Thursday, 12 March 2015

# 40

Tangan laju membasuh pinggan di sinki tu. Hanna berjalan menuju ke arah Irham di sinki. Perlahan dia menapak. Kepala masih berpusing. Kadang bayang Irham macam dah ada dua.
“Cara Am basuh pinggan macam Angah,” Hanna berdiri di sebelah.
“Kenapa?”
“Angah akan bersihkan pinggan guna air.Bersihkan betu betul,buang segala minyak yang ada dekat pinggan tu then baru ambil sponge yang penuh dengan sabun. Normal kot benda tu bagi mata orang lain,tapi Hanna kenal dua lelaki je yang basuh pinggan macam tu,”
Irham sengih. “Pening lagi?”Irham memandang Hanna di sebelah. Pinggan yang siap dibasuh diletak bersama pinggan-pinggan yang lain. 
“Sikit. Ubat dah makan tadi.” Hanna berpaling.
“Demam?” Tangan diletak di atas dahi Hanna. Panas sikit. Kepala Hanna digosok perlahan.
“Pergi lah rehat. Badan tak cukup tidur tu,” Irham memaut bahu Hanna.
“Baiknya lahai Am ni,” Hanna mencebik.

“See the leg,lady,” Irham sengih.
Hanna memandang kaki Irham di sebelah.
"Normal je kaki awak,romeo," Hanna sengih
"Eh,lawak gila. Hebat laa Hanna ni, Hebat," Irham menepuk-nepuk bahu Hanna.




to be continued . . .