Wednesday 24 December 2014

# 39

“Adah!,” Tangannya mengetuk pintu bilik air.

“Apa?” Syahadah menjawab dengan berus gigi di mulut.

“Aku dekat luar kejap tau,” Hanna dah menghilang keluar tanpa menunggu Syahadah membalas ayatnya.

Tangan laju mengedail nombor telefon di bimbit. Mata menebar memandang pemandangan dihadapannya. Dia duduk di atas kerusi yang terletak berhampiran dengan biliknya sementara menunggu talian bersambung.

“Assalamualaikum,” Hanna memberi salam serentak apabila talian bersambung.

“Wa’alaikumusalam,hai. Lambat call harini. Tengah buat apa?”

“Ehe. Maaflah. Tengah tunggu roommate bersiap. Am dekat mana?”

“Dalam kereta,”

“HOH.Sorry. Pergilah bawa kereta. Kan orang dah cakap jangan angkat telefon kalau tengah drive,”

“Am bukan drive pun. Saja duduk dalam kereta. Bosan lah duduk dalam office tu,”

“Oh,manusia macam ni pun wujud eh dalam dunia ni,” Hanna gelak.

“Orang tengah stuck lah dekat tengah jalan raya ni. Banyak cakap pula,”

“Ceit. Makan macam mana? Okey?” Hanna memandang pintu bilik. Memastikan Syahadah dah keluar ke belum.

“Okey je la. Risau nau. Orang masak sendiri. Hanna tak sihat ke?” Irham menurunkan volume radio.

“Uhuu. Masak. Maggi?”

“Am tanya ni,tak sihat ke?”

“Sihat la doctor. Kenapa?”

“Suara tu. Serak. Sengau sekali. Selesema?”

“Orang karaoke dekat sini. Lagu Amy Search. Am,kiteorang dah kena gerak ni,”

“Memain la dia ni. Jaga diri. Jaga kesihatan. Mata jaga,”

“Baik. Awak tu pun. Baik-baik drive. Makan jangan lupa.”

“Yolah. Love you,”

“Okey. Back to you,” Hanna gelak. Memang tak lah nak balas balik sedangkan Syahadah dah sampai dengan Azim dekat sini.

“IRHAM!” Azim menjerit ke arah telefon di tangan Hanna.

“Ye,ye” Irham dah sengih. Apa lagi kawan Hanna nak ni.

“Sebabkan kau,Hanna culik partner tidur aku tahu tak,” Azim sengih.

“HAHAH. Sori lah bro. Balik nanti aku belanja kopi ah,”Irham di hujung talian membalas.

Dan di tepi ruang menunggu lif yang tak jauh dari tempat Hanna berborak tadi,Amie dah lama terjegat di situ. Hanna bahagia dengan lelaki tu. Alhamdulillah.











to be continued ......

# 38

Mereka berjalan beriringan ke hotel yang dah ditetapkan. Aktiviti malam tadi baru sahaja selesai. Badan pun dah semacam penatnya. Hanna menapak bersama Syahadah;kawan sekolahnya dan seuniversiti dengannya. Mereka berdiri apabila dah tiba di hadapan bilik.

“Azim,sorry lah. Aku terpaksa bawa lari Adah lagi sekali. Malam ni je. Eh?” Hanna sengih. Disebabkan dia sorang je tak bawa suami datang sekali,dia kena tidur seorang semalam. Bosan tak payah cakap lah. Malam ni dia minta Syahadah teman dia.

“Tak apa. Aku ada bilik lain nak tidur. Kalau aku tak ada tempat nak tidur lain la” Azim sengih.

“Abang,ubat gastrik saya ada letak dalam poket tepi beg baju tu.Makan,” Syahadah yang dari tadi senyap bersuara. Azim angguk. Hanna sengih.

“Dah dah lah tu. Bilik isteri kau sebelah je kot. Satu malam je Hanna pinjam. Bukan bawa lari pun,” Amie yang berkongsi bilik dengan Azim mencelah dari belakang. Dia menepuk-nepuk bahu Azim. Ditarik mamat tu ke bilik sebelah. Disebabkan dia baru tunang,dia pun kongsi la bilik dengan Azim.

“Abang pergi dulu la macam tu,” Azim mengenyit mata ke arah Syahadah. Hanna gelak. Mengada budak dua orang ni.

“Okey Hanna. Abang pergi juga la macam tu,” Amie kenyit mata.

“Aku tumbuk kau kang. Sia sia je,” Hanna menunjukkan buku lima ke arah Amie yg dah pergi ke bilik mereka.

“Adah,kejap lagi kita story story eh.Aku nak pergi tandas kejap!”  Laju towel di tepi katil dicapai.Syahadah sengih. Dah jadi isteri orang pun tak berubah perangai. Sama dari dulu. Syahadah hanya duduk meletakkan camera yang dari tadi dia pegang. Tangan dibawa ke belakang leher. Penatnya lahai.

“Adah,kau bawa benda yang aku suruh bawa tu,”? Dia keluar sambil tangan mengelap mulut yang basah.

“Pucatnya muka kau,”

“Aku penat ah. Makan tak tentu pasal tadi,” Hanna sengih. Dia merebahkan badan di sebelah Syahadah yang dah turut rebah.

“Ada. Ni ha,” Kepingan gambar dihulur kepada Hanna.


“HUhu,” Hanna sengih.






to be continued.......

Wednesday 17 December 2014

# 37

“Hanna,nak tanya sikit,” Irham duduk di sebelah Hanna yang tengah khusyuk mendengar lagu di earphonenya. Tu je la kerjanya setiap malam lepas Isyak.

“Hm,tanya la. Esok orang dah pergi PD,” Hanna sengih.

“Macam la jauh sangat PD awak tu,” Irham melunjurkan kaki. Hanna menghulur earphone ke arahnya. Spontan earphone disumbat ke telinga. Benda biasa yang mereka sentiasa lakukan.

“Dulu…Hanna pernah…. couple?” Lambat dia bertanya.

“Sekali. Masa form 1. Ahahhahh,” Hanna gelak apabila terfikir saat tingkatan satunya.

“Apesal gelak?”

“Kelakar la. Baru form 1 bajet nak couple segala bagai. Tapi tak lama. Dalam 2 minggu setengah. Then,clash,” Hanna memandang televisyen yang gelap tu. Tak ada cerita yang best harini.

“Kenapa?”

“Baru tahu couple tu haram,” Jujur dia mengucapkannya. Tahu couple tu haram pun dari senior sekolah time tu. Tak rase apa pun masa couple tu.

“Lepas tu dah tak ada couple langsung? Takkan waktu uni tak ada orang nak kot?”

“Am ingat isteri Am ni macam Heliza Helmi,baik cantik. Semua orang nak?” Hanna menjulingkan mata.

“Ala,setiap perempuan ada kecantikan dia orang masing masing. Tunggu orang yang betul je untuk nampak cantik tu. Crush?”

“Dah macam wartawan la pula Am ni. Tapi tak apalah,layankan je la. Karang ngajuk payah. Crush? Tipu tak ada,” Hanna cuba mengingat semula nama setiap insan yang pernah masuk carta crush dalam hatinya. “Budak group masa asasi kot. Tu pun paling lama la. Lama tak lama pun dalam 6 bulan,” Tangannya mengira.

“Lepas tu apa jadi?”

“Dia dapat further pergi mana entah. Lepas tu ada pergi usrah. Senior ada nasihat. Tak payah nak minat minat anak teruna orang. Takut jadi zina hati. Kalau minat, doa je la. Tak perlu tunjuk. Tak perlu bagitahu dunia yang kita minat dia. Lagipun Hanna minat dia bukan sebab nak buat suami pun. Jauh sekali nak buat boyfriend,” Lagu di telinga dah bertukar.

“Habis tu?”

“It was all about hati,tiba-tiba minat. Hati Hanna ni senang minat orang,dulu. Dan benda tu bukan senang nak jaga. Sampai nangis-nangis kot bila dalam hati ada insan selain Allah. Orang minat dia hanya sebagai inspirasi kot. Tapi bila muhasabah balik,inspirasi pun tak perlulah cari lain gender,” Hanna sengih sendiri.

“OOhh. Betul juga eh. Agaknya semua perempuan minat seseorang sebab apa ye?” Irham membetulkan posisi duduknya.

“Entah. Dulukan,Hanna selalu sedapkan hati sendiri. Maksudnya macam, niat Hanna minat orang sebab Hanna nak berubah. Bukan apa pun. Macam macam ah alasan Hanna bagi untuk sedapkan hati sendiri. Tapi satu hari tu,roommate tegur. Pasal minat minat orang ni. Dia kata jangan sampai kita berubah kerana dia bukan Dia,” Hanna teringat saat tu.

“Senang senang macam tu je Hanna buang rasa tu?” Irham semakin semangat mendengar cerita Hanna.

“Susah la. Siapa kata nak berubah tu senang. Benda dah sebati. Masa awal-awal nak buang dia dari hati,ada la menangis 3 malam. Ahaha,” Dia gelak. Pahit.

“Huish. Parahnya.”

“Yes. Sebab masalah hati ni susah nak ubati kalau tuan punya hati tak reti nak move on sendiri. Lagi masalah, bila dapat tahu dari housemate mamat tu yang dia minat Hanna juga. Huish. Masa tu bertambah-tambah kesusahan nak buang dia. Tapi sebab nak buang dia tu kerana Allah. Semuanya dipermudahkan,”

“Susahnya,”

“Perempuan,ujian paling payah adalah hati. Tak ke?” Hanna menoleh ke sebelah.

“Lelaki. Sama je,”


Tangannya perlahan mengosok kepala Hanna. Hanna sengih. Tapi tu semua dulu. Sekarang,Allah dah hadiahkan lelaki paling baik pernah dia jumpa. Hasil dari payahnya dia jaga hati dulu. Perlahan kepala dilentokkan di atas bahu Irham. Perlahan diangkat kembali. Segan!











to be continued . . . .



Tuesday 16 December 2014

# 36

“Tu lengan baju tu,turunkan sikit,” Irham memuncungkan mulutnya ke arah lengan Hanna. Hanna sengih.

“Nak tanya sikit ni,” Hanna meregangkan urat yang dah terasa berselirat.

“Hmm,” Irham melabuhkan punggung ke atas rumput tu. Kain di bahu dibawa ke dahi. Panas mak oi. Botol air mineral dibaling ke arah Hanna selepas dia minum. Hanna mencapai dengan sebelah tangan. Dia bersila di hadapan Irham. Mereka di tengah tengah padang permainan tu. Tak ada budak pula main bola harini. Guna padang dekat depan kot.

“Kenapa tak ada langsung gambar Hanna tak pakai tudung dalam album tu eh?” Hanna meneguk air sementara menunggu insan di hadapnnya menjawab pertanyaannya. Sedangkan dia tahu jawapannya apa.

“Nak Am tanggung dosa simpan gambar anak dara orang tak tutup aurat ke?”

“Ahaa. Alhamdulillah. Faham pun.Ingatkan tak tahu,” Hanna sengih.

“Apesal?”

“Ada je budak sekarang simpan gambar anak dara orang tak tutup aurat,”

Irham mengangkat kening. Memang pun.

“Am,Am pandai masak kan?”

“Peh,apesal topik petang petang ni macam pelik semacam ek?” Irham menggaru kening pelik.

Hanna senyum. Gelak tiba tiba pecah dari mulutnya.

“Tak ada la. Orang ada reunion dekat PD next week,” Hanna membetulkan tudung.

“Peh,tak ajak. Kene tinggal la ni? Berapa lama?”

“Alahai,Am kan ada kursus minggu depan sampai weekend. Sebab tu la orang tak ajak. 3 hari je. Jumaat sampai Ahad. Sebab tu la orang tanya pandai masak ke tak?”

“Hm,tahu la. Kalau kebulur sangat kedai mamak banyak. Mak cik Ida sebelah rumah pun ada,minta tolong dia hanta makanan sudah. Reunion sekolah ke uni?” Irham menyelak rambut yang dah mengacau mata dek angin yang bertiup.

“Peh,teruk nya. Maggi Hanna dah beli. Makan je la. Reunion sekolah. Tiga hari je. Boleh eh?” Hanna memandang Irham.

“Pergi la. Tapi jaga diri baik baik la dekat sana.”

“Baik,Sarjan,” Hanna menegakkan badan sambil tangan dibuat acah salute. Sengih berbunga.

“Am tak rindu ke nanti?” Mood mengacaunya dah datang. Ahaa.

“Buat apa nak rindu. Dekat office ada je orang nak cuci mata,”Irham mengangkat kening sebelah. Sengih sumbing terhias di bibirnya. Nak kacau aku konon.

“Oho. Sama lah. Hanna pun nak jumpa beberapa ex masa reunion nanti,” Thumbs up. Keningnya pula diangkat.

“Sesungguhnya Am tak kisah,” Irham bangun.

“Sesungguhnya Hanna double triple tak kisah,” Hanna turut bangun. Kepala ditelengkan mengadap Irham.

“Eleh. Balik lah. Ada Am masak gulai Hanna karang,” Perlahan jarinya menyentuh hidung mancung Hanna. Irham dah lari ke hujung sana.

“Cemburu cakap,pak cik!” Hanna turut sama berlari.Sengih di bibir masih tak lekang. 

Dan mata yang dari tadi memerhati keletah suami isteri itu tersengih. Hanna bahagia sekarang. Ayat itu berlegar di mindanya. Tapi kita tengok sampai bila bahagia itu. Ayat itu bersambung. Sengih kejam mula menyinar di bibirnya.








to be continued . . .


# 35

        Irham masih melayannya seperti biasa. Namun bagi Hanna lelaki itu masih terkesan dengan apa yang berlaku. Hanna masih melipat baju sambil melayan fikirannya. Irham merebahkan badan di sofa belakang Hanna. Bantal kecil di sofa itu ditarik menutup muka sambil terus baring. Hanna menghabiskan lipat baju terakhir. Dia berpaling ke belakang.

“Solat Asar dah ?”

“Dah,” Suara di bawah bantal itu membalas.

“Ni dah kenapa ni?” Hanna menarik hujung bantal yang menutup dahi Irham.

Tiada suara yang membalas.

“Demam ke?” Hanna meletakkan tangannya di atas dahi Irham.

“Tak la sayang oi,”

“Habis tu ni kenapa ni?” Hanna mencapai baju yang dah siap berlipat.

“Jogging jom. Hanna pun gaya macam dah gemuk semacam je,”

“Hek eleh mamat ni. Dia yang nak jogging,orang pula yang gemuk. Cepatlah,” Hanna menepuk bantal yang menekup muka Irham.

“Sakit la mak cik!” Pantas tangan Irham menarik rambut Hanna.

“Oh dah pandai sentuh rambut orang eh sekarang?”










to be continued. .  .



Wednesday 3 December 2014

# 34




Hanna hanya melelapkan mata walau matanya masih basah dengan air mata. Dia pun tak tahu kenapa dia terlampau sedih malam tu. Dia bangun menuju ke dapur. Mata menangkap pandangan di hadapannya. Irham sedang duduk memegang cawan di meja makan tu seorang diri. Dengan 3 keping gambar di sebelahnya. Berselerak di atas meja tu. Kaki yang baru hendak melangkah ke arah lelaki itu terhenti apabila terdengar esakan kecil Irham. Air mata Hanna jatuh tiba-tiba.

Hanna hanya memandang gerak geri Irham. Sekejap diambil gambar-gambar. Sekejap dibaling di atas meja tu. Sekejap dilap air mata. Sekejap air mata itu keluar semula. Irham menekup muka di atas meja makan tu. Hanna melangkah perlahan. Kerusi di hadapan lelaki itu ditarik perlahan. Dia duduk menatap Irham yang masih kaku di situ. Saya tak buat. Itu yang terkeluar dalam mindanya. Kuatnya kau tahan 2 minggu lepas. Kuatnya kau Irham. Asal kau baik sangat? Asal kau tak pernah nak marah aku? Asal kau tak herdik aku masa kau tahu benda ni? Hanna mengambil gambar itu. Diletak ke tepi. Walau aku tak buat semua benda ni,tapi aku tak tahu kenapa aku menangis bila tengok betapa  kuatnya kau hadapi benda ni sorang.


Lama dia merenung Irham. Sampai ke pagi. Macam macam di fikirannya. Siapa punya angkara? Macam mana dia nak buktikan dekat Irham yang dia tak buat? Macam mana dia nak hilangkan air mata yang masih berbekas tu? Sekali orang dah tak percaya kita,mungkin sampai bila-bila susah untuk dia percaya balik.











to be continued . . . 









# 33

Mungkin dah tiba masanya untuk tanya Hanna sendiri. Selesai solat isyak Jemaah malam tu,Irham cuba leraikan semua benda.

“Hanna. Am nak cakap sikit,”

“Hem,” Tangan laju melipat kain telekung. Irham ditatapnya lama.

“Nah,” 3 keping gambar dihulur ke arah Hanna. Tangan yang melipat telekung terhenti seketika. Hanna mencapai gambar. Perlahan gambar pertama ditatapnya lama. Gambar orang berpegangan tangan menerjah ke matanya. Berlatar belakang bangunan university lamanya. Beg sandang dia. Tudung dia. Tapi siapa lelaki sebelah tu. 

Gambar seterusnya ditatap lama. Gambar seorang lelaki berdiri memegang sejambak bunga dan gadis berbaju kurung yang sama dengan baju kurung yang dia ada berdiri dihadapan lelaki itu. 

Gambar terakhir. Gambar pasangan yang sama di hadapan sebuah pintu bilik. Tu apartment dekat Australia dulu. Dan berpegang tangan. Yang paling membuatkan dia tercengang. Lelaki tu mencium pipi gadis di sebelahnya. Dan yang lebih mengejutkan.Kasut itu merupakan kasutnya. Sneakers hitam merah tu. Tapi dia tak ingat langsung yang dia  pernah ambil gambar tu semua. Apatah lagi dengan lelaki,berpegangan tangan.

“Am nak tanya apa?” Dia cuba tenang.

“Tu, Hanna?”

“Bukan,”

“Pernah pergi tempat tempat tu?”

“Pernah,” Gambar tu digenggamnya erat. Mesti ada yang cuba rosakkan hubungan mereka.

“Kenal lelaki tu?”

“Tak.”

Irham melepas nafas panjang. Marahnya dah membuak.

“Bila Am dapat gambar ni?”

“2 minggu lepas,”

“Kenapa tak terus tanya Hanna?” Air mata Hanna tiba-tiba bergenang. Jatuh ke pipinya.

“Kenapa Hanna nangis? Hanna tak buat kan benda tu semua?”

“I can’t imagine how strong you are. Hanna nangis bukan sebab Hanna takut. Hanna tak buat semua tu,”

“So,why are you crying then?”

“Macam mane Am boleh sabar 2 minggu tahan benda ni tanpa marah or herdik Hanna?”

“Sebab Am tahu Hanna tak buat,”






















to be continued . . .  



# 32

        Songkok ditatapnya lama. Allah dah tunjuk semua benda. Hampir genap dua minggu dia berdoa agar Allah tunjuk perkara sebenar. Dia luahkan semua benda pada Allah. Mungkin dulu dia pernah cakap setiap kali ada masalah,Hanna je yang mampu tenangkan. Yang boleh dengar semua cerita. Tapi dia silap. Ada yang lebih berhal dengar semua hal. Ada yang lebih berkuasa tenangkan hatinya. Allah. Dah umur 20 lebih baru dia rasa benda macam ni. Betul lah orang cakap,setiap ujian ada hikmah.

         Hampir dua minggu tu juga,setiap kali dia membuka mata  daripada tidur hanya satu benda yang dilihat. Sama ada Hanna tengah solat atau baca Al-Mathurat atau baca Al-quran. Betapa dia kuatkan hati. Rasa macam bergenang air mata bila Allah dah tunjuk semua benda. Even semua nampak perkahwinan mereka bahagia riang ria tanpa duka. Tapi mereka tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

         Dia teringat. Seminggu sebelum perkara ni terjadi. Hanna ada duduk sebelah dia. Saja berborak petang tu.

“Sejak bila buat buku macam tu?”

“Since rasa suka tu datang,”

“Aha!Macam mne boleh tergerak hati nak buat?”

“Entah. Sebab tak tahu nak simpan gambar tu dekat man kot,”

“Memang berazam nak Hanna tengok lah?”

“Hem. Abis tu nak bagi siapa?”

“Kalau kita tak kahwin pun,Am akan still bagi buku tu?”

“Tak kot,”

“Abis tu macam mana boleh confident semacam yang kita akan kahwin?”

“Percaya dengan janji Allah,”

“Am tak takut kalau Hanna suka orang lain dan kahwin dengan orang lain?”

“Percaya dengan janji Allah,”

Huuuh. Irham melepas nafas panjang. Percaya dengan janji Allah. 

Terseksa sangat ke Hanna? Sampai Hanna sanggup buat macam ni.










to be continued . . . 


Monday 1 December 2014

# 31

Banyak kali dia cuba menahan hati. Menahan marah. Siapa je tak marah kalau benda ni jadi pada diri sendiri. Payah nak bawa benda macam ni. Selama ni kalau dia ada masalah pun dia mengadu pada Hanna. Tapi sekarang tak boleh. Dia pegang kata-kata tu. Dia ingat kata-kata tu.Waktu tu,

“Am,Am dah siapkan semua barang?”Lelaki itu duduk di sebelah Irham di laman rumah mereka lepas balik dari jogging petang tu.

“Alhamduillah dah,”

“Am,ayah nak cakap sikit. Kamu pun dah nak jadi ketua keluarga tak lama lagi. Am,jujur ayah cakap. Bukan mudah nak jadi ketua yang benar. Kita manusia,Am. Kita ada rasa memberontak. Kita ada rasa cemburu. Kita ada rasa sedih. Ayah nak Am faham.” Mereka memandang jauh ruang di hadapan mereka itu. Irham hanya mendengar.

“Akan tiba satu saat masjid yang kamu bina akan goyah. Bila tu? Kita takkan tahu Am. Mungkin awal perkahwinan kamu,mungkin pada pertengahan dan mungkin waktu akhir. Ayah dah rasa semua Am. Ada yang salah ayah. Ada yang salah ibu. Ada salah dua dua. Am,andai kata satu hari nanti kamu ada masalah. Dan masalah tu ada kaitan dengan Hanna,satu ayah nak pesan. Jangan terus marah Hanna. Jangan terus herdik dia. Jangan sesekali naikkan tangan. Jangan guna tangan,”

“Maksud ayah?”

“Kamu kena selidik. Kamu kena sabar. Isteri ni bukan hak kita selamanya,Am. Allah bagi pinjam je. Apa hak kita nak cemburu tak tentu pasal.Apa hak kita nak pukul tak tentu pasal.Am kena tanya baik-baik. Ayah tahu kamu bukan jenis baran tak tentu pasal. Am,jaga diri. Jaga Hanna sama macam kamu jaga diri kamu sendiri. Hanna tu manusia,bukan barang yang boleh bawa pergi mana-mana,”

Suara tu masih terngiang-ngiang di telinganya.


“Susahnya Ya Allah,” Irham meraup muka. Pandangan ditebar ke kepala yang dari tadi lena di atas bahunya. Bukan senang dia sembunyikan rasa bila dapat tahu pasal benda ni awal-awal. Hanna pun macam tak tahu apa-apa.

“Hanna. Hanna,”

“Hem,”

“Bangun la tidur atas. Esok kerjakan?”












to be continued . . .