Buweek ! Buweek ! Arghh ! Mata dah merah. Perut dah kosong bahana semua nasi dah keluar tadi. Badan dah rasa tak boleh nak jalan. Dia dah terduduk seorang diri dalam tandas tu. Ni dah masuk kali ketiga dah ni. Dia melangkah keluar dari tandas. Badan terus dilontar ke katil. Tangan lemah mencapai handphone, baru pukul 1 pagi? Lamanya lagi. Handphone tiba-tiba vibrate.
Kau
okey? Kalau ada pape,cakap dengan aku. The sign effect maybe lagi teruk untuk
rawatan ke-2 ni.Aku rase tak sedap hati,sebab tu aku tegur kau. Nyte. : )~
Aniff
And
again ! Dia muntah lagi sekali. Senak perut di buatnya. Sinki digenggamnya
erat. Kepala dah sakit. Ni baru rawatan yang kedua. Lagi 2 lagi. Ya Allah. Hari
tu,Hanna hanya tidur seharian. Dia hanya bangun untuk solat sahaja. Badan dah
tak larat. Nasib la tak ada kelas. Kalau tak kesian student tu.
“Hanna.
Okey tak?” Kak Izzah dah masuk membawa kain basah. Hanna membuka mata sejenak.
Kepala berat woo.
“Kalau
ada apa-apa tweet kak long eh?” tangan meletak kain basah di atas kepala Hanna.
Hanna dah tak daya nak sengih.
Lepas
Kak Izzah,along pula menjenguk before pergi kerja pagi tu.
“Ada
orang call rumah tadi.Tapi mama yang jawab. Gaya macam tanya pasal Hanna.”
“Hmm.
.”
“Hanna,kalau
rasa macam tak larat untuk teruskan that rawatan,tak payah la key?”
I
can’t along. Hanna kena buat rawatan tu.Untuk mama. Untuk papa. Tapi hanya hati
yang berbicara. Mulut tak terdaya nak bercakap. Hanya air mata yang menjawab
segalanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dia
terduduk. Handphone di tangan jatuh.
“Hanna
jatuh”
“Hilang
banyak darah”
“Dah
7 jam tak sedar”
And
WHATTTTT? Asal baru sekarang dia tahu. And now dah dekat pukul 11.00 malam.
Ya Allah,Kau
selamatkanlah dia.Pintu biliknya tiba-tiba terkuak. Muka Dr.Nazmi ditatapnya
lama.
“I
think you should go. She needs you now. Shift kau pun dah nak habis.” Dr.Nazmi
sengih. Aniff terus bangun mencapai handphone yang dah tersadai atas lantai.
“Just
pray for her. If Allah will,she will be okay.” Dr.Nazmi menepuk bahu Aniff.
Aniff hanya mengangguk perlahan. Kaki laju menuju ke arah parking lot. Dalam
masa yang sama tangan menarik coat putih dari badan. Kereta Civic laju
meninggalkan parking lot hospital itu. Tangan menyelongkar segala isi dalam
kotak yang ada di seat sebelah. Kotak yang sentiasa di bawanya ke mana sahaja.
Tasbih berwarna biru laut digenggamnya erat. Seerat-eratnya. Bibirnya tidak
lekang dengan zikir. Hati entah berapa kali memanjatkan doa yang terputus-putus
kepada Allah. Perjalanan ke hospital terasa panjang. Surah yassin yang berlagu
di corong radio membuatkan dia tenang seketika. Enjin di matikan. Kaki laju
menuju ke wad Hanna. Hatinya sedikit lemah apabila melihat ibu Hanna masih
menangis dalam pelukan Abang Amer. Dia bersalaman denga Encik Firdaus yang
masih bersandar di dinding.
“Hanna still dekat dalam,” Along memberitahu. Dia memandang tepat ke arah Aniff di
hadapannya itu.Mata Aniff terpandang seorang lelaki di sebelah Amer.Siapa
ni?Kaki bertapak ke sebelah lelaki itu.Badan disandarkan ke dinding.Tak kuat
rasa diri selagi doktor yang kat dalam tu tak keluar lagi.Tangan orang di
sebelah tiba-tiba menerjah ke mata yang dari tadi memandang kosong lantai putih
hospital tu.
“Irham,”sepatah
si-penghulur-tangan tu memberitahu.Lambat Aniff membalas salam itu.Irham,rasa
macam Hanna pernah cerita.Tapi lupa,sebab fikir tak penting. Sepupu kot.
to be continued. . .
No comments:
Post a Comment