Friday 3 May 2013

# 12


Diri dah rasa jauh dari Allah. Bila melihat gadis yang seusia dengannya memakai tudung labuh. Dia rasa dirinya kecil.Sedangkan dia,memakai tudung mengikut syarat iaitu bawah dada dan tak jarang.HUH. Nafas panjang di lepaskan.Dia bersyukur. Kini doanya dah didengari Allah. Kini Allah dah memakbulkan doanya. Dia dah terpilih. Allah dah menjemputnya.Senyuman yang ikhlas yang dah hilang suatu ketika dahulu,dah ada balik.

“Ma, kita pergi lagi berapa minggu?”
“Dalam 2 minggu. Kenapa?”
“Barang-barang nak beli bile?”
“ Lusa pun boleh kot. Tunggu papa selesaikan semua urusan dekat sini dulu,”

Hanna angguk. Tak sabar nak pergi sana. Nak jejakkan kaki dekat Tanah Suci. Alhamdulillah dia,mama dan papa dipanggil untuk mengunjungi rumah Allah. Ini kali pertama dia akan melihat Kaabah di hadapan matanya sendiri. Alangkah gembiranya dia.

“Cincin tu siapa bagi sebenarnya?”Papa tiba-tiba bersuara.Sengih di bibir papa masih tak lekang.

Hanna merenung cincin tu lama.Hehe. Kene eh bagitahu. Tapi ni cincin bukan untuk dia sebenarnya. Irham begi pinjam. Dah nak kahwin dah Irham. Aku je solo memanjang.

“Og pakai kejap je. Nanti pulang kat Irham balik.” Hanna mengemas dapur yang dah bersepah dikerjakan Haris tadi.

“Aik? Kenapa main kejap-kejap je?” Along yang entah dari mana,tiba-tiba mencelah.

“Pikir kahwin ni boleh main kejap-kejap ke?” Angah pula yang menyambung.

Hanna dah terasa tercekik buah durian pun ada jugak. Aku yang mamai ke apa. Betul la,Irham kasi pinjam.Mana ada dia propose pun. Kan? Dia cuba ingat kembali ‘pembicaraan’ dia dan Irham hari tu. . .


“Wooo! Semart gila cincin. Berapa juta kau beli ni?” Mata dah tertumpu pada cincin di tangan Irham petang tu. Suara riang Anis melayan Haris hilang terus.

“Well,tengok la siapa pilih. Berapa juta kau tanya? Kau pikir aku beli rumah 5 tingkat ke sampai juta bagai. Cincin je kot aku beli. Adalah juga dalam ribu,cukup lah dengan gaji aku kerja. Try pakai.” Cincin diletak atas telapak tangan Hanna.

“Walaweyy. Tawu tak cincin ni hampir sama dengan cincin aku nak selama ni. Tapi lagi cantik lah. Siapa bidadari bertuah dapat kau ni. Cecite sikit,” Cincin tu dibiar di atas tapak tangan.Orang punya weyy. Gila nak pakai.

“Aku kenal dia dah lama. Dari darjah 5 6 macam tu lah. Aku lagi tua setahun dari dia. Kite orang jarang jumpa. Sebab dia duduk asrama. Aku berulang alik. Masa dia form 5 pun aku dah tak jumpa dia dah,sebab aku dapat UPNM punya pasal. Dan,di takdirkan jumpa balik lepas dia balik dari oversea,” Irham bercerita sendiri.

“Husyiooo. Lama gila kau suka dia.Dia suka kau tak?” Hanna masih membelek-belek cincin silver di tangannya tu.

“Suka lah kot. Aku baru cakap dengan ayah dia. Dengan dia aku tak cakap lagi. Kau try la test cincin ni. Jari dia pun lebih kurang kecik macam kau jugak.” Irham cuba membayangkan jari bakal tunangnya tu.

“Eh,mana boleh aku pakai. Tak nampak seri lah bakal tunang kau pakai nanti. Tak apa,nanti kau sarung je lah kat tangan dia. Kan senang. Apa susah.”

“Ala,kau try je laa. Lambat laun,kau akan pakai jugak. Sama je,”Irham memandang Haris yang tengah bersuka ria depan mereka.

“Tapi tu cincin lain. Bukan cincin ni. Feeling future husband yang bagi lain,dari besties bagi. Faham?”Hanna sengih. Irham menggaru kepala.

“Abis,macam mana aku nak tukar feeling kau tu. Biar kau rasa future husband kau yang tengah bagi cincin tu sekarang. Ala,pakai je laa. Dah sampai airport nanti pulang lah balik. Nak pakai terus pun tak apa.” Akhirnya. . . Terluah juga apa yang disimpan.


ZAPPPP!!!! Perkataan yang keluar dari mulut Irham hari tu diingatinya balik. Tu propose ke tu. Dia cakap kenal budak tu darjah 5 6. Aku kenal dia masa aku darjah 6. Dia form 1. Then,dia kata jarang jumpa sebab budak tu duduk asrama.Aku pun jarang jumpa dia sebab aku duduk asrama. Dan,dia masuk UPNM. Kite orang jumpa balik lepas aku balik sini dari UK. Pehhh! Asal lah aku lembab nau haritu. 








to be continued . . . .

No comments:

Post a Comment