buat sampai kau sanggup balas dia bertubi tubi macam ni? Lagi sekali soalan itu berputar.




Image result for tumblr black and white alone


to be continue . . . .