Wednesday 24 December 2014

# 38

Mereka berjalan beriringan ke hotel yang dah ditetapkan. Aktiviti malam tadi baru sahaja selesai. Badan pun dah semacam penatnya. Hanna menapak bersama Syahadah;kawan sekolahnya dan seuniversiti dengannya. Mereka berdiri apabila dah tiba di hadapan bilik.

“Azim,sorry lah. Aku terpaksa bawa lari Adah lagi sekali. Malam ni je. Eh?” Hanna sengih. Disebabkan dia sorang je tak bawa suami datang sekali,dia kena tidur seorang semalam. Bosan tak payah cakap lah. Malam ni dia minta Syahadah teman dia.

“Tak apa. Aku ada bilik lain nak tidur. Kalau aku tak ada tempat nak tidur lain la” Azim sengih.

“Abang,ubat gastrik saya ada letak dalam poket tepi beg baju tu.Makan,” Syahadah yang dari tadi senyap bersuara. Azim angguk. Hanna sengih.

“Dah dah lah tu. Bilik isteri kau sebelah je kot. Satu malam je Hanna pinjam. Bukan bawa lari pun,” Amie yang berkongsi bilik dengan Azim mencelah dari belakang. Dia menepuk-nepuk bahu Azim. Ditarik mamat tu ke bilik sebelah. Disebabkan dia baru tunang,dia pun kongsi la bilik dengan Azim.

“Abang pergi dulu la macam tu,” Azim mengenyit mata ke arah Syahadah. Hanna gelak. Mengada budak dua orang ni.

“Okey Hanna. Abang pergi juga la macam tu,” Amie kenyit mata.

“Aku tumbuk kau kang. Sia sia je,” Hanna menunjukkan buku lima ke arah Amie yg dah pergi ke bilik mereka.

“Adah,kejap lagi kita story story eh.Aku nak pergi tandas kejap!”  Laju towel di tepi katil dicapai.Syahadah sengih. Dah jadi isteri orang pun tak berubah perangai. Sama dari dulu. Syahadah hanya duduk meletakkan camera yang dari tadi dia pegang. Tangan dibawa ke belakang leher. Penatnya lahai.

“Adah,kau bawa benda yang aku suruh bawa tu,”? Dia keluar sambil tangan mengelap mulut yang basah.

“Pucatnya muka kau,”

“Aku penat ah. Makan tak tentu pasal tadi,” Hanna sengih. Dia merebahkan badan di sebelah Syahadah yang dah turut rebah.

“Ada. Ni ha,” Kepingan gambar dihulur kepada Hanna.


“HUhu,” Hanna sengih.






to be continued.......

No comments:

Post a Comment