Friday 15 May 2015

# 55

Malam tu Hanna tidur awal. Bila ditanya,mengantuk katanya. Bukan Irham tak tahu. Mata Hanna merah. Baru lepas menangis. Tapi Irham tak nak kacau Hanna. Sebab dia tahu bukan mudah untuk Hanna terima semua benda macam tu je. Irham mengadu pada Allah agar biarlah rasa sedih Hanna dipindahkan pada dia. Biar dia yang tanggung. Sepanjang Irham menemani Hanna di hospital,Azim lah yang sentiasa datang melawatnya. Dengar segala luahan dia. Irham pun tak tahu sejak bila dia rapat dengan Azim. Tapi segala yang keluar dari mulut Azim,macam satu ketenangan. Allah memang sangat pemurah kerana hantarkan orang macam Azim masa dia hampir rebah.
“Azim. Aku ada nak cakap dengan kau sikit. Aku harap kau boleh pinjamkan telinga kau untuk aku,” Petang selepas Hanna sedar tu,Azim ada datang tapi sekejap.
“Aku dengar,” Azim membetulkan duduknya.
“Tak ada siapa tahu benda ni,even keluarga aku sendiri. Aku tak tahu pun sebenarnya Hanna pregnant haritu,” Air mata Irham mengalir laju. “Mesti kau anggap aku macam suami tak guna. Isteri sendiri mengandung pun tak tahu. Tapi cakaplah apa kau nak cakap,Zim. Aku tak kisah. Aku tahu salah aku. Aku rasa macam..” Terdengar esakan Irham. Azim perlahan menepuk bahu Irham.Dia membiarkan Irham menangis.
“Aku taktahu dah dua bulan Hanna mengandung,Zim.Busy sangat aku dengan kerja aku. Kesian anak aku,Zim.Kau tahu? Perkara first yang Hanna tanya bila dia sedar pagi tadi. Dia tanya baby dia okey ke tak?Masa tu kau tahu apa aku rasa,aku rasa macam bodohnya aku sampai isteri sendiri mengandung pun aku tak tahu. Lepas Hanna tahu,kau tahu apa dia buat Zim? Dia senyum. Dia tak menangis langsung. Tu buat aku lagi sedih. Dia cakap dengan aku dia nak pergi tandas. Aku dengar dia menangis dalam tandas,Zim.” Lagi sekali air mata Irham mengalir laju.
“Irham,aku tahu aku tak rasa apa yang kau rasa. Tapi Irham,kau tak boleh salahkan diri kau. Heii,Irham. Allah dah tulis semua benda Am. Qada’ qadar Allah tu dah tetap. Allah tengah uji kesabaran kau Am. Kau salahkan diri kau selama mana pun,anak kau hidup balik ke Am?”

“Kau tak boleh macam ni Am. Hanna tu tanggung ujian lagi besar dari kau,Am. Dia sedar-sedar,anak dia dah tak ada. Aku tahu ada sebab Hanna tak bagitahu kau. Am,kau nak menangis,menangis lah Am. Kau nak meraung,meraung lah. Tapi janji dalam diri kau,Am. Hari ini je kau menangis meraung macam ni. Lepas ni,bangun balik Am. Bangga sikit. Kau tengah diuji. Maksudnya apa tu? Maksudnya Allah nak hapuskan dosa dosa kau Am. Allah nak naikkan darjat kau. Kau dengar apa aku cakap ni macam cliché,tapi tu realiti. Allah sayang kau Am. Allah sayang kau,” Azim memeluk erat Irham yang hampir rebah petang tu. Lemahnya Irham petang itu.



to be continue . .. . 

No comments:

Post a Comment