Tuesday 26 March 2013

# 8


Kad jemputan yang hadir membawa khabar dari Aniff diambil dengan muka yang tak tahu nak digambarkan macam mana. Gadis yang bertuah itu bernama Alisa. Cantik namanya secantik orangnya.

“Dr.Aniff tu dah nak kahwin dah. Irham yang tolong paskan kat mama tadi. Tersalah hantar katanya. Hari sabtu ni kan?”

“Aah.” Sepatah dia menjawab. 

Dia dan Aniff dah memang tidak berjumpa kerana yang ambil kes Hanna sekarang Dr.Nazmi. Dia melangkah naik ke bilik dengan kad jemputan itu ditinggalkan di sebelah mama. Aku tak kesah pun kau nak kahwin ke apa,tapi salah ke kalau kau bagitahu aku? Yang kau kesah sangat pehal Hanna? Lagi satu soalan menerjah. Terdiam dia terus. Al-Quran yang tiba-tiba menerjah ke matanya,diambil perlahan. Tudung dicapai dan disarung ke kepala. Tenang dia mengalunkan surah Nisa’. Handphone yang tiba-tiba vibrate dibiarkan. Selesai membaca Al-Quran,handphone ditarik dari bawah bantal. Kiriman yang telah beberapa minit dihantar,baru dibuka.

Aku harap kau dapat terima takdir. Aku harap kau buang nombor aku dari contact kau. Lupakan aku macam mana aku dah lupakan kau! ~Aniff

Al-Quran digenggamnya erat. Dibawa dekat ke dada. Mesej itu didelete secepatnya. Kalau tu yang kau nak. Nombor Aniff dibuang dari contactnya. Dibuang dari hati. Dibuang dari minda.Aku tak faham betul dengan mamat ni. Apa masalah kau sebenarnya? Kaki melangkah keluar dari bilik.Menuju perlahan ke ruang tamu. Along dengan angah tengah duduk melayan ceramah dari Ustaz Kazim Elias. Hanna bersila di antara kedua abangnya.Ceramah pasal jodoh. Huuuuh. Nafas dilepas perlahan.

“Kau bila lagi dik. Semua dah nak kahwin. Dr.Aniff tu pun sama,”Angah tiba-tiba bersuara.
“Tunggu la sesiapa datang bawa cincin nanti,” Selamba dia membalas.Along masih berdiam. Kad jemputan yang datang ke tangannya pagi tadi nyata buat dia terdiam. Dia tahu Hanna rasa apa,walau adiknya tak pernah meluahkan apa-apa.

“Serious? Along suruh Daus datang karang,” Amer mencebik.

“Sediakan 200 dinar siap-siap,” Hanna menjawab dengan mata masih terpaku dengan tv.

“Bersamaan dengan berapa ringgit Malaysia?”
“RM 40,000.00”

Along dan angah masih terdiam. Lama. 




to be continued . . . .

No comments:

Post a Comment