Saturday 18 April 2015

# 41

Hanna hanya melayan perasaan menonton Sharnaaz Ahmad dengan teddy bear pink dalam kaca televisyen tu. Lambat Irham balik harini. Hanna mengemas segala kertas yang ada di atas meja ruang tamu itu. Pen merah,pensil mekanikal,pembaris dan pemadam dimasukkan ke dalam bekas pensilnya. Serentak dia bangun,pintu terkuak. Hanna menoleh.
“Assalamualaikum,” Dingin suara Irham.
“Waalaikumusalam. Balik dah,” Hanna sengih. Dahi berkerut apabila memandang Irham yang kusut dengan rambut tak terurus. Tie entah dah hilang mana.
“Lambat balik harini? Am,okey tak ni?” Hanna berjalan ke arah Irham yang sama nak melangkah ke tangga. Perlahan kepala Irham berpaling ke arah Hanna. Matanya merah.

“Kau tanya aku okey ke tak? KAU TANYA AKU OKEY KE TAK??!!”  Beg kerjanya dicampak jauh. Hanna tersentak. Terkebelakang badannya apabila Irham tiba-tiba menolaknya ke dinding.
"Am,cuba cakap dengan Hanna. Pasal apa ni?” Perlahan Hanna bercakap. 
“Pasal apa?! Pasal KAU. KAU!,” Berterabur kertas-kertas ditangan Hanna apabila tangannya ditepis kuat oleh Irham.
“Aku tahu kau tak sayang aku macam mana aku sayang kau,tapi tak perlu Hanna. Tak perlu buat macam tu untuk tunjuk yang kau benci aku. Sakit kau tahu! Sakit,”  Lantang suaranya. Mukanya bengis. Mata berkaca. Hanna cuba menarik Irham yang terhuyung hayang di tangga.
“Dah la Hanna! Aku penat,Hanna. AKU PENAT!!,” Tangannya melayang ke kepala Hanna. Tersungkur Hanna dari anak tangga. Hanna tergamam. Irham berlalu naik ke bilik.
Hanna bangun mengemas segala apa yang bersepah di atas tangga. Matanya dah berkaca. Tiba-tiba handphone di atas lantai yang sama tercampak tadi berkelip-kelip. Hanna mencapai handphone.
“Assalamualaikum,Hanna na na na na,” Ceria suara orang sana.
“Waalaikumusalam. Angah ngah ngah ngah” Hanna buat suara macam tak ada apa.Air mata yang hampir sahaja jatuh diseka laju.
“Tengah buat apa tuuu?” Betul suara angah ceria.
Hanna menelan air liur yang rasa kesat di anak tekak. Dia berdehem. “Baru lepas tengok assignment student. Ni apasal happy tahap tak ingat ni?”
“Assignment assignment assignment. Kenapa happy? Eh happy ke?” Hafiz sengih. Ternyata Hafiz memang tak tahu apa yang baru sahaja jadi di rumah tu.








to be continue . . . 

No comments:

Post a Comment