Mereka sama-sama berjalan lepas habis amali dekat sekolah agama tu. Mama ambil lambat,so dia decide balik sendiri. Yang mamat sebelah ni nak teman sampai depan rumah.Bajet nak hantar lah kononnya tu. Dia membetulkan beg sandang di bahu kanan.
“Kalau
Amie tahu kau jalan dengan aku,agak-agak meletus tak perang dunia ke-3?” Aniff
di sebelah bertanya. Songkok dah dilambung ke atas beberapa kali.
“Hiperbola
gila ayat! Motif la kan nak perang bagai.”
“Tapi
aku happy hari ni.” Dia sengih.
“Dah
kenapa?” kening terangkat bertanya.
“Aku
dapat jalan dengan bidadari hari ni,” Songkok dah dipakai ke kepala semula.
“Lawak
la tu,” Hanna dah menjulingkan mata.
And
the rest was memory. Yang indah.
.
. . . . .
Tu
kisah lama. Lama sangat. Dah 13 tahun berlalu. Tapi kenapa lepas tu
dipertemukan balik? Mereka bukan ada apa-apa pun. Cinta monyet pun tak pernah.
Tapi bila semalam. . .
Hanna melangkah keluar dari lif. First
day dia buat rawatan kat Malaysia lepas seminggu balik dari Australia hari itu.
Mama kata untuk kebaikan dia juga. Dan dia akur.
“Siapa
nama doktor tu ma?”
“
Dr.Aniff, ke apa nama dia. Mama tak ingat. Kenapa?”
“Saja
tanya,” Hanna kembali memandang screen handphone di tangan. Seorang doktor
melangkah menuju ke arah dia dan mama. Ni la kot Dr.Aniff-nya. Sengih hanya
diberi ke arah doktor tu. Tapi macam kenal je doktor ni bukan. . .
“Cik
Amanina Hanna kan?”
Hanna
hanya mengangguk. Kenal ke?
“Aniff
Farhan. 6 Gemilang. SKPR. Remember?” Spec dibetulkan tempat letaknya.
Hanna
dah ternganga. Long time no see. Crush kot. Mama di sebelah hanya mematung.
“Can’t
forget you. It’s not so easy okey.” Dia sengih.
“Kita
bincang dekat dalam,” dia sengih pada mama. Mama hanya mengangguk.
“Okey
la tu. Mama kena balik. Risau Aiman dekat rumah sorang-sorang tu,”
Hanna
bersalam dengan mama. Aniff menyusul kemudian.
“I’m
free now. Pergi cafe la.” Aniff dah sengih. Mereka melangkah sama.
Di
café . . .
Lamanya
lah aku tak jumpa dia. And he still him. Aniff yang dulu.Yang pernah luahkan
perasaan pada aku dulu.
“So,kau
macam mana sekarang,” Aniff yang memulakan perbualan dulu.
“Pensyarah
kemanusiaan. UPNM. Memang tak expect pun kau yang in-charge kes aku.” Hanna
sengih.
“Kalau
dah takdir takkan ke mana. Kau still dengan Amie lagi?”
“Dah
lebih 12 tahun tak jumpa,soalan tu yang kau tanya.Ape lah!,”
“Heh.Benda
tu yang bermain kat otak aku selama 12 tahun tu.And now,dah jumpa pun.Tanya je
la,”
Gulp!
Means? 12 tahun dia still ingat aku? Hanna hanya meneguk milo ais di
hadapannya.
“Since
aku dengan dia dapat tawaran sekolah lain-lain masa tu,kita orang dah tak
contact langsung. Langsung. Aku deact facebook. Lagi lah tak tahu apa yang
berlaku.Dan sampai sekarang tak dengar apa dah,” Hanna menjongket bahu.
“And
you want to know about him?”
“Tak.”
Jawapan
sepatah tu membuatkan dia pelik. Dulu dekat sekolah dia orang lah famous
dikaitkan.Sampai cikgu-cikgu pun tahu cerita dia orang. Tapi sekarang?
“Kau,apa
cerita?”
“Alhamdulillah,SDAR
dah dapat didik aku sampai jadi macam ni.” Dia senyum.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Kamu
ni dah kenapa Aniff? Dari balik hospital hari tu ibu tengok kamu sengih
semacam. Ada bidadari jumpe kamu ke kat hospital tadi?” Puan Maria menyendukkan
nasi ke pinggan suaminya.
“Adik
jumpa queen of the heart bu,” Ariff dah mencelah. Tak pernah ditengok adiknya
yang sorang tu tersengih. Sampai tidur pun tersenyum senyum. Seram aku. Aniff
hanya menjulingkan mata.
Hanna
duduk menyelongkar barang dalam almari.Mana benda tu? Tiba-tiba pintu terkuak.
“Yes,along?
Nak apa?” Tak payah menoleh dia dah tahu tu along. Along je yang suka kacau dia
malam-malam ni.
“Saja.
Datang jenguk. Kot tak boleh tidur ke? Ye laa,jumpe kekasih lama.” Amer dah
sengih.
Ni
mesti mama yang buka cerita ni. Mana ada kekasih lama. Crush lama tu. Heh. Mana
pula gambar tu. Tangan laju menyelongkar laci kecil yang penuh dengan
surat-surat lama.
“Can
you share with me the story about both of you. Cari gambar ni eh?”
“Huaaa!!
Mana dapat. Curi eh?Apa lah dia ni.Kasi privacy la sikit,” Laju gambar itu
disambar dari tangan alongnya.
“Woo.
Woo. Agak agak sikit eh. Tu terselit kat buku. Cakap orang curi pulak,” bibir
dah memuncungkan buku yang dah bercampur dengan surat-surat yang menimbun tu.
Hanna memandang gambar di tangan. Dia dan Aniff tengah duduk bersila dengan
baju pengawas.Dengan vase sama sama di riba. Ni masa ada program kat mana
entah. Mereka ceria dalam gambar tu.
“So,tell
me. Who is he to you?”
“Kawan
lama,”
“Kawan
lama sampai 12 tahun tak lupa. Kawan lama sampai menangis masa tahu dia dah
berpunya dulu. Kawan lama sampai tengok gambar pun sengih masa tidur. Come on
Hanna! Hanna pernah cerita kat along lah pasal dia.”
“Dia.
. kawan. Kawan baik. Sangat.”
“Cerita
je la dekat along semua benda kan senang.Anggap along kawan sama baya.Kan
senang,”
“Wookeyy.
Kita orang rapat masa darjah 6.Sebab kelas sama. Duty pun sama. So,rapat sebab
selalu pergi duty dengan dia. You know what? Satu benda yang buat orang ingat
dia sampai sekarang,”
“Apa?
Dia pernah buat istana untuk Hanna?”
“Bukan
la,gemok ! Dia berhenti merokok. Sebab. Orang.”
“Wooo
! Mana tahu dia merokok?”
“Orang
TERselongkar beg duit dia. Jumpa lighter.”
“Next?Comel
pula cerita korang ni,”
“Huh!
Dia pernah cerita. Dia suka orang since darjah 5,tapi dia tak berani bagitahu.
Sebab orang tengah digosipkan dengan someone else.So,dia tunggu orang
setahun.Dia try rapat-rapat gitu je. Dia cakap takkan dia nak rampas awek
member dia sendiri,”
“Alala.
Sweet la tu?” Amer hanya menjadi pendengar setia adiknya tu.
“And
dah. Macam tu je le. Tak ada apa yang berlaku. Orang ada hati kat dia,kejap je.
Tak sampai setahun pun,”
“Tapi
bagus lah orang yang rawat Hanna,orang yang Hanna kenal. Along boleh je ambil
kes Hanna,tapi mama nak buat rawatan kat Melaka juga.”Amer dah baring atas
katil adiknya tu.Hanna hanya sengih. Lebih senang kalau along je yang ambil kes
dia.Tapi along kl,mama nak buat yang kat sini punya jugak so,akur je la.Amer
keluar dari bilik Hanna. Bagi privacy katanya. Hanna masih memandang gambar di
tangannya tu.Dia senyum sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tangan
laju mengemas barang yang bersepah atas meja. Gambar dalam frame tu dah
bertukar gambar lain. Gambar yang dia jumpa masa along ambush bilik hari tu.
Hanna memang macam tu. Gambar dalam frame tu akan bertukar ikut mood dia. Macam
status facebook. Memandangkan dia tak ada pun muka buku tu,so gambar je lah
yang bertukar ikut rasa,perasaan dan hatinya. Ada orang kisah ke? Tak kan? Jam
di tangan dilihatnya sekilas. Dah pukul 3 pagi dah? Hamboi! Lamanya aku menatap
assignment budak-budak ni.Dua-dua belah tangan diregangkan. Huh ! Penat teramat.
Mata tak boleh tutup lagi,baik qiam je ek? Kerusi di tolak ke belakang. Kaki
melangkah ke arah tandas. Adoiiiiii !!!!!!.Kaki dah terpijak ape entah. Hanna
mengangkat tapak kakinya. Merah ibu jari kaki nya. Mata berlari mencari ape
yang dipijaknya. La,patut le ubat stepler rupanya. Terjatuh le tu masa tengah
khusyuk buat kerja tadi.Salah sendiri,padan mukamu Hanna. Selesai mengambil
wudhu’,sejadah di bentang.Telekung dipakai.
Rasulullah
bersabda yang bermaksud: “Tuhan kami akan turun ke langit dunia setiap malam
iaitu ketika menjelang dua pertiga malam sambil menyeru; “Siapa yang memohon
kepadaKu,maka akan Aku perkenankan.Siapa yang meminta kepadaKu,makan akan Aku
berikannya. Siapa yang memohon keampunan,maka Aku akan mengampuninya.”(Riwayat Bukhari
dan Muslim)
Teringat
kata-kata Ustaz Idrus hari tu;Kalau awak set jam pukul 5 pagi,tapi tersedar
pukul 3 pagi,bangunlah.Kerana mungkin Allah mengejutkan kita agar kita
bangun,meminta,berdoa, kepadaNya. Mana tahu masa tu adalah masa yang mustajab.
Kalau dulu dia malas,tidur balik. Tapi lepas dah dengar benda tu,dia cuba
bangun sedaya upaya.Buku karya Muhammad Aiman Al-Fathi itu ditutup. Di tatapnya
lama. Penawar bagi jiwa yang resah & menikmati hidup penuh ketenangan.
Tajuk buku tu. Hadiah Angah padanya masa baru tahu dia menghidapi kanser hati
tu.
to be continued. . .
Hey!!!read done. Done read.
ReplyDelete? Nice story .reality story.:-D
Done ! and, nice story. hmm, Amanina Hanna. next..,
ReplyDeleteehem..ehem..niena dah majuuu...
ReplyDeleteBestnya nina :))))))
ReplyDelete