Thursday 27 December 2012

# 3



Rumah Barbie yang ada di atas meja tu dipandang sekilas. Dia sengih. Hadiah mama dengan papa masa dia dapat 9A untuk PMR dulu. Dia sayang benda tu sebab dia memang suka tengok replika rumah macam tu. Tak sangka pula mama papa bagi betul betul. Benda tu comel.Sangat comel okey. Tiba tiba messages masuk.Tangan lambat mencapai handphone di meja study.
   ‘Can we meet? Dekat luar rumah kau. : )’ ~Aniff
Kalau aku cakap tak boleh macam mana? Mamat ni memang la,suka main terjah terjah macam tu je. Tapi at least okey ape dia jumpa dekat rumah.Bukan ajak pergi tempat yang nonsense tu.Dia menarik tudung ke kepala. Lengan baju yang dah berlipat diturunkan.Sekilas memandang diri di dalam cermin. Hanna melangkah keluar.Pintu di buka. Gate depan rumah dah dibuka. Dia dah duduk di bangku.Aniff hanya mengekori dari belakang.
“So,kenapa ye doktor? Ujian darah saya dah keluar ke? Ke doktor nak bagitahu saya,saya dah tak lame?” selamba dia menuturkan.
“Sejak bila kau ber-doktor doktor dengan aku ni? Saja datang. Lawat patient. So,ada rasa sign effect dari rawatan tu?”
“Just tak boleh gerak laju macam dulu.Penat cepat.”
“Good. Ada patient lagi teruk.Alhamdulillah you not,”Aniff bermain dengan kunci kereta.Lama matanya menatap Hanna yang tengah main dengan hujung lengan baju.
“Dah kenapa tatap aku macam tu?Yes,I know aku akan pergi,tak yah lah tatap sebegitu rupa,”Hanna menjulingkan mata.
“Kau kuat kau tahu?”
“Of course aku kena kuat.Untuk mama.Untuk papa.Takkan aku nak meratapi sakit aku kot.Dah takdir bro. I have to accept it,” jujur dia mengatakan.
“Yup.Kau kena.And I proud of you. Sangat.”
Hanna hanya mengangguk perlahan. She the Secret Precious. Dia ingat ayat tu.Nak tanya tak,nak tanya,tak,nak tanya,Tak payah lah.
“So,tak manis pulak kalau orang tengok aku kat rumah kau ni.Lain lah aku suami ke,kan?I have to go,” Aniff sengih.Aku tak nak balik boleh tak? I want to take care of her,Ya Allah. Astaghfirullah.Dia menggeleng.Hanna turut bangun.
“Baik-baik la balik. Eh,jap! Aku tak rasa kau lawat patient lain sampai ke rumah?”Hanna sengih.
“Aku lawat patient yang aku sayang je sampai ke rumah,”
“Manisnya berkata-kata,”
“For the one I want.Because of Allah.”Kening sebelah ternaik.Tingkap kereta diturunkan.
“Yayaya. Jika di-izinkanNya.Take care,”
Aniff terkedu.Is that the green light?Heh! Jangan perasan sangat lah Aniff oi! Dia pun tak tahu kisah sebenar,pulak nak bagi lampu hijau segala.
“Amin. Take good care too. Assalamualaikum,”Kereta Aniff meluncur perlahan.Hanna menutup pintu gate.Buah tangan yang diberi Aniff dibawa masuk ke dalam rumah.Selangkah dia masuk. .
“For one I want eh? Amboi !! Datang interview angah dulu la kalau macam tu.Bawa sijil dari darjah 1 sampai kerja”
“HAH ! Lepas lulus angah,baru interview along pula.Lepas pass along,baru mama papa,”
Along,angah dan Kak Fara dah tergelak.Kureng !! Hangpa skodeng chek naa..
“Pikir orang ni puteri kayangan ke,nak interview-interview bagai.”
“Eh,of coarse! Only the best can get our sister!”Kak Fara;kakak iparnya mencelah.
“Meh,chocolate tu.”Bekas yang penuh dengan coklat-coklat pelbagai jenis tu bertukar tangan.
“Hooo!Cadbury,Ferre Ro rocher,Toblerone,Nips.Jangan risau.Kami ada untuk menghabiskannya.”Yang lagi dua dah tersengih.
“Ambil lah.But I want the  Cadbury Black Forest,” Memory.Nostalgic. Hanna sengih.









to be continued. . . 

Wednesday 26 December 2012

# 2


Jam dah menunjukkan pukul 11.00 pagi. Appointment dia lagi setengah jam. Buku-buku di tangan diletak di sebelah tempat duduk tu. Enjin kereta dihidupkan. Handphone dalam saku baju kurung tiba-tiba vibrate.
  “Assalammualaikum. Kak long?”
 “Wa’alaikumusalam. Hanna. Kak long tak dapat ikut pergi jumpa doktor hari ni. Kak long ada     emergency la sayang. So sorry.” Izzah cekap mengunci pintu rumah.
“Ala,tak apa.Hanna boleh pergi sendiri.Okey? Take care. Muaahhh!” Hanna sengih pada stereng.
“Take care too sayang.Muahh muahh ! Manje,”Izzah dah senyum. Samsung hitamnya tu dimasukkan dalam handbag di sebelah.Laju dia memecut kereta. Hanna memang rapat dengan kakak iparnya tu. Dia mana ada adik beradik perempuan. Izzah pun memang layan je macam adik sendiri.Lagipun,Hanna memang berkenan dengan Kak Izzah tu. Lembut je raut wajahnya. Tapi gila-gila. Kak Izzah la yang bagi dia semangat masa dia down bila dapat tahu diri dah tak lama lagi di dunia ni.Setibanya di hospital,kaki laju melangkah ke bilik Dr.Aniff. Pintu di ketuk perlahan. Tombol pintu dipulas.
“Ohh,Hanna! Masuk masuk.” Aniff mempersilakan.Hanna sengih. Kaki melangkah ke arah kerusi. Dia duduk.
“So,you want me to treat you like patient with doc,or friend with her nightmare?”
“Motif la tu.Let it be informal then,”
“Okey.So,kau betul-betul nak buat rawatan tu?”
“Aku takut sebenarnya. Datuk aku meninggal lepas jalani rawatan tu. I’m just afraid.”
“Aku sebagai doktor akan cuba merawat pesakit aku dengan sebaik mungkin. Aku akan cuba rawat pesakit aku sedaya upaya.Lagi-lagi orang yang aku sayang,” Ikhlas dia tuturkan.
“Yes,I know. Semua doktor akan buat macam tu. Kau tak rasa sign effect dia teruk ke nanti?”
“Memang. Kebanyakan yang buat rawatan tu semua lemah,tapi worth it kan kalau kita cuba.Kita usaha,Allah yang tentukan semua.”
“Aku takut,”
Jawapan sepatah tu,membuatkan dia hilang kekuatan sebagai doktor. Lagi lagi pesakit di hadapannya orang yang dia kenal.Orang yang dia tunggu selama 12 tahun tu.Orang yang dia sayang.Spec dibetulkan.
“Kita doa,Hanna.Allah is always there.Kita cuba dulu,key?”Aniff cuba memandang semula ke arah gadis di hadapannya yang masih tunduk dari tadi.
“I will. For Him. For mama papa.”
“Alhamdulillah. So,rawatan tu akan mula another 1 week. Kalau kau ada rasa lain macam,just give me a call or datang sini. Aku rasa lain pula treat patient aku guna ‘aku kau’ ni.”
“Okey. Eh, I’m the one yang choose this way,so tak yah nak rasa lain sangat lah,”Hanna sengih.Mata berlari memandang ruang bilik doktor yang merawatnya tu. Mata terhenti pada frame di belakang Aniff tu. Gambar yang sama dalam frame di rumah. She the Secret Precious. Perkataan yang tertulis di bawah gambar tu.Aniff? Takkan kau masih. . .
“So,kalau tak ada apa. . . Hanna?”Aniff memandang ke   arah Hanna yang masih tegak di kerusi tu.
“Oh ye? Oh okey. Aku balik dulu la kalau macam tu.Thanks”Hanna dah tersedar dari mengelamun.Kaki perlahan melangkah keluar dari bilik tu. Aniff. . .kenapa? Kenapa kau still. .
Aniff hanya menghantar Hanna dengan pandangan mata. Screen laptop di tatapnya lama. Gambar dia dengan keluarga.Di sebelahnya gambar dia dan Hanna tengah berdiri tegak masa kawad kaki peringkat daerah tu. Takkan aku nak lupa orang yang menjadi punca aku berubah. Takkan aku nak lupa orang yang menjadi punca aku tak hisap rokok tu lagi. Takkan aku nak lupa orang yang menjadi punca aku tak join dengan mat-mat rempit tu. Takkan aku nak lupa orang yang still nak kawan dengan aku even dia dah di panggil ‘hipokrit’ sekalipun.Bukan Hanna pun yang suruh dia berhenti,tapi hati rasa nak berhenti merokok lepas dapat tahu Hanna tak suka orang merokok.Nak melupakan ‘orang tu?Heh.Tak semudah tu,Hanna. Tak semudah tu. Dan sekarang Allah dah makbulkan doa aku yang tak putus putus lepas 12 tahun tu.



to be continued. . .

Sunday 23 December 2012

I present you > > >


Mereka sama-sama berjalan lepas habis amali dekat sekolah agama tu. Mama ambil lambat,so dia decide balik sendiri. Yang mamat sebelah ni nak teman sampai depan rumah.Bajet nak hantar lah kononnya  tu. Dia membetulkan beg sandang di bahu kanan.
“Kalau Amie tahu kau jalan dengan aku,agak-agak meletus tak perang dunia ke-3?” Aniff di sebelah bertanya. Songkok dah dilambung ke atas beberapa kali.
“Hiperbola gila ayat! Motif la kan nak perang bagai.”
“Tapi aku happy hari ni.” Dia sengih.
“Dah kenapa?” kening terangkat bertanya.
“Aku dapat jalan dengan bidadari hari ni,” Songkok dah dipakai ke kepala semula.
“Lawak la tu,” Hanna dah menjulingkan mata.
And the rest was memory. Yang indah.
. . . . . . 
Tu kisah lama. Lama sangat. Dah 13 tahun berlalu. Tapi kenapa lepas tu dipertemukan balik? Mereka bukan ada apa-apa pun. Cinta monyet pun tak pernah. Tapi bila semalam. . .

      Hanna melangkah keluar dari lif. First day dia buat rawatan kat Malaysia lepas seminggu balik dari Australia hari itu. Mama kata untuk kebaikan dia juga. Dan dia akur.
“Siapa nama doktor tu ma?”
“ Dr.Aniff, ke apa nama dia. Mama tak ingat. Kenapa?”
“Saja tanya,” Hanna kembali memandang screen handphone di tangan. Seorang doktor melangkah menuju ke arah dia dan mama. Ni la kot Dr.Aniff-nya. Sengih hanya diberi ke arah doktor tu. Tapi macam kenal je doktor ni bukan. . .
“Cik Amanina Hanna kan?”
Hanna hanya mengangguk. Kenal ke?
“Aniff Farhan. 6 Gemilang. SKPR. Remember?” Spec dibetulkan tempat letaknya.
Hanna dah ternganga. Long time no see. Crush kot. Mama di sebelah hanya mematung.
“Can’t forget you. It’s not so easy okey.” Dia sengih.
“Kita bincang dekat dalam,” dia sengih pada mama. Mama hanya mengangguk.
“Okey la tu. Mama kena balik. Risau Aiman dekat rumah sorang-sorang tu,”
Hanna bersalam dengan mama. Aniff menyusul kemudian.
“I’m free now. Pergi cafe la.” Aniff dah sengih. Mereka melangkah sama.
Di café . . .
Lamanya lah aku tak jumpa dia. And he still him. Aniff yang dulu.Yang pernah luahkan perasaan pada aku dulu.
“So,kau macam mana sekarang,” Aniff yang memulakan perbualan dulu.
“Pensyarah kemanusiaan. UPNM. Memang tak expect pun kau yang in-charge kes aku.” Hanna sengih.
“Kalau dah takdir takkan ke mana. Kau still dengan Amie lagi?”
“Dah lebih 12 tahun tak jumpa,soalan tu yang kau tanya.Ape lah!,”
“Heh.Benda tu yang bermain kat otak aku selama 12 tahun tu.And now,dah jumpa pun.Tanya je la,”
Gulp! Means? 12 tahun dia still ingat aku? Hanna hanya meneguk milo ais di hadapannya.
“Since aku dengan dia dapat tawaran sekolah lain-lain masa tu,kita orang dah tak contact langsung. Langsung. Aku deact facebook. Lagi lah tak tahu apa yang berlaku.Dan sampai sekarang tak dengar apa dah,” Hanna menjongket bahu.
“And you want to know about him?”
“Tak.”
Jawapan sepatah tu membuatkan dia pelik. Dulu dekat sekolah dia orang lah famous dikaitkan.Sampai cikgu-cikgu pun tahu cerita dia orang. Tapi sekarang?
“Kau,apa cerita?”
“Alhamdulillah,SDAR dah dapat didik aku sampai jadi macam ni.” Dia senyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kamu ni dah kenapa Aniff? Dari balik hospital hari tu ibu tengok kamu sengih semacam. Ada bidadari jumpe kamu ke kat hospital tadi?” Puan Maria menyendukkan nasi ke pinggan suaminya.
“Adik jumpa queen of the heart bu,” Ariff dah mencelah. Tak pernah ditengok adiknya yang sorang tu tersengih. Sampai tidur pun tersenyum senyum. Seram aku. Aniff hanya menjulingkan mata.


Hanna duduk menyelongkar barang dalam almari.Mana benda tu? Tiba-tiba pintu terkuak.
“Yes,along? Nak apa?” Tak payah menoleh dia dah tahu tu along. Along je yang suka kacau dia malam-malam ni.
“Saja. Datang jenguk. Kot tak boleh tidur ke? Ye laa,jumpe kekasih lama.” Amer dah sengih.
Ni mesti mama yang buka cerita ni. Mana ada kekasih lama. Crush lama tu. Heh. Mana pula gambar tu. Tangan laju menyelongkar laci kecil yang penuh dengan surat-surat lama.
“Can you share with me the story about both of you. Cari gambar ni eh?”
“Huaaa!! Mana dapat. Curi eh?Apa lah dia ni.Kasi privacy la sikit,” Laju gambar itu disambar dari tangan alongnya.
“Woo. Woo. Agak agak sikit eh. Tu terselit kat buku. Cakap orang curi pulak,” bibir dah memuncungkan buku yang dah bercampur dengan surat-surat yang menimbun tu. Hanna memandang gambar di tangan. Dia dan Aniff tengah duduk bersila dengan baju pengawas.Dengan vase sama sama di riba. Ni masa ada program kat mana entah. Mereka ceria dalam gambar tu.
“So,tell me. Who is he to you?”
“Kawan lama,”
“Kawan lama sampai 12 tahun tak lupa. Kawan lama sampai menangis masa tahu dia dah berpunya dulu. Kawan lama sampai tengok gambar pun sengih masa tidur. Come on Hanna! Hanna pernah cerita kat along lah pasal dia.”
“Dia. . kawan. Kawan baik. Sangat.”
“Cerita je la dekat along semua benda kan senang.Anggap along kawan sama baya.Kan senang,”
“Wookeyy. Kita orang rapat masa darjah 6.Sebab kelas sama. Duty pun sama. So,rapat sebab selalu pergi duty dengan dia. You know what? Satu benda yang buat orang ingat dia sampai sekarang,”
“Apa? Dia pernah buat istana untuk Hanna?”
“Bukan la,gemok ! Dia berhenti merokok. Sebab. Orang.”
“Wooo ! Mana tahu dia merokok?”
“Orang TERselongkar beg duit dia. Jumpa lighter.”
“Next?Comel pula cerita korang ni,”
“Huh! Dia pernah cerita. Dia suka orang since darjah 5,tapi dia tak berani bagitahu. Sebab orang tengah digosipkan dengan someone else.So,dia tunggu orang setahun.Dia try rapat-rapat gitu je. Dia cakap takkan dia nak rampas awek member dia sendiri,”
“Alala. Sweet la tu?” Amer hanya menjadi pendengar setia adiknya tu.
“And dah. Macam tu je le. Tak ada apa yang berlaku. Orang ada hati kat dia,kejap je. Tak sampai setahun pun,”
“Tapi bagus lah orang yang rawat Hanna,orang yang Hanna kenal. Along boleh je ambil kes Hanna,tapi mama nak buat rawatan kat Melaka juga.”Amer dah baring atas katil adiknya tu.Hanna hanya sengih. Lebih senang kalau along je yang ambil kes dia.Tapi along kl,mama nak buat yang kat sini punya jugak so,akur je la.Amer keluar dari bilik Hanna. Bagi privacy katanya. Hanna masih memandang gambar di tangannya tu.Dia senyum sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tangan laju mengemas barang yang bersepah atas meja. Gambar dalam frame tu dah bertukar gambar lain. Gambar yang dia jumpa masa along ambush bilik hari tu. Hanna memang macam tu. Gambar dalam frame tu akan bertukar ikut mood dia. Macam status facebook. Memandangkan dia tak ada pun muka buku tu,so gambar je lah yang bertukar ikut rasa,perasaan dan hatinya. Ada orang kisah ke? Tak kan? Jam di tangan dilihatnya sekilas. Dah pukul 3 pagi dah? Hamboi! Lamanya aku menatap assignment budak-budak ni.Dua-dua belah tangan diregangkan. Huh ! Penat teramat. Mata tak boleh tutup lagi,baik qiam je ek? Kerusi di tolak ke belakang. Kaki melangkah ke arah tandas. Adoiiiiii !!!!!!.Kaki dah terpijak ape entah. Hanna mengangkat tapak kakinya. Merah ibu jari kaki nya. Mata berlari mencari ape yang dipijaknya. La,patut le ubat stepler rupanya. Terjatuh le tu masa tengah khusyuk buat kerja tadi.Salah sendiri,padan mukamu Hanna. Selesai mengambil wudhu’,sejadah di bentang.Telekung dipakai.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tuhan kami akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika menjelang dua pertiga malam sambil menyeru; “Siapa yang memohon kepadaKu,maka akan Aku perkenankan.Siapa yang meminta kepadaKu,makan akan Aku berikannya. Siapa yang memohon keampunan,maka Aku akan mengampuninya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Teringat kata-kata Ustaz Idrus hari tu;Kalau awak set jam pukul 5 pagi,tapi tersedar pukul 3 pagi,bangunlah.Kerana mungkin Allah mengejutkan kita agar kita bangun,meminta,berdoa, kepadaNya. Mana tahu masa tu adalah masa yang mustajab. Kalau dulu dia malas,tidur balik. Tapi lepas dah dengar benda tu,dia cuba bangun sedaya upaya.Buku karya Muhammad Aiman Al-Fathi itu ditutup. Di tatapnya lama. Penawar bagi jiwa yang resah & menikmati hidup penuh ketenangan. Tajuk buku tu. Hadiah Angah padanya masa baru tahu dia menghidapi kanser hati tu.




to be continued. . .

Saturday 8 December 2012

i really mean it

Assalamualaikum earthlights. : *



hanya lagu yang menjadi ingatan

hanya lagu yang menjadi kenangan

seandainya masa itu kembali semula

ku ingin lebih dari itu ~~


Memang manusia tak pernah perasan semua yang dia ada,tapi bila benda tu dah hilang baru sedar betapa berharganya benda tu. Semua manusia macam tu. Macam cerita semalam 'Cinta Dari Syurga'. tapi,seriously semua orang menyesal tinggalkan bende tu kan? Tapi pernah korang rasa menyesal tinggalkan Allah macam tu je?Pernah?Dia lah kekasih 'sebenar' kita sebenarnya. Ni tak kita senang senang tinggalkan Dia macam tu je,then bila susah datang balik merayu pada-Nya.tapi pernah fikir tak betapa Pemurah-Nya Dia. Kita sebagai manusia semestinya pernah rasa ditinggalkan orang yang disayangi lepas tu dia datang balik bila dia perlukan kita. and apa kita rasa masa tu? macam tisu kan,nak guna ambil,dah guna buang. so,hargai lah orang ada dengan kita sekarang,yang selalu ada masa susah dan senang,yang sama sama mengejar cinta-Nya. bukan yang sama sama mengejar cintanya. Get it? Betapa rindunya Allah pada kita nak dengar kita merayu pada Dia. Betaparindunya Allah padakita nak dengar kita kongsi semua benda dengan Dia. Sejauh mana pun orang yang kau sayang pergi tinggalkan kau,Allah masih ada,bertambah dekat dengan kau. Ingat! Allah ada. He always there for you. 





Allah rindu kita ~
Allah sayang kita lebih dari semua orang ~
















sincerely,
me :)

Friday 23 November 2012

beauty in TRAGEDY : )

Assalammualaikum
Ya,Allah Kau lindungilah saudara seislam kami di Palestin.
hello adik adik manis sekalian *perasan la tu keluar beli buku semalam.Gurindam Jiwa was the best book for this year. Hlovate punya cerita memang satu satunya cerita yang boleh dihabiskan. Baca novel ni baru rasa kehadiran diri seseorang yang dulu rasa macam tak apa je kalau dia tak ada.Dan kehadiran dia buat aku sedar kenapa Allah hantar dia secara tiba-tiba. Macam Ju'a dalam cerita ni.Dia tak pernah ada abang and one day,dia dapat jumpa so called Abang Shah yang selalu di sebut oleh Ucop.Bencinya lah dia terhadap si Abang Shah merangkap abang tirinya tu. Tapi bila tengok macam mana Abang Shah layan dia,layan Ucop,layan mama, hati dia terbuka untuk terima lelaki tu sebagai abang. Mak Abang Shah meninggal masa tengah tunggu result SPM. Breast cancer.Abang Shah yang dengar semua ceritanya,yang kongsi segala kesukaan,yang ada masa dia happy dan sedih tahap tak ingat,yang bawa dia keluar dengan Ucop,yang selalu main piano dengan dia,yang buat dia dapat A1 dalam Add maths dan dan dan yang buat dia tahu Allah lebih sayang ayah. Abang Shah lah yang datang ambil dia dari hostel,yang bawa outing,yang ambil balik rumah,even Abang Shah ada je kerja lain lebih penting nak di buat.Susah nak jumpa abang tiri macam Abang Shah sebenarnya. One day,Abang Shah bagitahu Ju'a mama pregnant. Dua-dua happy. Dua-dua excited nak ada adik. Dua- dua berlawan nak bagi nama adik.Dua-dua nak jaga baby dengan mama lepas bersalin nanti.Tapi dah tertulis di Luh Mahfuz,Abang Shah meninggal pada hari yang sama baby lahir,Abang Shah meninggal on the way nak datang hospital. Kereta di depan Abang Shah berhenti secara tiba tiba dan di belakangnya ada lori. Dan Abang Shah di tengah-tengah bersama RXZ hitamnya. 


Setiap orang yang datang dalam hidup kita membawa benda yang baik sebenarnya. Allah takkan pertemukan kita dengan seseorang kalau orang tu menyusahkan kita.Yes,maybe bagi kita leceh,sebok.tapi bila fikir balik,maybe ada kebaikan yang Allah sediakan di sebalik kepayahan tu.

Kalau Allah tak hantar 'dia' jumpa aku kat sana,maybe aku dah buat benda bukan-bukan.
Kalau Allah tak hantar 'dia' jumpa aku kat sana,maybe aku akan menangis setiap malam fikirkan masa lepas.
kalau Allah tak hantar 'dia'jumpa aku kat sana,aku tak tahu nak cerita kat siapa benda yang jadi masa PMR.
Kalau Allah tak hantar 'dia' jumpa aku kat sana,maybe aku tak rasa ada orang ambik tahu pasal aku.
dan semua itu,aku dapat rasa.Allah lebih sayang aku : ) 

ayat Abang Shah yang sama dengan 'dia' : )

                               'dah ada sorang pun dah tak larat nak jaga'

yang membezakan Abang Shah dengan 'dia', 

Abang Shah lelaki, 'dia' perempuan
Abang Shah abang, 'dia' kakak
Abang Shah 19,'dia' 17
dan 
Abang Shah dah tak ada, 'dia' ada
InsyaAllah selagi Allah izinkan ..


 terima kasih,si pemberi kompas : )
Terima kasih Ya Allah : ))


Friday 31 August 2012

Maharku Untukmu

                                                   Assalammualaikum and salam 1 Malaysia !!


Kind of berbulan- bulan juga tak update blog. No one cares pun. but yeah,bila otak dah tak boleh masuk dengan segala benda yang di baca,menaip juga akhirnya. Hari tu pergi cari lagu-lagu baru yang boleh masuk. then,jumpa kind of cerekarama yang tak dapat tengok masa dekat hostel hari tu. and it is  Maharku Untukumu.  cerita first yang aku rasa interesting,islamic and responsibility dia terpancar dalam diri seseorang. the story are between Putera and Aisyah. Oh, there's are some pengajaran yang aku jumpa dalam cerita ini :


MANUSIA DI DUNIA TIADA BEZA

 Kita dah sedia maklum Allah jadikan semua manusia semua sama. It is not because of kau kaya kau ada semua,kau tak payah buat itu ini,kau ada hak berkuasa pada orang yang kau anggap hamba.Hey,sekaya mana pun kau,harta tak bawa mana pun. Just amalan dan doa anak yang soleh and solehah yang membantu kau dalam kubur nanti.Dan,walaupun kita miskin mana pun,jadilah orang yang kaya dengan maruah. Jangan di sebabkan kau miskin,kau boleh dipijak,dicaci or whatever it is oleh semua orang. Driver pun orang lah weyy. Kau tak ada hak nak tentukan orang tu bawahan or atasan. Get it?

IBU BAPA SEPATUTNYA JADI ROLE MODEL YANG BETUL

 Yes,Allah pinjamkan kepada ibu bapa,anak-anak. Yang sepatutnya dijaga,dididik dengan ajaran Islam. Bukan memberi kebebasan yang teramaat sangat. Macam dalam cerita ini, ayah dia try untuk bimbing keluarga yang dah jauh ke barat,tapi tak sempat. si ibu lebih teruk. Ada ke patut bangga dengan anak yang balek tengah malam mabuk2 dengan tunang. huh. Try to be parents yang boleh menjadi contoh terbaik pada anak-anak. 

JANGAN KAHWINI SEORANG WANITA,ANDAI KAMU TIDAK BERBANGGA MEMPUNYAI ANAK SEPERTI NYA.

   Cari pasangan yang mampu mendidik zuriat menjadi baik. Dari cerita ni,awal-awal lagi dah tunjuk,pilihan Aisyah salah.Ariff is just a guy yang sempurna dengan harta.Apa tak nya,mahar je RM3,333,33.33 kot.sebab Aisyah lahir bulan 3. *aku boleh lah nampaknya* wokeyy,nampak sangat perkahwinan yang try mereka bina berpandukan perkara yang salah. Dah macam kahwin hanya untuk wedding yang grand2 tanpa faham perkahwinan tu untuk apa sebenarnya. Tak ke? Mahar yang Putera bagi untuk Aisyah is just "Al-quran dan sebentuk cincin". Yang sangat bermakna dari rumah berapa million? RM 1.8 million eh. And again,tak bawa mati lah.Istana dekat syurga lagi indah. InsyaAllah ..Sama-sama kita cuba ikut ajaran Al-quran tu.

Thursday 15 March 2012

think about OTHERs

peace upon to you
(lmbai2 sume, artis baru nak buat post nih)


nick vujicic . dia cacat, no arms no legs . tapi die happy. bukan mcm orang yang cukup tangan kaki, tension memanjang . die happy . die sendiri ckap die happy . dye boleh buat sume bende yang kite buat walaupun die cacat. yes, so bile pikir balek , takkan kita yang cukup anggota badan nakputus asa mcam tuh je ? die jatuh berkali-kali. die bangun balek. sebab die tahu kalau die tak bangun siape lagy nak bangunkan die .  ryte?



If you are born poor , it is not your mistake ,
but, if you die poor , IT IS YOUR MISTAKE .