Saturday 18 April 2015

# 43

Malam itu sekali lagi Irham pulang lewat. Dalam keadaan yang sama seperti malam-malam sebelumnya. Kali ini Hanna tidak menegur dahulu. Hanna melangkah masuk ke dalam bilik. Perlahan lahan dia menutup pintu.
“Kau pergi mana tadi?” Dingin suara itu bertanya.
“Hanna kat dapur tadi. Tak perasan Am dah balik,” Hanna memandang Irham.
“AKU TANYA KAU PERGI MANA PETANG TADI?!” Irham menolak pintu bilik itu.
“Hanna jumpa Dr.Nazmi. Ada appointment. Kan Hanna ada bagitahu pagi tadi,” Hanna mengeluh perlahan. Dah seminggu Irham kerja menengking sahaja setiap malam.
“APPOINMENT KONON.ALASAN,” Irham sengih. Dia mendekati Hanna.
“Apa alasan pula. Saya ada appointment harini. Lepastu saya terus balik rumah,” Hanna memandang Irham. Perlahan dia menjawab.
PANGG!! Sekali lagi tangan itu melayang ke pipi Hanna.
“KAU MENJAWAB EH MENJAWAB. BUKAN NAK BAGITAHU AKU,KAU ADA APPOINTMENT. OHH.MEMANG LAH TAK BAGITAHU. TAK NAK AKU KACAU KAU JUMPA ANIFF? HA?!!” Hanna ditolak kasar. Tersungkur Hanna ke tepi katil tu.

Hanna baru faham. Selama seminggu ni,Irham mengamuk pasal Aniff ke? Tapi mereka memang tak pernah ungkit pasal hal ni sejak mereka kahwin dulu. Kenapa Irham ungkit balik?







to be continue . . .

No comments:

Post a Comment