Friday 15 May 2015

# 53

Pagi tu selesai solat Subuh,Irham bersiap untuk ke pejabat. Tapi hatinya berat untuk ke pejabat. Rasa macam ada sesuatu yang akan jadi. Perlahan dia menarik segala barang kerjanya dari atas meja kerja tu.
“Allaaah,” Suara itu perlahan menyentuh gegendang telinganya. Matanya melilau mencari suara itu. Kakinya bagaikan kaku tak boleh bergerak. Badannya bagai tak mampu berfungsi. Hanya air mata yang menitis. Penantian selama empat bulan setengah tu berbaloi. Tangan Hanna bergerak. Ya Allah. Irham terus sujud syukur.
“Hanna?” Dia bangkit dari sujud ke arah katil Hanna. Perkara pertama yang dilihat oleh matanya,senyuman Hanna.
“Am panggil doktor sekejap,” Irham baru sahaja nak membuka pintu,doktor yang selama ini merawat Hanna melangkah masuk.
“Doktor,isteri saya dah sedar!,” Segaris senyuman tu menghiasi muka Irham. Doktor dihadapannya turut sama sengih. Alhamdulillah.Doktor memeriksa keadaan Hanna. Hanna stabil.
“Doktor,baby saya..?” Hanna cuba membuka mulut walau payah.
Doktor di hadapannya terdiam. Senyum Irham hilang. Irham mengangguk. Membiarkan doktor yang menjawab soalan itu. Dia tak sanggup.
“We had tried our very best. Yet,Allah loves your baby more,”Perlahan doktor itu memberi tahu.

Hanna senyum.






to be continue . . . .

No comments:

Post a Comment