Friday 15 May 2015

# 50

Selepas Zuhur,Hanna masih tak sedarkan diri. Tapi Hanna dah dihantar ke wad biasa. Irham masih di situ. Dan air mata itu masih tak berhenti. Kenapa Hanna tak bagitahu pasal tu? Mama dan papa baru sahaja balik. Mama dengan papa memang tak tercakap apa. Along dengan Kak Izzah terduduk. Kak Fara pun. Cuma Angah yang tak tahu. Hari ini baru Angah balik dari outstation.
Hampir dua bulan Hanna masih tak sedar. Doktor Nazmi ada cakap,peluang Hanna memang tipis. Sangat tipis. Tapi Irham tak berhenti berusaha. Walau usahanya nampak macam akan sia-sia. Sepanjang dua bulan itu,tak pernah sekali dia meninggalkan Hanna seorang diri di dalam wad. Hatta mama dengan ibu ada minta izin nak jaga,tapi dia kata tak apa,dia masih boleh jaga.
Segala barang kerja dibawa ke wad Hanna. Malam itu,selesai membaca surah Yassin dan surah An-Najm,seperti kebiasaannya, Irham memandang sayu wajah yang sudah dua bulan tak beriak tu.
“Hanna,” Irham mendekatkan kerusi ke arah katil itu. Panggilannya tak bersambut.
“Hanna okey kan? Hanna tidur kejap je kan? Tak apa,Hanna rehat. Am tunggu. Selama mana Hanna nak rehat,Am akan tunggu.” Air matanya jatuh. Laju.

“Kenapa Hanna tak cerita dekat Am? Kenapa Hanna tak cakap kita akan ada baby?” Kepala ditekup ke atas katil. Sepanjang dua bulan tu,dia tak dengar suara yang ceria riang ria sambut dia balik kerja. Sepanjang tempoh tu,dia tak dengar Hanna mengadu apa-apa pasal anak muridnya. Sepanjang dua bulan tu,dia tak nampak senyum sinis yang kadang suka cari gaduh dengan dia. Dua bulan tu lama. Bukan sekejap.


Image result for tumblr hospital

Image result for tumblr hospital gif



to be continue  . . .. 

No comments:

Post a Comment