Friday, 15 May 2015

# 52

Tangan laju melakar pelan bangunan projek mega yang baru diterima petang tadi. Sesekali matanya memandang sayu Hanna yang masih kaku. Lamanya Hanna tidur. Kepala digelengkan. Sabarlah wahai hati. Kadang dahinya berkerut apabila tangan tersilap langkah. Dia mengeluh panjang. Tangan diregangkan. Irham bersandar pada sofa berdepan dengan Hanna. Dia teringat..
“Hey,tengok bintang lagi?” Masa tu mereka ada di rumah nenek Hanna. Irham melabuhkan punggung duduk di sebelah Hanna di bawah pokok rending tu.
“Yes. Cantikkan? Yang paling terang tu. Cantik,” Hanna sengih. Kaki ditarik bersila. Sejuk!
“Bintang dekat sebelah saya lagi cantik kot,” Irham sama memandang langit yang luas tu.
“Pick up line sangat tu. Alamak touching ah,” Hanna menjulingkan mata.
“Yang meninggal petang tadi tu,Hanna kenal?”
“Kenal. Arwah tu anak saudara nenek punya cucu. Sebaya kita,”
“Sebaya kita eh? Kita memang sebaya Hanna,” Irham memandang Hanna.
“Naaaaa. I mean arwah sebaya Hanna. Suami dia sebaya Am,”
“Arwah dah kahwin? Ingatkan belum.” Irham mengangguk.
“The one imamkan solat jenazah tadi,tu suami dia,” Hanna masih menatap bintang-bintang yang bersepah di atas langit.
“Sakit apa,Na?”
“Kanser. 4 months after surgery,dia koma,” Sayu hatinya malam tu. Arwah antara orang yang happy go lucky. Hatta dah sakit pun,tak pernah tunjuk yang dia lemah.
“Oh I see. Ada mulut mulut orang kampong cakap yang suami dia jarang sangat melawat dia dekat hospital. Yang jaga arwah pun,mak arwah,” Irham mengadu.
“Eh, Am tak baik cakap macam tu. Mulut orang kampong,jangan percaya sangat. Kita tak tahu benda sebenar. Mungkin ada sebab dia tak lawat arwah. Mungkin akan buat dia lagi sedih kalau tengok arwah tak sedar-sedar. Mana tahu,dekat rumah doa dia tak putus putus untuk isteri dia.Tak pernah tinggal Yassin untuk isteri dia. Everyone have their own reason to act like that,” Hanna memandang Irham yang masih mendengar apa yang diperkatakan.
“Kuatnya dia hadap semua benda,”
“Kan? Kalau tak kuat pun,dia kena kuat. Darjat dia tengah dinaikkan tu. Kita yang tengok ni pun kena sedar lah.Am pun kena kuat la if one day this thing happen to you,”
“In sha Allah dan Hanna kena kuat lah lawan sakit tu,” Irham sengih kelat.
“Agak-agaknya kalau Hanna terlantar about a few months,apa Am buat eh?”
“Am terlantar sekali la macam tu,”

“Ah,tak sado la macam tu,” Hanna dah memakai selipar bangun dari pangkin tu.Irham mengikut dari belakang sambil sengih. I will take good care of you Hanna. No matter what. Hatinya berkata.


Image result for tumblr walking





to be continue . . . .

No comments:

Post a Comment