Friday, 15 May 2015

# 48

Irham menapak ke dapur selepas keluar dari tandas bilik belakang. Matanya menangkap polistrin yang tiba-tiba ada atas meja makan tu. Tadi sebelum masuk bilik air tak ada pun makanan atas meja. Irham mengangkat nota yang ada di bawah polistrin tu.
Saya x sempat nak masak. Sorry. Saya ada beli nasi goreng cili padi fav awak. Jgn risau,saya beli dekat kedai dpn,yg awk suke tu J
Hanna dah balik lah ni maksudnya. Polistrin di buka. Irham menjengah ke ruang tamu,tak ada orang. Dia membawa makanan itu naik bersama ke bilik. Mata terpandang Hanna dah terbaring dengan baju kurung masih tak bertukar. Hanna keluar makan dengan Kak Izzah tadi. Polistrin diletak tepi.
“Hanna,” Irham menegur Hanna. Hanna masih tak berganjak dari tidurnya. Irham berkerut. Pucatnya bibir. Tangan Hanna disentuh perlahan. Ya Allah,sejuknya. Dia menyentuh dahi Hanna. Sah,demam. Bibir Hanna menggeletar perlahan.
“Na,bangun Hanna. Kita pergi klinik. Hanna,” Irham duduk di birai katil tu.
“Tak payah lah,” Kepala Hanna pusing. Batuknya makin teruk.Irham menuju ke bilik air. Tuala kecil diambil. Bekas kecil ditarik entah dari mana,ditadah air.
“Am,ubat Hanna. Dalam beg,”
Bekas yang dah penuh dengan air diletak sebelah Hanna. Kaki melangkah mencapai handbag Hanna. Pergerakan Irham kaku. Gambar tiga keping tu.
“Am,” Panggilan lemah tu membuatkan Irham bernyawa semula. Kepingan gambar diletak semula ke dalam beg Hanna. Air mineral yang memang ada dalam beg Hanna dibuka dan ubat dihulur ke arah Hanna. Hanna dipandang lama. Kepala Hanna disentuh perlahan.
“Tak larat nak tukar baju?”
Hanna geleng. Badan dah memang tak tahu kenapa.Lebih seminggu dia macam tu. Lebih teruk dari kesan chemo haritu.

“Tak apa lah. Tidur,” Kain basah yang dah siap diperah,dibawa ke dahi Hanna.



Image result for tumblr sick girl


to be continue . . . .


#47

“Kau nak aku stop buat benda ni dulu atau teruskan sahaja plan kita?” Tangan tu mengetuk meja. Menanti arahan dari pihak di sebelah sana.
“Sementara ni kita berhenti dulu. Rasanya tak lama lagi,perempuan tu tidur lama lah tu. Tapi sebelum tidur tu,biarlah kita bagi nightmare sikit kan,” Orang sebelah sana sengih. Kejam.
“Kau tak rasa benda ni ganggu karier kita ke nanti?”
“Karier boleh dapat balik. Hati aku yang pernah remuk berkecai dulu,bukan senang-senang nak baik macam dulu. At least dia mati depan mata aku,dah cukup bahagia untuk aku,” Ketawanya pecah. Hanna,kau fikir hidup kau akan selamanya indah ke? Sikit je kan rasa sakitnya? Kau pun bukan tak biasa sakit terlantar macam mayat hidup.

Handphone dimatikan. Rasa bersalah dalam hati makin mendalam. Apa salah Hanna dekat kau sebenarnya? Soalan itu tiba-tiba menerjah mindanya. Apa Hanna buat sampai kau sanggup balas dia bertubi tubi macam ni? Lagi sekali soalan itu berputar.




Image result for tumblr black and white alone


to be continue . . . .

Saturday, 18 April 2015

# 46

Amer dan Hafiz menunggu dalam rumah Hanna dengan cahaya lampu seperti hidup segan mati tak mahu. Bagaimana mereka boleh masuk ke dalam rumah Hanna? Jangan ditanya. Hafiz hanya membuat tak endah apabila telinganya mendengar salam dari Irham yang baru sahaja melangkah masuk rumah tu.
“Along. Angah pun ada?” Irham bersalaman dengan Amer yang sudah berdiri. Namun dia agak pelik apabila Hafiz hanya menonton televisyen.
“Lambat balik?” Amer bertanya mesra.
“Banyak kerja sikit dekat office,long. Along Angah dah lama sampai ke?”Irham melabuhkan duduk di sofa tunggal berdepan dengan Along bersebelahan Angah yang seraya tadi membeku.

“Baru juga sam…”
“Dah lama sangat dah sampai. Am,ada masalah dengan Hanna ke?” Hafiz membetulkan tempat duduknya. Televisyen dimatikan.
“Alhamdulillah okey. Kenapa Angah ta…”
“Kau tanya aku kenapa?Long,dia tanya kita kenapa long,” Angah dah sengih sinis. Amer dah serba salah. Tadi bincang dalam kereta,kata nak tegur baik-baik. Ni dah kenapa dak angah ni.
“Tak ada apa,Am. Angah just tanya,kot kot korang ada masalah,”
“Alhamdulillah tak ada apa. Kalau ada apa apa pun,kita orang bincang macam biasa,”
“Macam biasa ke,bila sampai guna tangan bagai,” Hafiz lagi sekali hilang sabar.
“Okay. Macam ni la,Am. Along terus terang. Angah ada datang rumah haritu. Nampak lebam dekat bibir Hanna. Bila tanya,dia nangis,” Amer cuba tenangkan keadaan.
“Lebam? Hanna ke…,”
“Kau tanya kita orang kenapa? Eh Irham! Yang duduk berdua dengan Hanna tu kau ke kita orang?” badan Irham ditarik kuat. Kolar baju direntap. Irham dihenyak ke dinding. Dada Hafiz dah berombak menahan amarah.
“Angah. Am, betul betul tak ta..”
“Kau tak tahu??!!” lagi sekali suara itu memekik.
“Hafiz! Dah lah tu. Kita boleh bincang baik baik kan?”Amer dah menggenggam tangan Hafiz yang baru sahaja nak melepaskan tumbukan tepat pada muka Irham di hadapannya.
“Selama aku hidup,pipi Hanna tu tak pernah kena usik, kau tahu? Sedangkan mama dengan papa pun tak pernah jentik pipi Hanna tu. Kau orang luar,senang senang lempang adik aku macam tak ada hati. Apa salah adik aku ha?!!!” Dan buku lima yang dari tadi memang nak dilepaskan Hafiz,terlepas juga. 







to be continue . . . 

#45

Petang tu angah menjadi orang pertama yang mengetahui masalah dalam rumah tu. Hanna memang tak nak buka langsung mulut pasal benda tu. Tapi angah gertak. Dan air matanya tumpah sepanjang cerita benda tu. Angah sekadar menjadi pendengar sehingga basah baju kemeja Angah. Dan apa yang angah mampu cakap
“There must be a reason that sooner or later you will know,”
Dan sekarang dia ada dekat rumah mama,menunggu Kak Izzah balik. Nak ajak pergi dinner katanya. Kelesuan badan sejak seminggu lalu diganti dengan senyum plastic bertampal yang kini hanya diketahui Angah sahaja.
“Mak usuu,” Haris memanggil.

“Ye sayaaaang. Haris main apa tu?” Dan melihat Haris lebih menyenangkan hatinya dan dapat melupakan hal dekat rumah tu.




to be continue  .. . . 

# 44

Tangan perlahan mengacau teh di dapur. Angah datang secara mengejut. Katanya jumpa client dekat dengan area rumah Hanna. Singgah sekali.
“Hanna buat air teh je tau. Lain kali nak datang bagi lah tahu dulu,” Hanna duduk di kerusi kembar dua tu.
“Air teh pun,air juga.” Hafiz sengih. Perlahan dia meneguk air. Panas oi.
“Irham kerja?”
“Haah. Petang karang balik la tu,” Hanna memandang televisyen di hadapan.
“Hanna tak kerja pula harini? Kelas habis awal?”
“Hanna cuti harini. Tak larat nak pergi kelas. Sakit sakit badan sikit,” Hanna sengih.
“What is that?” Hafiz separuh terkejut.
“Penguin lah. Baby penguin baru lahir. Comelkan. Rasa macam nak cubit cubit lepastu..”
“Not that penguin,Hanna. Your lips,”
Hanna tersentak.





to be continue  . . . 

# 43

Malam itu sekali lagi Irham pulang lewat. Dalam keadaan yang sama seperti malam-malam sebelumnya. Kali ini Hanna tidak menegur dahulu. Hanna melangkah masuk ke dalam bilik. Perlahan lahan dia menutup pintu.
“Kau pergi mana tadi?” Dingin suara itu bertanya.
“Hanna kat dapur tadi. Tak perasan Am dah balik,” Hanna memandang Irham.
“AKU TANYA KAU PERGI MANA PETANG TADI?!” Irham menolak pintu bilik itu.
“Hanna jumpa Dr.Nazmi. Ada appointment. Kan Hanna ada bagitahu pagi tadi,” Hanna mengeluh perlahan. Dah seminggu Irham kerja menengking sahaja setiap malam.
“APPOINMENT KONON.ALASAN,” Irham sengih. Dia mendekati Hanna.
“Apa alasan pula. Saya ada appointment harini. Lepastu saya terus balik rumah,” Hanna memandang Irham. Perlahan dia menjawab.
PANGG!! Sekali lagi tangan itu melayang ke pipi Hanna.
“KAU MENJAWAB EH MENJAWAB. BUKAN NAK BAGITAHU AKU,KAU ADA APPOINTMENT. OHH.MEMANG LAH TAK BAGITAHU. TAK NAK AKU KACAU KAU JUMPA ANIFF? HA?!!” Hanna ditolak kasar. Tersungkur Hanna ke tepi katil tu.

Hanna baru faham. Selama seminggu ni,Irham mengamuk pasal Aniff ke? Tapi mereka memang tak pernah ungkit pasal hal ni sejak mereka kahwin dulu. Kenapa Irham ungkit balik?







to be continue . . .

# 42

Pagi tu Hanna tersedar awal. Ketika dia bangun,Irham masih nyenyak tidur di sebelah. Minyak kapak ada di sebelah bantalnya. Hanna terdiam apabila ternampak air mata membasahi pipi lelaki itu. Hanna hanya membiarkan. Apa jadi sebenarnya?
“Hanna masak apa harini?”Suara riang dari belakangnya membuat dia pelik.Perangai Irham malam tadi dengan sekarang berbeza sangat.
“Orang buat nasi goreng je. Boleh eh? Kalau nak spaggeti ke ayam golek ke,pergi kedai,” Hanna sengih.
“Peh. Panjang nyaa lahai jawapan. Nasi goreng tu pun rezeki. Makan apa yang ada,” Irham sengih. Kerusi ditarik. Dia melabukan punggung duduk. Hanna hanya memandang kelakuan Irham. Kenapa semalam…
“Am,petang ni Hanna ada appointment dengan Dr Nazmi. Hanna pergi lepas habis kelas. Am kena pergi site eh hari ini?” Hanna menyenduk nasi goreng ke pinggan Irham.

Irham angguk. “Pergi baik-baik. Kirim salam Dr Nazmi tu,” Irham sengih. “Makan jom”. Irham menyenduk nasi ke pinggan Hanna. Hanna teragak-agak duduk di sebelah. Semalam kenapa?









to be continue . . . ..