Wednesday 17 December 2014

# 37

“Hanna,nak tanya sikit,” Irham duduk di sebelah Hanna yang tengah khusyuk mendengar lagu di earphonenya. Tu je la kerjanya setiap malam lepas Isyak.

“Hm,tanya la. Esok orang dah pergi PD,” Hanna sengih.

“Macam la jauh sangat PD awak tu,” Irham melunjurkan kaki. Hanna menghulur earphone ke arahnya. Spontan earphone disumbat ke telinga. Benda biasa yang mereka sentiasa lakukan.

“Dulu…Hanna pernah…. couple?” Lambat dia bertanya.

“Sekali. Masa form 1. Ahahhahh,” Hanna gelak apabila terfikir saat tingkatan satunya.

“Apesal gelak?”

“Kelakar la. Baru form 1 bajet nak couple segala bagai. Tapi tak lama. Dalam 2 minggu setengah. Then,clash,” Hanna memandang televisyen yang gelap tu. Tak ada cerita yang best harini.

“Kenapa?”

“Baru tahu couple tu haram,” Jujur dia mengucapkannya. Tahu couple tu haram pun dari senior sekolah time tu. Tak rase apa pun masa couple tu.

“Lepas tu dah tak ada couple langsung? Takkan waktu uni tak ada orang nak kot?”

“Am ingat isteri Am ni macam Heliza Helmi,baik cantik. Semua orang nak?” Hanna menjulingkan mata.

“Ala,setiap perempuan ada kecantikan dia orang masing masing. Tunggu orang yang betul je untuk nampak cantik tu. Crush?”

“Dah macam wartawan la pula Am ni. Tapi tak apalah,layankan je la. Karang ngajuk payah. Crush? Tipu tak ada,” Hanna cuba mengingat semula nama setiap insan yang pernah masuk carta crush dalam hatinya. “Budak group masa asasi kot. Tu pun paling lama la. Lama tak lama pun dalam 6 bulan,” Tangannya mengira.

“Lepas tu apa jadi?”

“Dia dapat further pergi mana entah. Lepas tu ada pergi usrah. Senior ada nasihat. Tak payah nak minat minat anak teruna orang. Takut jadi zina hati. Kalau minat, doa je la. Tak perlu tunjuk. Tak perlu bagitahu dunia yang kita minat dia. Lagipun Hanna minat dia bukan sebab nak buat suami pun. Jauh sekali nak buat boyfriend,” Lagu di telinga dah bertukar.

“Habis tu?”

“It was all about hati,tiba-tiba minat. Hati Hanna ni senang minat orang,dulu. Dan benda tu bukan senang nak jaga. Sampai nangis-nangis kot bila dalam hati ada insan selain Allah. Orang minat dia hanya sebagai inspirasi kot. Tapi bila muhasabah balik,inspirasi pun tak perlulah cari lain gender,” Hanna sengih sendiri.

“OOhh. Betul juga eh. Agaknya semua perempuan minat seseorang sebab apa ye?” Irham membetulkan posisi duduknya.

“Entah. Dulukan,Hanna selalu sedapkan hati sendiri. Maksudnya macam, niat Hanna minat orang sebab Hanna nak berubah. Bukan apa pun. Macam macam ah alasan Hanna bagi untuk sedapkan hati sendiri. Tapi satu hari tu,roommate tegur. Pasal minat minat orang ni. Dia kata jangan sampai kita berubah kerana dia bukan Dia,” Hanna teringat saat tu.

“Senang senang macam tu je Hanna buang rasa tu?” Irham semakin semangat mendengar cerita Hanna.

“Susah la. Siapa kata nak berubah tu senang. Benda dah sebati. Masa awal-awal nak buang dia dari hati,ada la menangis 3 malam. Ahaha,” Dia gelak. Pahit.

“Huish. Parahnya.”

“Yes. Sebab masalah hati ni susah nak ubati kalau tuan punya hati tak reti nak move on sendiri. Lagi masalah, bila dapat tahu dari housemate mamat tu yang dia minat Hanna juga. Huish. Masa tu bertambah-tambah kesusahan nak buang dia. Tapi sebab nak buang dia tu kerana Allah. Semuanya dipermudahkan,”

“Susahnya,”

“Perempuan,ujian paling payah adalah hati. Tak ke?” Hanna menoleh ke sebelah.

“Lelaki. Sama je,”


Tangannya perlahan mengosok kepala Hanna. Hanna sengih. Tapi tu semua dulu. Sekarang,Allah dah hadiahkan lelaki paling baik pernah dia jumpa. Hasil dari payahnya dia jaga hati dulu. Perlahan kepala dilentokkan di atas bahu Irham. Perlahan diangkat kembali. Segan!











to be continued . . . .



No comments:

Post a Comment