Sunday 23 December 2012

I present you > > >


Mereka sama-sama berjalan lepas habis amali dekat sekolah agama tu. Mama ambil lambat,so dia decide balik sendiri. Yang mamat sebelah ni nak teman sampai depan rumah.Bajet nak hantar lah kononnya  tu. Dia membetulkan beg sandang di bahu kanan.
“Kalau Amie tahu kau jalan dengan aku,agak-agak meletus tak perang dunia ke-3?” Aniff di sebelah bertanya. Songkok dah dilambung ke atas beberapa kali.
“Hiperbola gila ayat! Motif la kan nak perang bagai.”
“Tapi aku happy hari ni.” Dia sengih.
“Dah kenapa?” kening terangkat bertanya.
“Aku dapat jalan dengan bidadari hari ni,” Songkok dah dipakai ke kepala semula.
“Lawak la tu,” Hanna dah menjulingkan mata.
And the rest was memory. Yang indah.
. . . . . . 
Tu kisah lama. Lama sangat. Dah 13 tahun berlalu. Tapi kenapa lepas tu dipertemukan balik? Mereka bukan ada apa-apa pun. Cinta monyet pun tak pernah. Tapi bila semalam. . .

      Hanna melangkah keluar dari lif. First day dia buat rawatan kat Malaysia lepas seminggu balik dari Australia hari itu. Mama kata untuk kebaikan dia juga. Dan dia akur.
“Siapa nama doktor tu ma?”
“ Dr.Aniff, ke apa nama dia. Mama tak ingat. Kenapa?”
“Saja tanya,” Hanna kembali memandang screen handphone di tangan. Seorang doktor melangkah menuju ke arah dia dan mama. Ni la kot Dr.Aniff-nya. Sengih hanya diberi ke arah doktor tu. Tapi macam kenal je doktor ni bukan. . .
“Cik Amanina Hanna kan?”
Hanna hanya mengangguk. Kenal ke?
“Aniff Farhan. 6 Gemilang. SKPR. Remember?” Spec dibetulkan tempat letaknya.
Hanna dah ternganga. Long time no see. Crush kot. Mama di sebelah hanya mematung.
“Can’t forget you. It’s not so easy okey.” Dia sengih.
“Kita bincang dekat dalam,” dia sengih pada mama. Mama hanya mengangguk.
“Okey la tu. Mama kena balik. Risau Aiman dekat rumah sorang-sorang tu,”
Hanna bersalam dengan mama. Aniff menyusul kemudian.
“I’m free now. Pergi cafe la.” Aniff dah sengih. Mereka melangkah sama.
Di café . . .
Lamanya lah aku tak jumpa dia. And he still him. Aniff yang dulu.Yang pernah luahkan perasaan pada aku dulu.
“So,kau macam mana sekarang,” Aniff yang memulakan perbualan dulu.
“Pensyarah kemanusiaan. UPNM. Memang tak expect pun kau yang in-charge kes aku.” Hanna sengih.
“Kalau dah takdir takkan ke mana. Kau still dengan Amie lagi?”
“Dah lebih 12 tahun tak jumpa,soalan tu yang kau tanya.Ape lah!,”
“Heh.Benda tu yang bermain kat otak aku selama 12 tahun tu.And now,dah jumpa pun.Tanya je la,”
Gulp! Means? 12 tahun dia still ingat aku? Hanna hanya meneguk milo ais di hadapannya.
“Since aku dengan dia dapat tawaran sekolah lain-lain masa tu,kita orang dah tak contact langsung. Langsung. Aku deact facebook. Lagi lah tak tahu apa yang berlaku.Dan sampai sekarang tak dengar apa dah,” Hanna menjongket bahu.
“And you want to know about him?”
“Tak.”
Jawapan sepatah tu membuatkan dia pelik. Dulu dekat sekolah dia orang lah famous dikaitkan.Sampai cikgu-cikgu pun tahu cerita dia orang. Tapi sekarang?
“Kau,apa cerita?”
“Alhamdulillah,SDAR dah dapat didik aku sampai jadi macam ni.” Dia senyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kamu ni dah kenapa Aniff? Dari balik hospital hari tu ibu tengok kamu sengih semacam. Ada bidadari jumpe kamu ke kat hospital tadi?” Puan Maria menyendukkan nasi ke pinggan suaminya.
“Adik jumpa queen of the heart bu,” Ariff dah mencelah. Tak pernah ditengok adiknya yang sorang tu tersengih. Sampai tidur pun tersenyum senyum. Seram aku. Aniff hanya menjulingkan mata.


Hanna duduk menyelongkar barang dalam almari.Mana benda tu? Tiba-tiba pintu terkuak.
“Yes,along? Nak apa?” Tak payah menoleh dia dah tahu tu along. Along je yang suka kacau dia malam-malam ni.
“Saja. Datang jenguk. Kot tak boleh tidur ke? Ye laa,jumpe kekasih lama.” Amer dah sengih.
Ni mesti mama yang buka cerita ni. Mana ada kekasih lama. Crush lama tu. Heh. Mana pula gambar tu. Tangan laju menyelongkar laci kecil yang penuh dengan surat-surat lama.
“Can you share with me the story about both of you. Cari gambar ni eh?”
“Huaaa!! Mana dapat. Curi eh?Apa lah dia ni.Kasi privacy la sikit,” Laju gambar itu disambar dari tangan alongnya.
“Woo. Woo. Agak agak sikit eh. Tu terselit kat buku. Cakap orang curi pulak,” bibir dah memuncungkan buku yang dah bercampur dengan surat-surat yang menimbun tu. Hanna memandang gambar di tangan. Dia dan Aniff tengah duduk bersila dengan baju pengawas.Dengan vase sama sama di riba. Ni masa ada program kat mana entah. Mereka ceria dalam gambar tu.
“So,tell me. Who is he to you?”
“Kawan lama,”
“Kawan lama sampai 12 tahun tak lupa. Kawan lama sampai menangis masa tahu dia dah berpunya dulu. Kawan lama sampai tengok gambar pun sengih masa tidur. Come on Hanna! Hanna pernah cerita kat along lah pasal dia.”
“Dia. . kawan. Kawan baik. Sangat.”
“Cerita je la dekat along semua benda kan senang.Anggap along kawan sama baya.Kan senang,”
“Wookeyy. Kita orang rapat masa darjah 6.Sebab kelas sama. Duty pun sama. So,rapat sebab selalu pergi duty dengan dia. You know what? Satu benda yang buat orang ingat dia sampai sekarang,”
“Apa? Dia pernah buat istana untuk Hanna?”
“Bukan la,gemok ! Dia berhenti merokok. Sebab. Orang.”
“Wooo ! Mana tahu dia merokok?”
“Orang TERselongkar beg duit dia. Jumpa lighter.”
“Next?Comel pula cerita korang ni,”
“Huh! Dia pernah cerita. Dia suka orang since darjah 5,tapi dia tak berani bagitahu. Sebab orang tengah digosipkan dengan someone else.So,dia tunggu orang setahun.Dia try rapat-rapat gitu je. Dia cakap takkan dia nak rampas awek member dia sendiri,”
“Alala. Sweet la tu?” Amer hanya menjadi pendengar setia adiknya tu.
“And dah. Macam tu je le. Tak ada apa yang berlaku. Orang ada hati kat dia,kejap je. Tak sampai setahun pun,”
“Tapi bagus lah orang yang rawat Hanna,orang yang Hanna kenal. Along boleh je ambil kes Hanna,tapi mama nak buat rawatan kat Melaka juga.”Amer dah baring atas katil adiknya tu.Hanna hanya sengih. Lebih senang kalau along je yang ambil kes dia.Tapi along kl,mama nak buat yang kat sini punya jugak so,akur je la.Amer keluar dari bilik Hanna. Bagi privacy katanya. Hanna masih memandang gambar di tangannya tu.Dia senyum sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tangan laju mengemas barang yang bersepah atas meja. Gambar dalam frame tu dah bertukar gambar lain. Gambar yang dia jumpa masa along ambush bilik hari tu. Hanna memang macam tu. Gambar dalam frame tu akan bertukar ikut mood dia. Macam status facebook. Memandangkan dia tak ada pun muka buku tu,so gambar je lah yang bertukar ikut rasa,perasaan dan hatinya. Ada orang kisah ke? Tak kan? Jam di tangan dilihatnya sekilas. Dah pukul 3 pagi dah? Hamboi! Lamanya aku menatap assignment budak-budak ni.Dua-dua belah tangan diregangkan. Huh ! Penat teramat. Mata tak boleh tutup lagi,baik qiam je ek? Kerusi di tolak ke belakang. Kaki melangkah ke arah tandas. Adoiiiiii !!!!!!.Kaki dah terpijak ape entah. Hanna mengangkat tapak kakinya. Merah ibu jari kaki nya. Mata berlari mencari ape yang dipijaknya. La,patut le ubat stepler rupanya. Terjatuh le tu masa tengah khusyuk buat kerja tadi.Salah sendiri,padan mukamu Hanna. Selesai mengambil wudhu’,sejadah di bentang.Telekung dipakai.

    Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tuhan kami akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika menjelang dua pertiga malam sambil menyeru; “Siapa yang memohon kepadaKu,maka akan Aku perkenankan.Siapa yang meminta kepadaKu,makan akan Aku berikannya. Siapa yang memohon keampunan,maka Aku akan mengampuninya.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Teringat kata-kata Ustaz Idrus hari tu;Kalau awak set jam pukul 5 pagi,tapi tersedar pukul 3 pagi,bangunlah.Kerana mungkin Allah mengejutkan kita agar kita bangun,meminta,berdoa, kepadaNya. Mana tahu masa tu adalah masa yang mustajab. Kalau dulu dia malas,tidur balik. Tapi lepas dah dengar benda tu,dia cuba bangun sedaya upaya.Buku karya Muhammad Aiman Al-Fathi itu ditutup. Di tatapnya lama. Penawar bagi jiwa yang resah & menikmati hidup penuh ketenangan. Tajuk buku tu. Hadiah Angah padanya masa baru tahu dia menghidapi kanser hati tu.




to be continued. . .

4 comments:

  1. Hey!!!read done. Done read.
    ? Nice story .reality story.:-D

    ReplyDelete
  2. Done ! and, nice story. hmm, Amanina Hanna. next..,

    ReplyDelete
  3. ehem..ehem..niena dah majuuu...

    ReplyDelete