Friday 15 May 2015

# 48

Irham menapak ke dapur selepas keluar dari tandas bilik belakang. Matanya menangkap polistrin yang tiba-tiba ada atas meja makan tu. Tadi sebelum masuk bilik air tak ada pun makanan atas meja. Irham mengangkat nota yang ada di bawah polistrin tu.
Saya x sempat nak masak. Sorry. Saya ada beli nasi goreng cili padi fav awak. Jgn risau,saya beli dekat kedai dpn,yg awk suke tu J
Hanna dah balik lah ni maksudnya. Polistrin di buka. Irham menjengah ke ruang tamu,tak ada orang. Dia membawa makanan itu naik bersama ke bilik. Mata terpandang Hanna dah terbaring dengan baju kurung masih tak bertukar. Hanna keluar makan dengan Kak Izzah tadi. Polistrin diletak tepi.
“Hanna,” Irham menegur Hanna. Hanna masih tak berganjak dari tidurnya. Irham berkerut. Pucatnya bibir. Tangan Hanna disentuh perlahan. Ya Allah,sejuknya. Dia menyentuh dahi Hanna. Sah,demam. Bibir Hanna menggeletar perlahan.
“Na,bangun Hanna. Kita pergi klinik. Hanna,” Irham duduk di birai katil tu.
“Tak payah lah,” Kepala Hanna pusing. Batuknya makin teruk.Irham menuju ke bilik air. Tuala kecil diambil. Bekas kecil ditarik entah dari mana,ditadah air.
“Am,ubat Hanna. Dalam beg,”
Bekas yang dah penuh dengan air diletak sebelah Hanna. Kaki melangkah mencapai handbag Hanna. Pergerakan Irham kaku. Gambar tiga keping tu.
“Am,” Panggilan lemah tu membuatkan Irham bernyawa semula. Kepingan gambar diletak semula ke dalam beg Hanna. Air mineral yang memang ada dalam beg Hanna dibuka dan ubat dihulur ke arah Hanna. Hanna dipandang lama. Kepala Hanna disentuh perlahan.
“Tak larat nak tukar baju?”
Hanna geleng. Badan dah memang tak tahu kenapa.Lebih seminggu dia macam tu. Lebih teruk dari kesan chemo haritu.

“Tak apa lah. Tidur,” Kain basah yang dah siap diperah,dibawa ke dahi Hanna.



Image result for tumblr sick girl


to be continue . . . .


No comments:

Post a Comment